Friday, February 7, 2014

Perisian Aplikasi Percuma Untuk Window 2014


Memiliki PC/laptop baru merupakan satu perkara yang indah. Sekiranya ia merupakan PC/laptop yang pertama anda, anda pasti ingin mengetahui lebih lanjut tentang perisian-perisian (software) yang perlu anda install ke dalam PC/laptop tersebut. Sebagai panduan, kami menyenaraikan beberapa software yang boleh dikatakan essential bagi memastikan anda boleh menggunakan PC/laptop tersebut dengan lebih berkesan. Jangan risau, kerana kesemua software yang disenaraikan di sini boleh di muat turun secara percuma melalui internet.

Berikut adalah senarai beberapa perisian disyorkan untuk dipasang sebaik sahaja anda selesai memasang Window.

Best Antivirus

1. Antivirus / Internet Security
- Ini adalah perisian yang wajib ada pada setiap PC/laptop kerana pada masa kini, anda tidak boleh lari dari serangan virus dan "malware". Sekarang sudah banyak perisian antivirus yang disediakan secara percuma di internet. Ini merupakan perkara pertama yang anda perlu lakukan kerana sesetengah serangan virus boleh menyulitkan anda membuat installation perisian Anti-Virus.

Antivirus percuma yang kami syorkan ialah Avira Free Antivirus, Avast Antivirus.


Ccleaner

2. Registry Repair & Cleaner
- Perisian ini adalah adalah amat penting di mana dengan penggunaan harian seperti melayar internet, memasukkan dan membuang perisian atau data, data lebihan yang tidak dipakai lagi kadang kala masih tersimpan dan boleh memberikan masalah kepada PC/laptop anda. Dengan perisian ini, segala data lebihan dan tidak dipakai akan dibaiki ataupun dibuang untuk mengelakkan masalah kepada PC/laptop anda.

Perisian yang kami syorkan ialah CCleaner.



3. Perisian Zip
- Kadang-kala anda akan terlihat fail yang berformat zip, rar dan 7z. Ini adalah format fail yang telah dimampatkan untuk mengecilkan saiz fail tersebut. Fail jenis zip memerlukan perisian zip. Kebanyakkan fail yang disediakan untuk dimuat turun di internet telah ditukarkan kepada format zip untuk memastikan anda dapat memuat turun fail dengan pantas. Jadi perisian zip adalah penting bagi memastikan anda sentiasa bersedia untuk mengekstrak fail jenis ini.

Perisian yang kami syorkan ialah 7Zip.

Google Chrome dan Mozilla Firefox adalah antara pelayar Internet yang paling popular.

4. Pelayar Internet
-Pada masa kini pelayar internet adalah wajib bagi mereka yang menggunakan internet terutamanya bagi mereka yang ingin memeriksa Email dan melayar Facebook. Pelayar internet akan memaparkan isi kandungan sesebuah laman sesawang dengan lebih berkesan - ini kerana ia menggunakan bahasa yang hanya boleh difahami oleh Pelayar Internet yang juga dikenali sebagai 'Browser'. Terdapat pelbagai jenis browser yang boleh di muat turun secara percuma. Namun terdapat jenis browser yang lebih baik di antaranya.

Pelayar internet yang kami syorkan ialah Mozilla Firefox atau Google Chrome.


Adobe Flash Player adalah pemain Flash yang biasa digunakan ketika ini.

5. Pemain Flash
- Jika anda menggunakan pelayar internet, maka anda juga tidak dapat lari dari melayar laman sesawang yang mempunyai fail berformat Flash. Sebagai contoh laman sesawang Youtube menggunakan flash untuk membolehkan laman sesawang mereka memainkan video. Tanpa pemain Flash, anda tidak dapat menonton video yang ada di laman sesawang Youtube. Permainan video yang terdapat di Facebook juga menggunakan Flash.

Pemain Flash yang kami syorkan ialah Adobe Flash Player dan Adobe Shockwave.


PDF reader membolehkan anda membaca kandungan fail .pdf

6. Pembaca PDF- Fail berformat PDF biasanya dapat dilihat pada ebook. Ini kerana fail jenis ini tidak dapat ditiru dan diklon dengan mudah. Kebanyakkan peniaga online di Malaysia menyediakan invois atau resit pada pelanggan mereka dengan fail berformat ini. Anda boleh membuat persediaan awal dengan membuat installation terlebih dahulu sebelum berhadapan dengan dokumen-dokumen yang dikongsi melalui fail-fail PDF.

Pembaca PDF yang kami syorkan ialah Adobe Reader, Foxit Reader atau Sumatra PDF.


OpenOffice dan LibreOffice adalah antara aplikasi pemproses perkataan percuma yang semakin popular ketika ini.

7. Pemproses Perkataan
- Perisian ini digunakan untuk membuat dokumen dan amat penting terutamanya bagi pelajar dan bagi mereka yang bekerja. Pada masa kini, perisian aplikasi ini digunakan dengan lebih meluas di mana aplikasi ini sudah mampu untuk menghasilkan poster, risalah dan sebagainya. Pemprosesan perkataan yang biasa digunakan adalah Microsoft Office, Words. Namun terdapat juga perisian perkataan lain yang disediakan secara percuma.

Perisian aplikasi yang kami syorkan ialah LibreOffice atau OpenOffice.

Itu adalah antara senarai perisian-perisian (software) yang penting bagi membolehkan PC/laptop anda bekerja dengan lebih efisyen. Tanpa perisian tersebut anda mungkin akan hanya sekadar bermain permainan video menggunakan PC/laptop anda - mungkin ia tidak membawa hasil yang berbaloi dengan pembelian PC/laptop yang bernilai ribuan ringgit tersebut.

MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...