Memaparkan catatan dengan label Google Glass. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Google Glass. Papar semua catatan

Rabu, 16 April 2014

Google Glass Kini Mula Dijual Untuk Orang Ramai

Google Glass
Google Glass gadget yang dinanti-nantikan.
Bagi peminat dunia teknologi dan juga peminat-peminat gadget mungkin amat menantikan Google Glass untuk kegunaan umum. Hari ini Google memberikan peluang tersebut untuk orang ramai membelinya dalam masa sehari sahaja di US. Oh ya, untuk pengguna-pengguna lain masih lagi terpaksa menunggu mungkin antara setahun dua nanti.

Harga Google Glass dijual pada harga USD1,500 adalah agak mahal namun tetap mendapat sambutan kerana rata-rata pembeli ingin mencuba gadget baru tersebut dan ingin mengetahui lebih lanjut tentang keupayaannya dalam membantu urusan mereka. Ini kerana gadget tersebut diaktifkan menggunakan suara dan paparan yang tersedia di hadapan mata mungkin dapat menjimatkan masa para pengguna.

Google Glass wearer
Google Glass bakal menukar perkakasan elektronik masa depan.

Sebelum ini Google Glass hanya dijual kepada para pembangun perisian dalam melengkapkan keperluan pengguna gadget tersebut. Walaupun hari ini apabila penjualan telah dibuka kepada orang ramai Google Glass masih lagi di dalam keadaan ‘beta’. Oleh kerana liputan media yang menyeluruh diperolehi oleh Google Glass maka ia tetap mendapat sokongan pengguna untuk melihat sendiri keupayaan peralatan tersebut.




Google Glass dikatakan akan melancarkan versi barunya pada musim bunga tahun hadapan (2015). Maka dengan itu masyarakat dunia masih lagi menantikan peluang keemasan ini untuk memiliki Google Glass masing-masing. Setakat ini para pengguna semakin giat melibatkan diri dalam membina apps sendiri untuk kegunaan individu ataupun orang ramai. Mungkin inilah merupakan faktor utama mengapa gadget-gadget seperti Android dan Apple iOS mendapat sambutan yang menggalakkan.

Bagi orang ramai di Malaysia diharap lebih bersedia untuk mengambil bahagian dalam pembinaan apps berbanding hanya menjadi pengguna biasa atau hanya sekadar menggunakan fungsi asas peralatan yang dimiliki. Kita harus menggunakan sebaik mungkin setiap modal yang dikeluarkan untuk membeli peralatan tersebut. Bersama-sama kita nantikan.

MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

Arkib Blog