Wednesday, December 14, 2016

Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur

Menara Berkembar Petronas pada waktu malam.

Menara Berkembar Petronas merupakan mercu tanda yang paling popular di Kuala Lumpur kerana ia boleh dilihat sejauh puluhan kilometer dari luar Kuala Lumpur. Merupakan bangunan tertinggi di dunia dari tahun 1998 sehingga 2004, namun ia masih mengekalkan gelaran menara berkembar tertinggi di dunia sehingga ke hari ini.


Menara ini adalah hasil rekebentuk yang dihasilkan oleh arkitek Argentina, Cesar Pelli. Rekabentuk yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan rekabentuk yang melambangkan ciri-ciri Bandaraya Kuala Lumpur dan kebudayaannya. Selain daripada menara berkembar ini Cesar Pelli turut mereka beberapa bangunan lain di dunia termasuk Key Tower, Cleveland; Cira Centre, Philadelphia; 30 Hudson Street, Jersey City; 1 Canada Square, London; Riverview Plaza, Wuhan; Wells Fargo Center (Minneapolis), Minneapolis.

Kawasan sekitar Menara Berkembar Petronas.

Pemandangan dari atas.

Pusat memberli belah Suria KLCC.

Kerja-kerja pembinaan bangunan dimulakan pada 1 April 1994 dan siap pada 1 Mach 1996. Ia bagaimanapun dibuka secara rasminya oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Ogos 1999. Bangunan yang turut menempatkan ruangan pusat membeli belah Suria KLCC ini turut menempatkan ruangan pejabat bagi Petronas dan syarikat-syarikat utama lain seperti Huawei Technologies, Boeing, Bloomberg, Al Jazeera English, HCL Technologies, IBM, Microsoft, Reuters, Carigali Hess, Khazanah Nasional Berhad dan lain-lain lagi.

Bersebelahan dengan bangunan ini terdapat taman seluas 17 ekar iaitu KLCC Park yang membolehkan para pengunjung menikmati suasana menyegarkan. Ia dilengkapi dengan kolam air, laluan pejalan kaki dan taman permainan kanak-kanak. Anda juga mungkin berpeluang menyaksikan pertunjukkan pancutan air bercahaya yang menarik pada waktu-waktu tertentu setiap malam.

Skybridge terletak di aras 41 & 42.

Laluan di Skybridge.

Anda juga mungkin berpeluang untuk menyeberangi Skybridge yang terletak di aras 41 dan 42 pada ketinggian 170 m (558 ft). Jambatan ini mempunyai kepanjangan 58 m (190 ft) panjang dengan beratnya adalah 750 tan. Hanya sebanyak 1000 tiket yang akan diagih-agihkan setiap hari yang dahulunya ianya adalah percuma. Bagaimanapun bermula pada 2010 tiket-tiket mula dikenakan caj pada harga-harga tertentu. Tiket boleh didapati dari kaunter tiket di aras councorse menara tersebut. Bagi pelancong anda boleh membuat tempahan online dari link ini.


Walaupun Menara Berkembar Petronas bukanlah lagi merupakan bangunan tertinggi di dunia, namun ia masih lagi merupakan menara berkembar tertinggi di dunia. Selain itu keunikan ciri-cirinya yang tersediri memberikan menara ini nilai yang berbeza dalam menampilkan kebudayaan Malaysia. Ia merupakan mercu tanda Bandaraya Kuala Lumpur yang perlu anda lawati.






Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...