Memaparkan catatan dengan label Virtual Reality. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Virtual Reality. Papar semua catatan

Sabtu, 13 Februari 2016

Beberapa VR Headset (2016) Yang Perlu Anda Ketahui

VR Headset, yang manakah menjadi pilihan anda?

Seperti mana yang kita ketahui VR (Virtual Reality) akan menjadi antara topik terhangat tahun ini dengan kemunculan lebih banyak gadget-gadget baru dengan kualiti terbaik dengan kelas-kelas yang berbeza.  Sehubungan itu dengan mengenali jenis-jenis VR Headset ini, ia mungkin sedikit sebanyak memberikan info yang penting sebelum anda dapat membuat pilihan mengenai VR Headset yang sesuai dengan keperluan anda.

HTC Vive


Vive mempunyai kualiti visual yang menakjubkan dengan dua skrin beresolusi 1080 x 1200 yang juga merupakan resolusi VR tertinggi setakat ini. Ini dibantu oleh dua sensor yang dipasang di dinding untuk mengesan pergerakan semasa menggunakan VR ini nanti. Namun begitu Vive merupakan antara VR headset dengan harga yang paling mahal juga dengan harga sekitar £200 - £400.

Kelebihan Vive adalah ia merupakan VR yang digunakan bersama-sama dengan game-game yang dikeluarkan oleh Valve seperti: Half-Life, Portal dan DOTA 2 di mana Valve juga adalah pengoperasi Steam iaitu pengoperasi ‘online Store’ terbesar untuk PC games.

Sony Morpheus


Sony Morpheus mempunyai satu kelebihan iaitu ia boleh digunakan bersama-sama dengan PlayStation 4. Jadi para pengguna yang berminat untuk menggunakan teknologi ini, tidak perlu membeli peralatan tamabahan bagi yang telahpun memiliki PS4. Sony juga menghasilkan Headset baru untuk Morpheus yang kelihatan lebih menarik dan selesa untuk digunakan. Antara kelebihan lain VR Headset ini adalah ia mempunyai ‘fresh rate’ pada 120Hz yang mengurangkan rasa kurang selesa semasa menggunakan VR Headset.

Oculus Rift


Oculus Rift mempunyai cerita sendiri daripada sejarah pembinaannya sendiri oleh pereka asalnya iaitu Palmer Luckey yang membina Oculus Rift di dalam ‘garage’. Teknologinya ini kemudiannya dibeli oleh Facebook pada harga $2bn bagi mengembangkan lagi potensi Oculus Rift dengan kerjasama Samsung untuk menghasilkan VR Headset Oculus Rift sendiri.

Walaupun Oculus Rift mendapat persaingan hebat daripada HTC, Vive dan juga Sony, Morpheus ia tetap mendapat perhatian ramai sebagai antara nama yang lebih awal membangunkan teknologi VR. Oculus Rift baru-baru ini mengumunkan harganya adalah USD599 dan memerlukan PC pada spesifikasi tertentu.

Microsoft HoloLens


Sebagai antara gergasi di dalam dunia digital sudah tentu Microsoft tidak akan ketinggalan dalam dunia VR. Bagaimanapaun Hololens yang dibangunkan boleh Microsoft adalah jauh berbeza daripada VR yang lain kerana ia lebih bekerja sebagai ‘holographic computing’.

Sememangnya ia mempunyai potensi yang tinggi, namun tidak seperti VR yang lain yang digunakan untuk video games ataupun video merentasi pelbagai platform. Hololens mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk meletakkan ianya bersama-sama VR yang lain, ataupun ia akan berada dalam kelasnya tersendiri – mungkin ia adalah salah satu kelebihannya juga.

Razer OSVR


OSVR ataupun “Open Source Virtual Reality”, merupakan VR yang dibina menggunakan platform yang disediakan kepada orang ramai secara percuma. Pengguna boleh menggunakan dan menyumbangkan sendiri idea mereka ke dalam platform ini.

Anda boleh membina sendiri VR ini ataupun membeli ‘Dev Kit’ yang dihasilkan oleh Razer dengan harga kurang daripada USD200. Ia juga mempunyai resolusi sehingga 1,080 x 1,920 dan merupakan antara yang terbaik dengan pengurangan ‘distortion’ sebanyak 13% untuk menghasilkan kualiti visual yang lebih baik.

Samsung Gear VR


Samsung mendapat sokongan dengan teknologi daripada Oculus untuk membolehkan ia mengahsilkan Samsung Gear VR dan berada di pasaran lebih awal. Menggunakan telefon bimbit, apps dan games boleh dimuat turun daripada Oculus Store dan dipadankan bersama-sama dengan Headset ini.

