Memaparkan catatan dengan label magnet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label magnet. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Jun 2016

Penyaman Udara (Sistem Penyejukkan) Menggunakan Magnet

Demonstrasi sistem penyejukkan magnet oleh GE.

Sistem penyejukkan samada untuk penyaman udara ataupun peti sejuk menggunakan tenaga yang cukup banyak dan menjadi antara fokus utama dalam usaha penjimatan tenaga. Namun untuk menggantikan teknologi penyejukkan sedia ada bukanlah mudah kerana untuk memindahkan haba memerlukan tenaga yang cukup tinggi.

Teknologi biasa yang menggunakan cecair penyejuk dengan menukarkannya kepada gas (menggunakan gas panas dari luar) dan kemudiannya memampatkan dan menyejukkannya untuk menukarkannya semula kepada cecair. Walaupun ia berjaya menyejukkan ruangan dalaman rumah anda, ia pada masa yang sama pula memanaskan udara di luar rumah.

Ini berbeza dengan kaedah penyejukkan magnet yang tidak menggunakan teknik mampatan. Ia sebaliknya menggunakan magnet namun masih memerlukan agen penyejuk untuk menyejukkan udara disekelilingnya. Teknik penyejukkan menggunakan magnet ini dicapai melalui proses yang dikenali sebagai ‘magnetocaloric effect’. Namun kaedah mampu menghasilkan sistem yang lebih senyap, selamat, lebih kecil, lebih efisyen dan mesra alam.


Konsep sistem penyejukkan magnet.

Antara rekaan untuk membentuk sistem penyejukkan magnet.

Sistem yang dihasilkan oleh badan yang lain pula.

Bahan-bahan magnetik menghasilkan haba apabila terdedah kepada medan magnet dan menyejuk apabila dialihkan daripadanya. Fenomena ini mulanya diketengahkan oleh seorang ahli fizik German Emil Warburg pada tahun 1881. Perubahan suhu ini bagaimanapun adalah terlalu kecil untuk digunakan dalam aplikasi-aplikasi lain. Ia bagaimanapun mendapat perhatian saintis-saintis lain untuk menjadikannya sebagai asas untuk membina kaedah penyejukkan bagi menggantikan teknik sedia ada. Melalui pembangunan teknologi bahan dengan membangunkan bahan ‘magnetocaloric metal’ yang boleh menghasilkan ‘magnetocaloric effect’ yang lebih besar pada suhu bilik.

Ia mengambil masa yang agak panjang untuk membolehkan teknik penyejukkan magnetik menjadi kenyataan. Namun begitu beberapa badan tertentu telahpun mula menyatakan kejayaan mereka dalam menghasilkan sistem penyejukkan melalui kaedah ini antaranya adalah General Electric, GE. Melalui kaedah ini, ia dikatakan dapat menghasilkan sistem penyejukkan dengan 20 – 30%  lebih efisyen berbanding teknologi penyejukkan yang digunakan sekarang.

GE menghasilkan peti sejuk pertamanya pada tahun 1927 – dan teknologi ini tidak banyak berubah sejak 100 tahun ianya diperkenalkan. Mungkinkah kaedah penyejukkan magnetik juga akan dapat bertahan untuk 100 tahun yang akan datang pula?


Sudah tiba masanya teknologi penyejukkan diberikan nafas baru. Ia bukan sahaja demi kemajuan teknologi itu sendiri malah untuk memanfaatkan lagi penggunaan tenaga. Melalui perubahan ini nanti, ia mungkin akan mengubah banyak lagi teknologi yang menggunakan sistem penyejukkan dan mungkin juga akan mencetuskan pembaharuan teknologi untuk peralatan-peralatan yang lain juga.








Free Download



Jumaat, 17 Oktober 2014

Magnet Dan Kegunaannya Dalam Kehidupan

ceramic magnet
Magnet seperti mana yang biasa kita temui pada peralatan.

Magnet memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita seharian. Secara tidak sedar banyak sekali peralatan yang kita gunakan menggunakan magnet untuk membolehkan ianya berfungsi. Daripada peralatan dapur sehinggalah kepada peralatan komputer, magnet digunakan dalam pelbagai aplikasi penggunaan. Mungkin apa yang kita sedar hanyalah pelekat magnet yang kita letakkan pada pintu peti sejuk sedangkan banyak lagi peralatan lain yang kita gunakan dengan lebih kerap adalah menggunakan magnet.

Sehubungan dengan itu kajian mengenai magnet secara lebih serius dilakukan dengan penubuhan pusat khas seperti National High Magnetic Field Laboratory atau juga dikenali sebagai Magnatic Lab merupakan satu keperluan yang patut dicontohi. Makmal ini bukan sahaja menyediakan bahan-bahan yang sedia ada mengenai magnet malah turut melakukan kajian dan menghasilkan magnet berkuasa tinggi dengan teknologi baru yang mungkin tidak dijangkakan.

Magnet boleh terhasil secara semulajadi, namun begitu memandangkan keperluan magnet yang tinggi ia juga dihasilkan oleh manusia dengan pelbagai cara. Kefahaman mengenai magnet terus dipertingkatkan semenjak ianya ditemui dan hanya digunakan sebagai penunjuk arah pada awal penemuannya.

Peralatan Yang Menggunakan Magnet

hard disk
Magnet digunakan pada permukaan cakera keras atau 'hard disk'

Kompas – merupakan asas kepada penggunaan magnet yang pertama sekali digunakan oleh manusia. Penggunaan magnet sebagai kompas merupakan penggunaanya yang terpaling asas dalam menunjukkan arah Utara dan Selatan sebagai rujukan.

Dinamo – dinamo digunakan dalam penghasilan elektrik. Kebanyakan kaedah penghasilan elektrik masih lagi menggunakan dinamo sebagai alat penjanaan, cuma tenaga asas yang digunakan sahaja yang mungkin berbeza daripada air (hidro elektrik), arang batu (bahan bakar), nuklear (sumber tenaga), angin, ombak, geothermal dan sebagainya.

Motor – magnet merupakan bahan penting di dalam pembinaan motor elektrik. Motor ini samada kecil ataupun besar memerlukan magnet untuk membolehkan ianya berpusing apabila tenaga elektrik dibekalkan. Antara peralatan rumah yang menggunakan motor adalah kipas, penghawa dingin, pembersih hampagas, motor pada pemain CD, komputer pada motor cakera keras mahupun pada permukaan cakera keras itu sendiri, kipas penyejuk pada peralatan seperti TV, komputer, ketuhar gelombang mikro dan sebagainya. Jadi anda perlu membuat tinjauan lebih lanjut untuk setiap peralatan yang mempunyai peralatan kipas padanya.

Jalur Magnet – jalur magnet adalah seperti yang terdapat pada kad ATM anda yang digunakan untuk menyimpan maklumat bagi mengenalpasti identiti anda dan akaun yang anda miliki. Jalur magnetik ini banyak digunakan dalam pelbagai jenis kad termasuk kad diskaun, kad keahlian dan sebagainya.

Pita Perakam – pita rakaman atau ‘tape recorder’ mungkin merupakan peralatan yang kurang digunakan pada hari ini. Namun begitu ia merupakan antara keperluan penting satu masa dahulu yang merangkumi penggunaan dalam penyimpanan data komputer, pita kaset dan video (VHS).

Speaker dan Mikrofon – speaker dan mikrofon merupakan peralatan yang hampir serupa dengan penggunaan yang berbeza. Oleh kerana pebezaan saiz dan penggunaannya menyebabkan ianya kelihatan berbeza. Namun begitu apa yang membezakannya adalah mikrofon yang menukarkan bunyi kepada elektrik berbanding speaker yang menukarkan isyarat elektrik kepada bunyi.

‘Pick Up’ Gitar Elektrik – peralatan muzik seperti gitar elektrik juga menggunakan magnet untuk menukarkan getaran tali gitar kepada isyarat elektrik. Isyarat ini kemudiannya akan dikuatkan menggunakan amplifier untuk menghasilkan bunyi yang lebih jelas.

Perubatan – dalam perubatan pula penggunaan ‘magnetic resonance imaging’ merupakan aplikasi penggunaan magnet dalam memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai pesakit dengan lebih jelas berbanding penggunaan X-ray yang telah lama digunakan.

Permainan – magnet juga digunakan dalam penghasilan permainan kanak-kanak. Penggunaan magnet membolehkan bahan permainan disambung tanpa menggunakan skru atau kaedah yang menyukarkan kanak-kanak.

Pengangkutan – penghasilan keretapi laju hanya boleh dihasilkan dengan magnet dengan mengurangkan geseran antara keretapi dengan landasan dan membolehkan keretapi yang dikenali sebagai maglev ini meluncur di atas kusyen udara dengan kelajuan yang tinggi.

Penggunaan Magnet Yang Lain

Hybrid Magnet
'Hybrid Magnet' merupakan magnet berkuasa tinggi.

Contoh-contoh di atas merupakan beberapa penggunaan umum magnet yang biasa digunakan. Sehingga ke hari ini banyak lagi penggunaan magnet yang tidak diketahui umum seperti dalam penggunaannya bagi membolehkan pelanggaran atom pada peralatan seperti pemecutan zarah ‘particle colider’. Bagi tujuan ini magnet khas digunakan dan ianya bukanlah daripada magnet semulajadi seperti mana yang digunakan dalam peralatan biasa yang digunakan. Magnet ini perlu disejukkan sehingga -276°C bagi membolehkan magnet menjadi ‘super conductor’.

Magnet berkuasa tinggi seperti ini dinamakan ‘Hybrib Magnet’ di mana ia memerlukan kuasa yang tinggi dan suhu yang rendah untuk membolehkan kuasa magnet yang diinginkan dicapai. Selain daripada ‘hybrid magnet’, ‘pulse magnet’ juga merupakan salah satu lagi kaedah penghasilan kuasa magnet dalam magnitud yang tinggi.

U shape magnet
Manet ladam membolehkan keupayaan magnet dipertingkatkan.

Memandangkan fungsi magnet yang penting dalam membangunkan teknologi manusia, kajian berterusan mengenai magnet terus dipertingkatkan. Melalui kemudahan pusat kajian magnet seperti di National High Magbetic Field Laboratory ini turut digunakan oleh para pengkaji dari seluruh dunia untuk membuat kajian.


Mungkin kemudahan seperti ini tidak terdapat di negara kita Malaysia. Namun kefahaman dan minat untuk mengenali magnet masih belum terlewat untuk dipupuk memandangkan potensi penggunaan magnet yang luas. Mungkin selepas ini anda akan mempunyai pandangan berbeza terhadap magnet yang terdapat pada pelekat magnet yang anda lekatkan pada pintu peti sejuk anda nanti. 


Free Download



Arkib Blog