Memaparkan catatan dengan label recycle. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label recycle. Papar semua catatan

Selasa, 22 September 2015

Menukar Plastik Menjadi Minyak

Mungkin keadaan seperti ini tiada lagi di masa akan datang.

Plastik merupakan antara bahan pencemaran yang paling serius di muka bumi. Ia tidak akan mereput dan akan kekal untuk jangkamasa yang lama di dalam alam (samada di darat ataupun di dalam air). Oleh kerana ia biasanya dibuang, maka jumlah plastik yang mencemarkan bumi terapung di laut kekal sehingga kini. Anda boleh menyemak mengenai usaha memerangkap plastik terapung ini.

Plastik merupakan bahan yang dihasilkan daripada petroleum. Jadi untuk menukarkan semula ia kepada bentuk asalnya ia perlu melalui proses perubahan dari segi kimia. Namun begitu, dari jumlah plastik yang dibuang sehingga kini sekiranya dapat ditukarkan kepada petroleum, ia bukan sahaja dapat mengurangkan pencemaran, malah mungkin mengurangkan kos carigali minyak.

Proses penukaran plastik kepada petroleum ini telahpun dilakukan semenjak beberapa tahun dahulu lagi. Antara para pengkaji yang terlibat dalam kajian ini adalah Brajendra Kumar Sharma, iaitu saintis dari Illinois Sustainable Technology Center (ISTC) yang mengetuai kajian tersebut. Ia merupakan sebahagian daripada Prairie Research Institute di University of Illinois.

Para pengkaji dari ISTC.

Minyak yang berjaya diasingkan dari beg plastik.

Menurut beliau, proses penyulingan minyak mentah hanya membolehkan kita memperolehi antara 50 – 55 peratus bahan api. Namun bagi bahan plastik (seperti plastik beg) yang sememangnya dihasilkan daripada petroleum, membolehkan anda mendapat semula sehingga 80 peratus bahanapi melalui proses yang hampir sama.

Melalui proses ini, plastik perlu dipanaskan di dalam kebuk yang bebas Oksigen, iaitu proses yang dipanggil sebagai “pyrolisis”. Proses penyulingan kemudiannya dilakukan daripada wap yang terhasil bagi membolehkan ia menyejuk dan membentuk minyak (bahan api). Bahan api ini perlu disuling dengan baik bagi memastikan kesesuaiannya bagi memenuhi standard bahan api yang digunakan untuk kenderaan.

Kebuk yang dihasilkan oleh hobbyist.

Ia bagaimanapun merupakan satu petanda baik di mana, plastik-plastik yang dibuang selama ini mempunyai nilai guna semula (seperti juga aluminum, kaca, besi dan kertas), malah mungkin lebih berharga kerana minyak merupakan satu bahan yang amat berguna. Jadi selain daripada membuang bahan-bahan plastik merata-rata, anda bolehlah mula mengumpulkannya untuk dijual nanti.




Free Download





Arkib Blog