Tuesday, February 4, 2014

Perkhidmatan Cardless Withdrawal Dari Maybank2u


Tahukah anda bahawa Maybank ada menyediakan perkhidmatan pengeluaran tunai tanpa kad yang dinamakan "Cardless Withdrawal" atau Pengeluaran Tanpa Kad. Bayangkan sekiranya anda tiba-tiba perlu mengirim wang kepada anak anda yang sedang belajar di Bandar yang berjauhan. Jadi anda boleh menggunakan perkhidmatan ini dengan pantas, mudah dan selamat.

Perkhidmatan ini adalah yang pertama seumpamanya di Malaysia yang akan membolehkan pelanggan bank untuk melaksanakan bayaran pindahan dana kepada orang ketiga dengan mudah.

Perkhidmatan baru ini akan merevolusikan cara orang ramai menghantar dan menerima wang kerana anda hanya perlu mempunyai telefon bimbit untuk menerima dana, walaupun anda bukan seorang pelanggan Maybank. Ya, penerima hanya perlu memiliki telefon bimbit untuk menerima kod pindahan dari anda sebelum mengeluarkan wang yang dikirim di mesin ATM yang mempunyai perkhidmatan ini.

Pengeluaran Perkhidmatan "Cardless" membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pindahan dana kepada mana-mana nombor mudah alih di Malaysia. Setelah pemindahan dilakukan, penerima akan menerima kod yang selamat melalui SMS untuk melakukan pengeluaran "Cardless" di mana-mana mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa memerlukan Kad ATM.

Ini adalah cara yang cepat dan mudah untuk menghantar wang tunai kepada keluarga dan rakan-rakan anda apabila mereka paling memerlukannya. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menghantar wang tunai kepada diri sendiri setiap kali anda tidak mempunyai kad ATM bersama anda!

Berikut adalah cara asas bagaimana anda boleh mula menggunakan Perkhidmatan Cardless Maybank:

1. Penghantar memulakan fungsi 'Pengeluaran Cardless' dari Maybank2u .
2. Penerima menerima pemberitahuan SMS. Pengirim menerima kod pengeluaran.
3. Penerima mengeluarkan wang tunai di mesin ATM Maybank dengan memasukkan kod.

Anda boleh melihat "link" atau pautan "Cardless Witdrawal" di dalam menu "Transfer" di Maybank2u.

Sudahkah mesin ATM Maybank di kawasan anda mempunyai perkhidmatan "Cardless Withdrawal" ini?


Sebarang maklumat lanjut anda bolehlah menyemak perincian dari Maybank.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...