Memaparkan catatan dengan label kanta. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kanta. Papar semua catatan

Selasa, 19 Mei 2015

Telefon Pintar sebagai Mikroskop (microscope)

DIY lens for microscope
Kanta mikroskop yang dihasilkan oleh Steve Lee.

Telefon pintar hampir berada di setiap tangan kita pada masa ini. Walaupun mempunyai fungsi yang banyak hanya beberapa fungsi sahaja yang digunakan walaupun harga yang dibayar adalah terlalu tinggi. Manakala kemampuan menghasilkan telefon berkuasa tinggi hari ini sepatutnya dimanfaatkan sepenuhnya untuk tujuan kebaikan semua.

Mikroskop merupakan peralatan yang mampu membantu manusia melihat objek-objek yang kecil yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Alatan ini telah membantu manusia bukan sahaja dalam bidang perubatan malah juga dalam penghasilan barangan seperti pembuatan, perkomputeran, pertanian dan pendidikan. Dibina secara asas dengan konsep optik yang mudah iaitu sebuah kanta cembung yang mampu membesarkan imej objek yang diperhatikan.

Contoh mikroskop telefon yang berada di pasaran.

Hari ini mikroskop yang boleh digunakan secara terus untuk telefon bimbit telah pun tersedia dijual di pasaran dengan harga yang berbeza-beza. Penggunaan mikroskop yang siap memudahkan pengguna terus menggunakannya. Namun begitu ia boleh dihasilkan dengan pelbagai cara melalui  sedikit pemahaman asas mengenai mikroskop.

Kanta mikroskop boleh dihasilkan dengam murah seperti mana yang dihasilkan oleh Steve Lee daripada Australian National University, dengan menggunakan tisisan gel polydimethylsiloxane (PDMS) yang dikeraskan di dalam ketuhar. Gel ini dipanaskan pada suhu 70 °C di atas permukaan rata akan membentuk separuh kanta cembung. Ia akan disatukan pula dengan sebelah lagi kanta cembung untuk menjadikan ia membentuk kanta cembung penuh.

comparison
Imej yang dihasilkan oleh kanta PDMS (kiri) dan mikroskop biasa (kanan).

Berbanding dengan harganya yang murah kanta buatan ini boleh membesarkan imej pada skala x 160. Ia boleh memberikan gambaran untuk objek yang bersaiz 4 µm dalam erti kata lain, anda boleh memerhatikan sel-sel secara individu. Kualiti gambaran daripada kanta ini mungkin boleh diperbaiki dengan kaedah penghasilan kanta yang lebih baik – namun untuk kegunaan asas ia merupakan satu peralatan yang hebat.

Padanan mikroskop dan telefon pintar merupakan satu perkara yang amat baik kerana ia dilengkapi dengan kamera yang boleh merakamkan imej terus ke dalam memori telefon tersebut. Manakala keudahan ‘GPS tagging’ memudahkan untuk sampel dilabel dan kedudukan sampel ditemui. Seterusnya ia dengan mudah dihantar kepada pakar-pakar lain untuk dianalisa atau dikongsi bersama. Ia merupakan satu keperluan penting bagi para pengkaji yang bertugas di luar kawasan ataupun bagi mereka yang berminat untuk menyumbangkan penemuan masing-masing.


DIY telephone microscope
Contoh lain mikroskop buatan sendiri menggunakan telefon bimbit. 

Bagi yang berminat untuk mencuba menghasilkan kanta mikroskop untuk telefon bimbit anda janganlah mudah mengalah. Sekiranya anda berminat untuk melihat objek-objek seni dan halus pula mungkin membeli mikroskop yang telah siap di pasaran adalah lebih mudah. Semoga dengan ini ia dapat memanfaatkan telefon bimbit anda yang dibeli dengan harga ribuan ringgit disamping melatih anak-anak anda untuk meneroka keunikan alam.



Free Download





Arkib Blog