Wednesday, April 28, 2021

Kenali Bawang, Jenis-jenis dan Kegunaannya

Terdapat pelbagai jenis bawang dengan keunikan masing-masing. Anda mungkin ingin mengetahuinya bagi memastikan penggunaannya yang bersesuaian. 
 
Bawang merupakan antara bahan masakan penting yang dikenali umum. Walaupun bawang lebih merujuk kepada bawang merah, di dalam Bahasa Melayu, ia juga turut merujuk kepada bawang putih (merupakan pasangan rapat kepada bawang merah). Hampir kebanyakan masakan (mengikut Geography) menggunakan bawang sebagai sebahagian bahan campuran, bagi membangkitkan rasa dan aroma pada masakan tersebut. Walaupun jarang sekali digunakan sebagai bahan utama, tanpa bawang, sesuatu masakan seakan kehilangan sesuatu.
 
Kepentingan bawang dikenali di seluruh dunia dengan salah satu keunikannya adalah, ia mudah ditanam. Kumpulan bawang merah yang kita kenali adalah terdiri daripada (Allium cepa L., dari Latin cepa "bawang"), merupakan bawang biasa (atau lebih dikenali sebagai bawang besar) yang ditanam secara komersial turut mengandungi beberapa variasi. Manakala bawang merah yang dikenali sebagai “shallot” (Allium ascalonicum), mula diklasifikasikan sebagai spesies yang berbeza menjelang 2010.
 
Bagi mereka yang pergi ke pasar sendiri untuk membeli bahan masakan - dan suka menyediakan makanan sendiri tentu sekali menyedari terdapat pelbagai jenis bawang terdapat di pasaran. Bagi mereka yang tinggal di bandar, jenis-jenis bawang ini lebih mudah untuk didapati di pasaraya-pasaraya utama - manakala di kawasan-kawasan pendalaman, mungkin terdapat beberapa jenis bawang sahaja - dan adakalanya mengikut harga pasaran. Ini kerana pemborong akan hanya menghantar bawang-bawang mengikut harga pasaran (ini juga bergantung kepada, permintaan pekedai-pekedai di luar bandar).
 
Walaupun bawang amat mudah ditanam. Kebanyakan pengguna memilih untuk membeli bawang untuk kegunaan harian. Sejak dahulu bawang, digunakan secara harian terutamanya sebagai bahan masakan - dan adakalanya sebagai bahan perubatan - kita tidak menyentuh mengenai perubatan bagi kali ini. Selain itu juga, bawang yang dimaksudkan di sini juga adalah mengenai kumpulan bawang merah (jenis-jenisnya yang terdapat di pasaran).

 
Yellow Onions (Bawang Kuning)


 
Bawang kuning sesuai digunakan untuk pelbagai kegunaan, namun tidak sesuai untuk dimakan mentah. Jadi pastikan anda tidak menggunakan bawang ini bersama salad, burger, satay, laksa dan sebagainya. Bawang kuning bagaimanapun digunakan untuk masakan-masakan lain, ia boleh juga di masak secara “caramelizing” atau di saute bersama bawang putih sebagai bahan asas masakan-masakan lain.
 
Sweet Onions (Bawang Manis)


 
Bawang manis mempunyai kandungan sulfur yang kurang - dan ia mempunyai rasa yang lebih manis. Ia sesuai digunakan bagi masakan yang tidak memerlukan rasa bawang yang kuat. Ia mempunyai kulit yang agak lutsinar - dan anda boleh melihat bahagian kulit dalam bawang dengan mudah. Rasanya yang manis juga membuatkan ia sesuai digunakan untuk “onion-ring”, dan masakan-masakan manis.
 
Red Onions (Bawang Merah)


 
Bawang merah merupakan bawang yang lebih mudah digunakan - dan ia merupakan bawang yang biasa digunakan dalam pelbagai masakan. Bawang merah juga merupakan bawang yang lebih sesuai untuk sajian yang memerlukan bawang secara mentah seperti laksa, satay, salad, burger, sandwich dan juga lain-lain masakan. Ia mudah dibezakan dari bawang-bawang yang lain kerana warnanya yang terang (merah magenta) dan merupakan bawang yang mudah di dapati di pasaran.
 
White Onions (Bawang Putih)


 
Ia bukan bawang putih, tetapi adalah bawang besar yang berwarna putih. Mempunyai rasa yang kurang kuat - tidak sekuat bawang kuning, membolehkan bawang putih digunakan sebagai makanan mentah. Walaubagaimanapun ia jarang terdapat di pasaran Asia Tenggara, namun amat mudah dikenali. Ia adakalanya dikelirukan sebagai bawang manis - yang juga mempunyai warna yang agak pudar. Bawang putih mempunyai kulit yang berwarna putih dan isi dalaman yang hampir putih juga.

 
Cipollini Onions (Bawang Cipollini)


 
Bawang ini mungkin jarang ditemui kerana ia lebih popular di Itali sebagai “little onions”. Mempunyai warna kekuningan dengan bentuk seakan-akan donut. Bawang ini mempunyai kulit yang nipis dan isi yang berwarna putih dengan rasa yang lebih manis berbanding bawang putih (white onions), kerana mempunyai kandungan gula yang lebih tinggi. Ia sesuai digunakan untuk ‘caramelizing’, atau dibakar. Ia mudah digunakan di dalam pelbagai masakan - dan proses memasak, membantu mengurangkan rasa sulfur dan sengit bawang ini. Ia biasa digunakan dalam penyediaan ayam panggang.
 
Pearl Onions (Bawang Kecil)


 
Pearl Onion merupakan bawang pelbagai warna dengan saiz yan kecil. Ini merupakan sebahagian daripada bawang yang kita kenali sebagai bawang kecil. Walaupun ia mungkin terdiri daripada jenis-jenis bawang di atas - bawang kecil adalah penting bagi membangkitkan rasa dan bau masakan. Adakalanya bawang kecil digunakan, apabila bawang besar tidak diperlukan di dalam sesetengah masakan seperti nasi goreng atau bihun goreng. Bawang-bawang kecil ini juga mungkin digunakan dalam pelbagai bentuk samada, dikisar, dihiris, diketuk dan sebagai bawang goreng.
 
Shallots (Bawang Kecil)


 
Walaupun lebih dikenali sebagai bawang kecil, shallot merupakan species yang berbeza daripada bawang-bawang lain yang digunakan untuk masakan. Walaupun ia kurang popular dalam resepi-resepi Barat, shallot sebaliknya amat digemari sebagai bahan tumisan di bahagian Asia Tenggara dan India (banyak digunakan di dalam resepi masakan India). Malah ia turut dikenali sebagai Madras onions.
 
Shallot mempunyai bentuk yang agak berbeza di mana bentuknya agak bujur (berbanding bulat bagi bawang-bawang biasa). Mempunyai rasa yang agak ringan berbanding bawang biasa - namun ia agak unik dari segi aroma dan rasa - di mana, penggemar shallot tidak akan menukarkannya dengan bawang biasa di dalam masakan mereka.
 
Scallions (Daun Bawang)


 
Daun bawang juga merupakan antara bahan masakan popular - terutamanya sebagai penambah rasa selain penghias (garnish) masakan seperti sup, nasi goreng, bihun goreng bersama-sama gandingan hebatnya, iaitu bawang goreng. Daun bawang juga merupakan antara campuran masakan seperti masakan ikan dan sayur goreng - yang memberikan rasa manis selain aroma yang membangkitkan selera.
 
Daun bawang merupakan bahan sampingan daripada tanaman bawang. Sebahagian bawang yang ditanam ini mungkin ditanam khusus untuk menghasilkan daun bawang manakala selain nya disimpan untuk menghasilkan bawang untuk dijual. Bagi penanam kecil-kecilan pula - daun bawang boleh diambil terus dari pokok dan bawang disimpan untuk terus membesar untuk menghasilkan daun atau bawang.

 
Satu lagi jenis yang berkaitan bawang tetapi saya hanya akan menyebutnya sahaja iaitu “leek”. Leek kelihatan seakan-akan daun bawang bersaiz gergasi. Namun leek merupakan sayur yang berbeza daripada kumpulan bawang ini - namun dari keluarga yang sama atau lebih dikenali sebagai Allium ampeloprasum. Jadi untuk mengetahui lebih lanjut mengenai leek, anda bolehlah membuat tinjauan sendiri mengenai sayuran unik ini. Sekiranya anda meminati daun bawang dan masakan berkaitannya - maka leek mungkin menjadi kegemaran anda berikutnya.
 
Maka itu adalah sedikit sebanyak mengenai jenis-jenis bawang dan kegunaannya. Adalah diharap, ia akan menambahkan lagi minat anda mengenai bahan rempah masakan, tanaman dan kegunaannya di dalam masakan. Tidak kurang juga sekiranya anda ingin mencuba menanam bawang - kerana ia amat mudah tumbuh dengan penjagaan yang mudah. Sehubungan itu, sekiranya terdapat sebarang saranan, sila ajukan di dalam ruangan komen.
 
 
Rujukan:
 
1) Wikipedia: Onion
2) Wikipedia: Shallot
3) Jessica Gavin
4) The Kitchn
5) The Spruce
6) Love & Lemons

No comments:

Post a Comment

Blog Archive