Isnin, 11 April 2022

Madu dan Gula, Manakah Yang Lebih Baik?

Madu dan gula, manakah yang lebih baik untuk anda?

Kemanisan merupakan salah satu rasa penting di dalam makanan dan minuman. Oleh kerana kemajuan teknologi perindustrian dan perdagangan memudahkan kita mendapat bekalan gula, maka makanan manis semakin mudah untuk dinikmati. Namun pengambilan gula berlebihan boleh membawa kemudaratan yang serius kepada kesihatan manusia. Sehubungan itu, salah satu lagi jenis manisan yang biasa digunakan suatu masa dahulu iaitu madu, adakah ia lebih baik daripada gula?
 
Gula merupakan pembekal sumber tenaga penting kepada badan, namun gula di dalam bentuk glucose atau fructose membolehkan ianya diserap dengan ke dalam darah dengan lebih pantas - menjadikan kandungan di dalam darah meningkat dengan mendadak. Mari kita lihat komposisi glucose dan fructose di dalam kedua-dua jenis manisan ini.

 
Gula: 50 peratus fructose dan 50 peratus glucose.
Madu: 40 peratus fructose dan 30 peratus glucose.
 
*Bahan lain yang terkandung di dalam madu adalah air, debungga (pollen) dan mineral, termasuk magnesium dan potassium.

Terdapat pelbagai jenis madu, dan tidak semuanya sama.

Juga terdapat pelbagai jenis gula.

Berbalik kepada persoalan asal, adakah madu lebih baik berbanding gula? Kita lihat kedua-dua bahan ini dari segi glycemic index (GI) iaitu suatu nilai untuk mengukur sesuatu bahan makanan dalam meningkatkan kadar gula di dalam darah.
 
  •  Makanan yang meningkatkan paras gula dengan perlahan dipanggil makanan rendah GI (<55).
  •  Makanan yang meningkatkan paras gula secara sederhana dipanggil makanan sederhana GI (55-69).
  •  Makanan yang meningkatkan paras gula dengan cepat dipanggil makanan tinggi GI (>70).
 

Bahan

Glycemic Index

Gula Putih

68

Corn syrup

90

Agave nectar

10

Madu

55

Maple syrup

54

Molasses

55

 
*Beberapa bahan manisan lain turut disertakan sebagai perbandingan.
 
Dari segi glycemic index, madu mempunyai bacaan yang lebih rendah berbanding gula putih. Ini menunjukkan ia tidak meningkatkan gula di dalam darah sepantas gula putih. Namun, ia masih meningkatkan kadar gula di dalam darah (ia masih perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit - mengikut tahap kesihatan).
 
Selain daripada (GI), madu dan gula juga diukur mengikut kadar tenaga yang dibekalkan daripada kedua-dua bahan ini.
 
Kiraan kalori untuk 100g gula putih mengandungi 400kJ/95.60Kcal manakala 100g madu pula mengandungi sekitar 1,400kJ/334Kcal.
 
*Perlu diingat, bacaan ini mungkin berbeza mengikut jenis madu yang anda ambil.

 
Antara Kebaikan Lain Madu
 
Madu digunakan bukan sahaja sebagai bahan pemanis makanan, tetapi ia juga digunakan bagi tujuan perubatan. Selain memberikan rasa manis, madu juga turut mengandungi bahan minerals, bergantung kepada bunga-bungaan yang terdapat di persekitarannya yang digunakan untuk menghasilkan madu tersebut. Secara umumnya, madu turut mengandungi sebahagian kecil debunga (pollen) bersama-sama bahan lain seperti:
 
  •  Asid Amino
  •  Anti Oksidan
  •  Enzim
  •  Minerals
  •  Vitamin
Madu telah digunakan sejak sekian lama oleh manusia sebagai manisan dan juga untuk tujuan perubatan.

Madu biasa digunakan dalam merawat berkaitan dengan pernafasan. Ia mengandungi anti-radang yang boleh mengurangkan pembengkakan pada saluran pernafasan disebabkan asma. Ia juga merupakan bahan yang biasa digunakan untuk melegakan batuk.
 
Selain daripada batuk, madu juga membantu merawat kesan alahan. Namun untuk tujuan ini, hanya madu tertentu sahaja yang memberikan kesan yang positif. Sebagai contoh, dalam merawat alahan terhadap debunga pohon birch, madu yang dihasilkan daripada debunga birch dikatakan memberikan kesan yang baik.
 
