Ahad, 8 Disember 2013

Keistimewaan Pokok Puding

Puding terdiri daripada pelbagai jenis

Pokok puding telah menjadi tanaman hiasan kepada kebanyakan rumah di Malaysia sejak dahulu lagi. Keistimewaan pokok ini walaupun tidak mempunyai bunga yang menarik tetapi daun dan pokoknya sendiri adalah sangat cantik. Terdiri dari berbagai spesies pokok puding mempunyai pelbagai bentuk daun dan pelbagai warna. Jadi pokok puding tidak memerlukan bunga yang cantik untuk kelihatan menarik untuk dijadikan sebagai tanaman hiasan.

Pokok puding adalah tumbuhan sederhana jadi ia sesuai sekali ditanam di persekitaran rumah kerana ia tidak mengancam keselamatan sekiranya tumbuh terlalu besar. Dengan bentuk, serta warna daun yang menarik pokok puding sesuai sekali untuk menjadi hiasan di halaman. Dari spesies puding sahaja terdapat pelbagai pilihan menarik untuk dipadankan dengan kesesuaian taman anda. Terdapat pelbagai keistimewaan lain pokok puding, selain daripada hiasan, iaitu sebahagian spesies boleh dimakan dan ada juga yang mempunyai faedah perubatan.



Kaedah penaman pokok ini juga amat mudah iaitu melalui keratan batang sahaja. Sebaiknya anda menggunakan "poly bag" untuk menanam pokok ini dan bolehlah mengalihkannya ke tanah atau pasu apabila sudah tumbuh dan memiliki akar yang kuat. Pokok ini boleh diatur dengan susunan yang sesuai mengikut ruang taman yang anda sediakan. Malah ia juga sesuai sebagai tanaman di dalam rumah, cuma pastikan ia mendapat cahaya yang secukupnya.

Puding yang digunakan dalam masakan

Bagi jenis puding yang boleh dimakan atau dikenali sebagai "puding belacan", daunnya berwarna merah hati (agak gelap) dan mempunyai daun yang lebih lembut. Jarang dijadikan hiasan, tetapi rasanya memang amat sedap bila dicampurkan ke dalam masakan rendang ayam atau daging. Pokoknya agak tinggi berbanding dengan pokok puding yang lain dan berbunga agak besar dan menarik. Namun penanamannya juga adalah melalui keratan batang sahaja. Hidangan istimewa ini lebih terkenal di Negeri Sembilan dan adakalanya ia dianggap istimewa. Bagi saya sendiri, ia memang istimewa.



Pokok puding juga dikatakan mempunyai keistimewaan lain seperti membantu melawaskan pembuangan air besar dan kekejangan perut. Untuk ini akar pokok puding berdaun hijau dan merah digunakan. Seperti biasa air rebusan akar pokok tersebut perlu diminum. Selain itu juga, air akar puding berdaun hijau digunakan untuk merawat demam panas dengan meminum air rebusan tersebut dan disapukan pada badan.

Bentuk daun dan warna yang menarik

Selain daripada itu air rebusan daun puding juga dikatakan berpotensi dijadikan sebagai ubat perancang keluarga. Jadi ia perlu dielakkan bagi wanita-wanita yang merancang untuk hamil atau ibu-ibu yang sedang mengandung.

Bagi yang meminati tanaman bolehlah memperluaskan koleksi tanaman pokok puding anda kerana pokok ini sesuai sekali menjadi hiasan untuk mengindahkan lagi kawasan taman ataupun halaman rumah anda. Warna serta bentuk daun yang menarik menjadi daya tarikan utaman pokok ini. Jadi anda tidak perlu risau untuk menunggu sehingga ia berbunga. Ia juga sesuai bagi mereka yang mempunyai konsep halaman/taman tropika atau Bali. Bagi mereka yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan lebih mengenai pokok ini bolehlah berkongsi pandangan anda di sini.

Rimbunan pokok puding



Free Download



14 ulasan:

  1. Berminat utk dptkn pokok puding belacan. Boleh email kpd ekin_civicbullet@yahoo.com.
    Utk mbuat pesanan belian sekiranya ada dijual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puding belacan tu tanamannya ada di mana ye sis

      Padam
  2. Terima kasih Cik Norish.NN, mungking ramai pembaca yang mencari benih puding belacan ni. Selain daripada tu, apa lagi yang Cik Norish.NN ada ya?

    BalasPadam
  3. salam.....
    saya masih belajar tanam pokok pudding ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak apa, biar perlahan-lahan. Pokok puding ni kalau tak biasa tanam memang agak sukar. Tapi kalau dah biasa, sama saja macam tanam pokok-pokok lain yang menggunakan teknik keratan batang.

      Semoga berjaya.

      Padam
  4. sahih ke pendapat yg mengatakan daun puding ni tak elok utk wanita hamil

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak sahih, dan kurang tepat, di negeri sembilan ni rmaijer yg yanam dan jual, sbb dijadikan bahan rencah dlm masakan, ramai jer anak2.penduduk negeri sembilan ni, daun puding ni adalah satu kemestian dalam masakan rwndang

      Padam
  5. Pokok Puding ni boleh tinggi sampai berapa tinggi yer??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengikut jenis, pokok puding belacan boleh mencapai ketinggian yang agak tinggi (anggaran 3 meter), berbanding jenis pokok puding lain dimana kebiasaannya lebih rendah. Namun ia kebiasaannya dicantas dan sentiasa berada dalam keadaan yang rendah.

      Padam
  6. pokok puding Sy banyak yg dah setinggi saya..kalau Sy cantas/pangkas, adakah akan tumbuh semula?

    sebenarnya pokok puding cantik tinggi atau rendang?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pokok puding yang di cantas akan bertunas kembali. Tapi perlulah dilakukan secara berhati-berhati (memastikan pokok dalam keadaan sihat, atau cuaca yang tidak terlalu kering yang boleh mengelakkan pokok bertunas).

      Selain itu juga, pokok-pokok puding boleh dibiarkan tinggi atau merendang. Namun, pokok-pokok puding biasanya digunakan sebagai hiasan dan dikekalkan dalam keadaan yang bersaiz sederhana.

      Padam

Arkib Blog