Sabtu, 7 Julai 2012

Saat-saat Memerlukan, Sediakanlah Minyak Angin

Memang tiada siapa menyangka adakalanya kita ditimpa sesuatu yang tidak diduga seperti sakit kepala, sengatan serangga dan sengal-sengal sendi akibat bekerja. Mungkin ada di antara kita masih ingat dan masih menggunakan ubatan tradisional ini; minyak angin Cap Kapak.

Tiba-tiba terlintas pulak di fikiran saya ni pasal minyak angin ni. Maklumlah sedari kecil minyak ni memang selalu digunakan bukan sahaja oleh ahli keluarga saya malah kadang-kadang ada yang menyimpan minyak ini dan sentiasa dibawa bersama.

Mungkin minyak Cap Kapak bukan minyak seribu guna, tapi dalam saat-saat penting ianya berguna selalu. Antara kes-kes yang popular untuk minyak Cap Kapak ni biasanya adalah sakit kepala. Semasa di zaman persekolahan dulu biasanya digunakan oleh murid-murid yang mengalami sakit perut (mungkin perut masuk angin akibat menunggu waktu persekolahan yang panjang). Bagi golongan para guru pula sebaliknya adalah akibat dari sakit kepala dalam melayan kerenah pelajar yang seribu satu macam.

Berlainan pula di rumah Minyak Cap Kapak digunakan untuk melegakan kesan gigitan serangga dan mengurangkan lenguh-lenguh sendi ibubapa yang teruk bekerja. Pendek kata boleh dikatakan setiap rumah akan menyimpan sebotol Minnyak Cap Kapak.

Mungkin hari ini masih ada di antara kita yang masih menggunakannya. Saya dah lama tak gunakan minyak ni. Namun ingatan mengenai Minyak Cap Kapak ni masih segar dalam ingatan. Kotak hijau dengan logo tangan yang memegang kapak yang dulu selalu melegakan sedikit sebanyak kesakitan yang saya alami.

Terima kasih Minyak Cap Kapak.




Free Download



Jumaat, 6 Julai 2012

Restoran Bunga Raya

Hari ni saya gi jalan-jalan ke Pekan Bahau.

Di antara tempat yang selalu saya kunjungi di Pekan Bahau ni adalah Retoran Bunga Raya. restoran ini terkenal dengan sajian makanan tempatan untuk makanan tengahari selain menghidangkan juga makanan lain seperti nasi goreng, nasi ayam, dan lain-lain makanan.

Restoran ini beroperasi seawal pagi untuk sarapan sehingga jam 7:00 malam. Jadi yang ingin makan malam di Bandar Bahau ni tak dapatlah menjamu selera di restoran ini.

Bagi saya makanan kegemaran saya di sini adalah burung puyuh, masak lemak ikan tenggiri, daging salai, dan yang teristimewa adalah masakan telur itik. Cerita pun tak guna kan! Bagi yang meminati masakan kampung perlulah datang sendiri dan menikmati makanan yang terdapat di Restoran Bunga Raya ini.

Mungkin di kali yang lain saya akan membawakan tempat makanan istimewa yang lain pula. Jika anda ada tempat-tempatyang menarik untuk dikongsi bolehlah dikongsi di ruangan komen ya. Sehingga di lain kali, salam bahagia.




Free Download



Rabu, 4 Julai 2012

My Rokan Blog

Hi, inilah dia blog untuk semua My Rokan Blog untuk semua orang Bukit Rokan secara khusus dan untuk semua secara umumnya. Ini kerana rata-ratanya masyarakat di sini semakin terdedah dengan penggunaan internet jadi apa kata kita gunakan untuk mendapatkan maklumat penting yang mungkin boleh memberikan anda ilmu pengetahuan.

Blog ini saya khas kan untuk semua untuk berkongsi maklumat-maklumat yang berguna dari peristiwa-peristiwa penting kepada produk-produk yang mungkin kita gunakan untuk kegunaan seharian. Selain itu saya juga berharap dapat berkongsi perkara yang saya dapati menarik yang mungkin dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita bersama. Mungkin juga ia akan menjadi satu inspirasi kepada anda.

Apa yang penting semoga blog ini dapat membawa manfaat kepada kita semua yang semakin hari semakin bergantung kepada dunia IT dalam kehidupan seharian. Adalah penting bagi kita masyarakat menyedari akan kepentingan teknologi untuk kebaikan bersama.

Mungkin tidak ramai di antara kita yang menggunakan teknologi ini secara meluas dan hanya sekadar untuk berkomunikasi di laman-laman sosial sahaja. Namun bagi kegunaan menyeluruh kita dapat menggunakannya hampir untuk seluruh urusan kehidupan seharian daripada urusan berkaitan kerajaan sehingga pembayaran bil-bil berkaitan.

Sebagai permulaan cukup ini sahaja sebagai coretan yang ingin saya sampaikan. Semoga di lain masa banyak lagi maklumat yang dapat dikongsi bersama.

Terima kasih,

MyRokan




View Larger Map

Arkib Blog