Madu juga boleh digunakan sebagai ubat sapuan dalam merawat beberapa keadaan seperti merawat luka. Luka-luka ini termasuklah luka biasa, ulser dan kecederaan terbakar. Satu lagi keadaan iaitu Seborrheic dermatitis, dimana keadaan yang menyebabkan kulit kepala menjadi gatal dan mengelupas. Madu boleh digunakan secara mingguan bagi mengurangkan keguguran rambut disebabkan masalah ini.
 
Berbanding dengan gula biasa, madu juga lebih mudah untuk diserap oleh badan kerana ianya ditambah dengan enzim oleh lebah-lebah yang menghasilkan madu.

 
Antara Kebaikan Gula
 
Gula juga adalah dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan, namun proses penghasilannya menyebabkan ia hanya mengandungi glucose dan fructose, yang digabungkan untuk membentuk gula yang dikenali sebagai sucrose.
 
Gula putih tidak mengandungi nutrients tambahan. Namun begitu, gula perang yang masih lagi mengandungi bahan-bahan dalam menghasilkan gula, mungkin masih mengandungi sedikit sebanyak bahan mineral.
 
Selain mengandungi kalori yang lebih rendah berbanding madu, gula antara lainnya lebih mudah didapati, murah dan mudah disimpan berbanding madu. Gula juga mudah digunakan untuk menghasilkan banyak jenis makanan yang biasa dimakan pada hari ini.
 
Manakah Yang Lebih Baik?
 
Kedua-dua bahan merupakan bahan pemanis yang mengandungi bahan yang hampir sama iaitu fructose dan glucose, di mana ia boleh memberikan kesan yang sama kepada badan manusia. Dari segi kebaikan tambahan yang diperolehi oleh madu, ia bergantung kepada keperluan individu kerana madu merupakan bahan yang mahal dan tidak semua jenis madu adalah sama. Malah adakalanya madu asli sukar diperolehi.
 
Sekiranya anda mempunyai kebimbangan terhadap masalah kesihatan seperti kencing manis atau obesiti maka cuba elakkan penggunaan gula, dan hanya gunakan madu pada kadar yang minimum. Namun, sekiranya anda adalah pengidap kencing manis, maka kedua-dua bahan ini perlu diambil dengan pengawasan yang rapi.
 
Penggunaan kedua-dua bahan boleh mengakibatkan kesan yang sama iaitu:
 
  •  Penambahan berat badan.
  •  Meningkatkan risiko kesihatan.
  •  Tahap tinggi kandungan gula di dalam darah.
  •  Risiko kerosakan gigi.
Obesiti adalah antara masalah kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan gula berlebihan.

 
Antara Langkah-langkah Yang Boleh Diambil:
 
Oleh kerana kebanyakan makanan yang diambil mengandungi gula (makanan yang diproses banyak menggunakan gula), selain gula boleh didapati dengan mudah pada hari ini, beberapa langkah perlu diambil bagi mengurangkan bahaya penggunaan gula berlebihan.
 
  • Kurangkan pengambilan - kurangkan pengambilan gula berbanding biasa di dalam minuman, makanan dan juga masakan yang anda sediakan.
  • Gunakan ekstrak atau rempah manis - ekstrak daripada badam atau vanilla boleh memberikan rasa manis kepada bahan seperti smoothies atau bahan bakar tanpa menambahkan jumlah gula. Manakala rempah-rempah seperti halia, kayu manis dan buah pala juga memberikan kesan yang sama pada masakan tanpa tambahan kalori.
  • Ambil buah-buahan manis - buahan-buahan manis dapat membantu mengurangkan perasaan mengidam (cravings). Pilihlah buah-buahan seperti beri, pisang, mangga dan lain-lain buah yang mempunyai rasa yang manis.
 

Gula mampu membuatkan kita kesan ketagihan (kecenderungan untuk menambahkan jumlah pengambilan berterusan). Bagi mengelakkan kesan ini, pengambilan gula perlulah dilakukan dengan berhati-hati. Anda tidak perlu menambah gula (atau kurangkan gula) di dalam minuman sekiranya anda memakan makanan yang manis. Sebaiknya anda tidak mencampurkan gula ke dalam minuman seperti kopi dan teh, serta menjauhkan minuman yang mengandungi gula yang tinggi seperti minuman ringan dan minuman juga yang diproses. Sekian sahaja untuk kali ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog