Hubungi Kami


Blog MyRokan,  menumpukan kepada artikel-artikel bersifat informasi dalam menyediakan bahan bacaan yang selamat bagi para pengguna internet tanpa mengira usia. Adalah menjadi cita-cita kami dalam membantu mengembangkan bahan bacaan yang bermanfaat bagi pengguna-pengguna internet dalam Bahasa Melayu.

Walaupun begitu kami seberapa mungkin akan menggunakan Bahasa Melayu standard bagi tujuan memudahkan pengalih bahasaan (translator) daripada Google dalam memudahkan pembaca antarabangsa membuat rujukan dari blog ini. Ini bermakna maklumat di dalam blog ini bukan sahaja digunakan oleh para pembaca di Malaysia sahaja malah dari seluruh dunia.

Bahan-bahan paparan kami terdiri daripada beberapa kategori;

1) Bahan umum – iaitu bahan yang dikongsi bagi menambah pengetahuan para pembaca. Bahan-bahan seperti ini merangkumi dari segala aspek. Apa yang penting ianya dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pembaca disamping memberikan manfaat yang berguna apabila diperlukan.

Banyak perkara yang ingin dikongsi bersama dengan para pembaca terutama perkara-perkara penting yang diwarisi oleh kita sejak turun-temurun dari generasi yang lebih awal dan kini semakin dilupakan. Maka kami berharap sedikit sebanyak bahan bacaan kami dapat mengembalikan nostalgia lama dan semoga ianya tidak dilupakan begitu sahaja.

Dimasa yang sama, kami juga turut memaparkan perkara-perkara berkaitan dengan teknologi terbaru dan maklumat-maklumat penting terkini supaya kita tidak melupakan yang lama dan melangkah terus ke hadapan. Teknologi ini mungkin sedikit sebanyak dapat memberikan kita gambaran dan inspirasi dalam kehidupan dunia moden. Ini kerana kebanyakan teknologi terkini adalah berasaskan daripada pembaharuan teknologi sedia ada.

2) Bahan promosi/iklan – bahan ini adalah bertujuan untuk membantu memberikan maklumat yang lebih tepat kepada para pengguna. Ini kerana kebanyakan para peniaga kecil tidak dapat memasarkan produk mereka disebabkan kekurangan modal untuk mempromosikan produk/servis mereka memandangkan kos pengiklanan yang mahal. Malah dalam bentuk artikel banyak perkara yang dapat disampaikan kepada para pembaca dalam membantu mereka membuat pilihan.

Bukan itu sahaja, kami sedia membantu untuk menyediakan artikel iklan ini lengkap beserta gambar-gambar yang lebih menarik sesuai dengan produk/servis yang disediakan. Gambar yang diambil untuk pengiklanan perlulah menampakkan gambaran yang jelas mengenai sesuatu produk/servis. Bukan itu sahaja teknik mengambil gambar pengiklanan juga sebenarnya adalah suatu perkara yang rumit.

3) Bahan sokongan – bahan sokongan adalah bahan yang dipaparkan untuk menyokong bahan-bahan kami yang lain. Mungkin ia sedikit sebanyak akan memberikan maklumat kepada pembaca tentang maklumat produk/servis yang terdapat di dalam blog ini.

Pada masa yang sama kami juga ingin memaparkan produk/servis dalam membantu para pembaca membuat pilihan yang lebih bijak. Maka dengan itu kami sentiasa membuat pengamatan dan analisa tentang perkara-perkara di sekeliling kita dan menyediakan bahan yang berfaedah untuk manfaat bersama.

Sokongan kepada kami:

Anda boleh membantu kami dengan membuat komen sebagai tambahan kepada bahan-bahan yang sedia ada di dalam blog ini. Seperti biasa, kami mengalu-alukan sebarang pandangan yang boleh membantu kami dalam memajukan lagi bahan yang cuba kami sampaikan. Kami beranggapan para pembaca juga mempunyai pandangan mereka sendiri. Malah kami berbesar hati bagi mereka yang sudi memberikan pandangan.

Anda juga boleh menghubungi kami sekiranya anda ingin membuat artikel berbentuk iklan di dalam blog ini. 
Kami sedia memberikan kerjasama dalam menyampaikan maklumat perniagaan anda dengan sebaik mungkin bagi memberikan para pembaca maklumat yang jelas.

Hubungi Kami:

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau ingin membuat sebarang sumbangan kepada kami, anda bolehlah menghubungi kami dengan menghantarkan email ke: wikipelajar@gmail.com untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.


MyRokan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog