Sunday, December 4, 2016

Menara Kuala Lumpur

Menara KL sebagai mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur.

Menara Kuala Lumpur merupakan antara tarikan terpenting di Kuala Lumpur yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 23 Julai 1996. Ia dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4 Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1, Oktober 1996. Semenjak dari itu, Menara Kuala Lumpur terus menjadi kunjungan ramai, selain menjalankan fungsi asalnya sebagai sebuah menara telekomunikasi.

Menara Kuala Lumpur merupakan menara telekomunikasi ke-4 tertinggi di dunia dengan ketinggian mencapai 421 meter. Pembinaannya bermula pada 6 Julai 1992 dan siap sepenuhnya pada tahun 1996. Pembinaannya melalui beberapa fasa penting kerana ia tidak menggunakan sistem pilling sebaliknya sebanyak 50,000 meter padu konkrit digunakan sebagai tapak asasnya.

Bahagian atas Menara KL.

Deck terbuka di Menara KL.

Menara KL dan KLCC pada waktu malam.

Selain sebagai menara telekomunikasi, menara ini juga turut menyediakan dek tinjau yang membolehkan pengunjung melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari atas. Selain itu juga terdapat restauran berputar yang membolehkan para tetamu menjamu selera dan dalam masa yang sama berputar 360 darjah mengelilingi menara tersebut. Ia bukan sahaja merupakan menara yang cantik, malah memberikan pemandangan yang menarik bagi Kuala Lumpur pada waktu malam.

Menara KL juga turut menyediakan beberapa servis yang lain antaranya termasuk ruang mengadakan upacara korperat seperti mesyuarat dan seminar, pakej majlis perkahwinan, F1 simulator dan beberapa pameran lagi mengikut musim. Selain itu juga terdapat pelbagai acara tahunan yang diraikan di Menara Kuala Lumpur seperti ‘base jump’, lumba menaiki tangga, pameran-pameran, sambutan hari istimewa dan sebagainya. Jadi anda perlu mengikuti jadual acara di Menara Kuala Lumpur sekiranya anda ingin menyertainya.


Acara tahunan di Menara KL, 'base jump'.

Antara tarikan terbaru 'Sky Box'.

Menara KL pada waktu malam.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Menara Kuala Lumpur anda boleh melawati lawan web Menara Kuala Lumpur. Pastikan juga anda tidak terlepas beberapa lokasi menarik berhampiran dengan menara ini.






Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...