Tuesday, June 6, 2017

Makanan Terkenal Vietnam: Chả Cá

Cha ca disediakan di restoran Chả Cá Lã Vọng

Chả Cá merupakan satu lagi hidangan yang amat popular di Utara Vietnam terutamanya di bandar Hanoi. Resipi popular ini masih lagi dihidangkan di mana ianya mula diperkenalkan oleh lebih 100 tahun yang lalu iaitu Chả Cá Lã Vọng. Hari ini ia turut dihidangkan oleh banyak restoran lain memandangkan merupakan antara hidangan yang menjadi buruan ramai para pelancong ke  Hanoi.

Chả Cá merupakan resipi masakan ikan yang ringkas namun bagi Chả Cá Lã Vọng, ia mempunyai rahsia tersendiri dalam memilih ikan-ikan yang sesuai untuk digunakan bagi resipi ini. Ikan ini dakan diperap bersama kunyit sebelum dipanggang. Namun kini ianya digoreng di menggunakan dapur kecil di atas meja hidangan kepada pelanggan. Ia akan digoreng bersama daun-daun rempah seperti dill, daun bawang, daun sup selain dihidangkan bersama kacang goreng dan juga mee beras.

Keseluruhan bahan-bahan yang diperlukan untuk hidangan istimewa ini.

Ikan digoreng bersama-sama rempah herba yang disertakan.

Resipi asalnya ikan yang digunakan untuk resipi ini adalah dari jenis haruan (cá lóc), namun ikan-ikan lain juga boleh digunakan; terutamanya yang mempunyai isi yang pejal dan kurang hanyir merupakan jenis ikan yang sesuai untuk resipi ini.

Ia merupakan resipi yang amat mudah. Namun begitu, sekali anda mencubanya, anda tentu akan merasa betapa istimewanya resipi ringkas menggunakan hanya beberapa jenis bahan ini. Jadi sebab itulah, restoran seperti Chả Cá Lã Vọng, tidak dikunjungi oleh penduduk tempatan kerana ia mengenakan harga yang agak tinggi. Namun begitu bagi para pelancong ia merupakan pengalaman istimewa kerana ia merupakan di mana resipi ini bermula. Chả Cá Lã Vọng hanya menghidangkan satu resipi sahaja, dan masih lagi mengekalkan sebahagian besar kedai asalnya yang penuh bersejarah.


Restoran ini telah berusia lebih 100 tahun.

Ruang dalam tempat di mana hidangan disediakan.

Restoran yang hanya menyediakan satu hidangan sahaja.

Semasa melawat Hanoi pada tahun 2016, MyRokan sempat mencuba Chả Cá di restoran asalnya Chả Cá Lã Vọng. Ia bukan sahaja merupakan antara makanan yang terpaling lazat dinikmati di Hanoi, malah merupakan antara pengalaman manis yang amat dinanti-nantikan di sepanjang lawatan tersebut.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...