Tuesday, July 12, 2016

Bagaimana Mebina Teleskop Pemantul Anda Sendiri?

Antara telescope berkualiti tinggi.

Teleskop merupakan antara peralatan yang agak mahal untuk dimiliki oleh semua. Namun ianya boleh dibina sendiri dengan harga yang jauh lebih murah. Walaupun teleskop yang dibina sendiri mungkin tidak mempunyai kualiti seperti teleskop moden yang lain, namun ia jauh lebih baik daripada teleskop yang digunakan oleh Galileo Galilei untuk mencipta sejarah ratusan tahun dahulu.

Seperti juga peralatan-peralatan lain, teleskop berubah mengikut peredaran zaman. Teleskop yang digunakan oleh Galileo Galilei merupakan teleskop optik biasa yang menggunakan kanta objektif cembung (convex objective lens) dan juga kanta mata cekung (concave eye lens) dan rekaan seperti ini dinamakan sebagai Galilean telescope. Percayakah anda bahawa teleskop yang digunakan oleh Galileo Galilei menghasilkan imej yang amat kabur, dengan kuasa pembesaran yang amat rendah?

Galileo Galilei merupakan tokoh dalam rekaan teleskop.

Contoh teleskop seperti yang direka oleh Galileo.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa teleskop beliau menghasilkan imej yang tidak berkualiti. Namun usaha beliau ini membolehkan teknologi tersebut terus berkembang, diperbaiki, malah menjadikan beliau antara manusia yang dikenang sebagai pereka teleskop terawal.

Perubahan Teknologi Teleskop

Penggunaan kanta cembung ataupun cekung seperti pada teleskop Galileo Galilei mempunyai banyak kekurangan. Kekurangan yang terpaling besar sekali adalah biasan cahaya (chromatic aberration) disebabkan cahaya yang terbias apabila melalui kanta. Jarak fokus (focal length) kanta juga menjadikan teleskop jenis ini memerlukan saiz yang amat panjang untuk menghasilkan kuasa pembesaran yang diperlukan selain turut meningkatkan lagi kesan ‘chromatic aberration’.

Cadangan menggunakan pemantul kaca mula dicadangkan sejurus rekaan Galilean telescope dihasilkan. Ia juga dicadangkan oleh beberapa tokoh awal seperti Alhazen (Hasan Ibn al-Haytham), begitu juga dengan Giovanni Francesco Sagredo yang turut mencadangkan penggunaan kaca cekung sebagai penumpu cahaya bagi menggantikan penggunaan kanta. Penggunaan kaca pemantul ini dapat mengelakkan kesan chromatic aberration seperti yang terdapat pada kanta. Rekaan awal dicadangkan oleh James Gregory pada tahun 1663, dan ia dinamakan sebagai Gregorian telescope. Namun begitu tiada rekaan sebenar yang dihasilkan sehingga Isaac Newton menghasilkan teleskop kaca pemantul yang berfungsi pada tahun 1668. Ia juga menjadikan rekaan teleskop pemantul ini dikenali sebagai Newtonian telescope.

Kesan chromatic aberration pada imej yang dihasilkan.

Teleskop yang dihasilkan oleh Newton pada tahun 1672.

Bagaimana Newtonian Telescope berfungsi.

Namun teleskop dengan pemantul ini juga mengambil masa yang lama untuk menjadi popular kerana kualiti pemantul yang dihasilkan tidak seperti yang diharapkan pada masa tersebut. Namun ia merupakan jenis teleskop yang digunakan oleh Frederick William Herschel (15 November 1738 – 25 August 1822). William Herschel juga sebenarnya menghasilkan teleskopnya sendiri menggunakan pemantul yang dibuat daripada logam yang digilap dengan cermat pada tahun 1774.

Teknologi teleskop ini terus diperbaharui seiring dengan perkembangan teknologi dan ilmu sains. Hari ini teleskop berfungsi bukan sahaja untuk mencerap cahaya yang boleh dilihat dengan mata kasar malah turut mencerap gelombang-gelombang lain seperti infra-merah, x-rays, UV, gelombang radio dan juga gelombang-gelombang pendek. Malah gangguan-gangguan yang disebabkan oleh atmosfera bumi turut diatasi dengan menggunakan teleskop yang ditempatkan di ruang angkasa.

Bagaimana Memiliki Teleskop

Oleh kerana teleskop merupakan peralatan yang mahal, maka membina sendiri teleskop anda merupakan antara jalan yang paling baik. Selain mengelakkan pembaziran wang, ia juga turut membantu anda lebih memahami bagaimana peralatan ini berfungsi. Malah kesemua pakar astronomi seperti yang disebutkan di atas juga membina teleskop mereka sendiri dengan barangan yang berkualiti rendah. Apakah yang menyebabkan anda tidak boleh membinanya.

Untuk memudahan proses pembinaan tersebut, disertakan bersama video panduan di hujung artikel ini. Kenalpasti barangan-barangan yang diperlukan, langkah-langkah dan teknik penghasilan sebelum anda membuat keputusan untuk membinanya. Fikirkan peralatan ganti sekiranya anda tidak berjaya mendapatkan bahan yang sama seperti yang digunakan di dalam video tersebut. Fahami juga konsep bagaimana peralatan ini berfungsi untuk memudahkan anda menghasilkan teleskop pemantul yang berfungsi (atau apabila anda ingin menghasilkan teleskop yang lebih baik pada masa akan datang).

Semoga paparan kali ini sedikit sebanyak membantu anda dalam mengenali satu lagi peralatan yang penting kepada dunia sains. Antara peralatan lain yang menggunakan konsep yang sama, namun pada skala yang berbeza adalah mikroskop. Mikroskop juga mengalami perubahan teknologi yang jauh berbeza daripada konsep asalnya; mungkin akan dibincangkan pada kesempatan yang lain pula. Selamat mencuba.






Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...