Memaparkan catatan dengan label ketenteraan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ketenteraan. Papar semua catatan

Selasa, 9 Februari 2016

Kapal Terbang Kargo Supersonic Russia

Kapal terbang kargo berkelajuan 'supersonic'.

Anda mungkin pernah mendengar bahawa kapal terbang kargo sebelum ini iaitu Antonov An-225 adalah buatan Russia dengan keupayaan membawa muatan sehingga 250 tan. Maka sekiranya Russia sekali lagi merancang membina kapal terbang kargo, ia merupakan satu kemungkinan yang besar namun kali ini ia turut mempunyai keupayaan ‘supersonic’.

Pesawat Kargo PAK TA (Perspective Airborne Complex of Transport Aviation) dikatakan mampu terbang pada kelajuan sehingga 2,000km/h (1,243 mph), dengan muatan 181 tan dengan jarak sehingga 7,000 km (4,350 mi.). Program pembinaan pesawat adalah untuk membina sejumlah 80 pesawat baru menjelang 2024, untuk membolehkan tentera Russia keupayaan menghantar 400 kerata kebal Armata atau 900 kenderaan kenderaan perisai ke medan pertempuran dengan lebih pantas.

PAK TA mempunyai rekabentuk yang lebih 'aerodynamic'.

Ruang masuk kargo untuk membawa muatan yang lebih besar.

Belum ada kepastian mengenai bilakah kapal terbang ini akan siap di bina namun kemungkinan ia bukanlah dibina untuk kegunaan Russia sahaja  bahkan kemungkinan juga untuk negara-negara lain. Pembinaan Antonov An-225 membuktikan pesawat seumpamanya pernah di bina. Namun hanya sebuah yang sempat disiapkan dan sebuah lagi masih terbengkalai sehingga ke hari ini.


Sekiranya ianya mampu dibina, mungkin ia juga boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan lain selain daripada kententeraan. Apa yang penting teknologi penerbangan ‘supersonic’ dengan keupayaan kargo, itu adalah sesuatu yang istimewa.








Free Download



Rabu, 8 Oktober 2014

Kamera Resolusi Tertinggi 1.8GP Milik DARPA

1.8GP camera's image
Gambar yang dihasilkan oleh kamera 1.8GP daripada udara.

Seperti yang kita ketahui resolusi pada kamera digital merupakan salah satu faktor utama untuk menghasilkan gambar yang lebih jelas bagi sesebuah kamera. Hari ini pengeluar-pengeluar telefon bimbit turut memuatkan kamera dengan resolusi yang sentiasa dipertingkatkan bagi memberikan gambar yang lebih jelas kepada pengguna.

Walaupun resolusi bukanlah merupakan faktor utama untuk mendapatkan gambar yang jelas. Ia masih lagi merupakan salah satu faktor yang penting bagi memastikan gambar yang dihasilkan mempunyai labih banyak maklumat (pixel) dalam sesebuah gambar yang diambil. Sehubungan itu penghasilan kamera pada resolusi tinggi sentiasa dipertingkatkan.

Surveillance picture
Gambar penuh hasil cerapan Drone ARGUS-IS.

Kamera dengan resolusi tertinggi antaranya adalah pada 1.8 Gigapixel seperti yang dihasilkan oleh DARPA untuk tujuan tinjauan daripada ruang udara. Seperti yang kita ketahui DARPA (Defense Advace Research Project Agency) yang membangunkan teknologi pertahanan bagi Amerika Syarikat sentiasa membina teknologi-tekbologi terbaru yang maju kehadapan.

Kamera ini merupakan kelengkapan kepada drone ARGUS-IS (Autonomous Real-Time Ubiquitos Imaging System) untuk membuat tinjauan dari udara bagi sesebuah kawasan yang ingin diperhatikan. Ia biasanya akan beroperasi dari ketinggian 20,000 kaki (6,100 m) dan akan menghasilkan rakaman video bagi kawasan seluas 4.5 batu (7.2 km) persegi bagi satu frame dengan resolusi sehingga 6 inci (15 cm).

Kamera dengan resolusi tertinggi ini adalah hasil daripada penggabungan 368 Aptina MT9P0315-megapixel smartphone CCD. Sensor tersebut yang mempunyai keluasan aktif 5.7 X 4.3 mm setiap satu, manakala penggabungan tersebut menghasilkan sensor matrix dengan keluasan keseluruhan sehingga 90mm (3.5 inci) – manakala keluasan sensor pada telefon bimbit anda adalah jauh lebih kecil.

CMOS
Pemprosesan khas untuk pemproses imej kamera 1.8GP.

Namun begitu untuk menghasilkan sebuah kamera yang mampu menyimpan imej dengan saiz yang besar cabarannya adalah dalam pemprosesan imej. Ini kerana bagi sebuah kamera yang beresolusi tinggi, ia perlu mempunyai keupayaan pemprosesan imej yang tinggi bagi membolehkan video beresolusi tinggi disimpan dengan baik.

Dari segi pemfokusan imej juga ia perlu dilengkapkan pula dengan kanta yang sesuai. Oleh kerana saiz sensor yang besar, maka titik fokus kamera ini perlu diletakkan pada jarak yang tepat untuk mendapatkan imej yang betul-betul jelas. Maka kanta untuk sistem kamera ini pastinya direka khas bagi memboleh ianya mengambil gambar dengan jelas dalam pelbagai keadaan (pada keadaan yang berbeza seperti siang/ malam).


Walaubagaimanapun apa yang menarik, ia masih lagi dibangunkan daripada modul-modul kecil sensor kamera untuk telefon bimbit yang disatukan menjadi satu sensor yang cukup untuk memberikan hasil yang menakjubkan. Ia memberikan satu penjelasan mengenai, sesuatu hebat boleh dihasilkan daripada kumpulan benda-benda yang biasanya berada di sekeliling kita.


Free Download



Arkib Blog