Kini terdapat beberapa versi Gear VR, di mana sebelumnya ia dibina untuk Note 4, dan kini ia turut boleh digunakan bersama-sama dengan Galaxy S6 dan juga Galaxy S6 Edge. Penghasilan Gear VR ini mungkin merupakan langkah awal Samsung bagi membolehkan ia berada di dalam pasaran VR lebih awal daripada yang lain-lain.

Carl Zeiss VR One


Carl Zeiss VR One seperti juga Samsung Gear VR yang digunakan bersama-sama dengan telefon bimbit termasuklah iPhone 6 dan juga Galaxy S5 – namun ia perlu dinyatakan semasa membuat pesanan untuk VR ini.

Walaupun berharga hampir separuh lebih murah daripada Samsung Gear VR, ia tidak mempuyai banyak kandungan yang disediakan untuk digunakan. Sebaliknya anda mungkin perlu menggunakan kandungan yang disediakan untuk Google Cardboard sementara menunggu lebih banyak kandungan yang sesuai disediakan untuknya.

FOVE Eye Tracking VR


Mungkin anda tidak dapat menggunakannya dalam tahun 2016 kerana ia masih lagi dalam tahap pengujian. Namun apa yang cuba dilakukan oleh FOVE adalah, pengguna tidak perlu menggunakan ‘controller pad’ untuk mengawal permainan sebaliknya ia menggunakan pergerakan mata.

Ia perlu melakukan ‘calibrate’ untuk memastikan dapat berfungsi dengan betul – namun ia juga terhenti semasa anda bermain permainan anda. Selain mempunyai kualiti video yang kurang menarik, ia masih mempunyai banyak perkara untuk diperbaiki sebelum boleh berada di pasaran untuk bersaing dengan VR yang lain.

Archos VR Glasses


Archos bukalan nama asing dalam peralatan gadget elektronik dan juga komputer. Sebelum menghasilkan peralatan VR yang lebih canggih, Archos menampilkan Archos VR Glasses pada harga £9.99 dan merupakan VR Glasses yang paling murah selepas Google Cardboard yang anda hasilkan sendiri.

Ia sesuai digunakan untuk menonton isi kandungan yang dihasilkan untuk Google Cardboard dan juga sebarang telefon bimbit sehingga yang berukuran 6 inci dan ukuran minima telefon adalah 5 inci pula. Walaupun ia bukanlah merupakan peralatan VR yang terbaik, namun harganya membolehkan anda mencuba teknologi VR dengan harga yang jauh lebih murah.

Google Cardboard


Goolge Cardboard merupakan peluang terbaik untuk anda mencuba teknologi VR dengan sedikit usaha. Anda boleh memuat turun pelan dan menghasilkan sendiri ‘headset’ anda  atau terus memberlinya daripada vendor dengan harga bermula daripada USD25 (sehingga model yang berharga USD85).

Setelah anda memiliki Google Cardboard VR ini anda bolehlah memuat turun Google Cardboard apps ke dalam peralatan iOS ataupun Android anda dan menggunakannya pada VR anda. Sama juga sperti Archos, ia adalah cara yang paling mudah dan murah untuk anda merasai teknologi VR pada harga mampu.

Avegant Glyph


Anda mungkin menyukainya ataupun sebaliknya. Walaupun mempunyai kemasan buatan yang baik dan dilengkapi dengan sistem audio yang baik juga untuk memberikan pengalaman VR yang sempurna. Namun begitu ia pengguna masih boleh melihat persekitaran dari bahagian atas dan juga bawah headset tersebut.

Ia digunakan dengan peralatan lain seperti console dan juga telefon bimbit yang akan memberikan input kepada peralatan ini. Ia kemudiannya terus dipakai dengan bunyi yang akan terus didengari melalui headphones yang telah tersedia.


Begitulah antara Headset VR di mana anda boleh membuat pilihan mengikut kemampuan dan minat anda sendiri. Namun begitu, adalah dijangka teknologi ini akan terus berkembang dan banyak lagi peralatan yang akan dihasilkan. Mungkin anda tidak perlu melaburkan perbelanjaan yang tinggi di peringkat awal ini.



Free Download



Jumaat, 12 Februari 2016

Perlumbaan VR (Virtual Reality) Adakah Anda Akan Ketinggalan?

Perlukan anda melabur untuk VR Headset yang mahal?

Baru-baru ini Facebook mengumumkan VR set Oculus pada harga $599 dan hanya boleh digunakan pada peralatan-peralatan tertentu (PC berkeupayaan) tinggi pada harga sekitar $1,500 pula. Namun itu bukanlah halangan bagi para peminat VR untuk turut serta dalam fenomena ini. Bagaimana dengan kita semua?

Peralatan VR mungkin tidak mampu dimiliki semua, namun teknologi ini masih boleh dinikmati oleh semua golongan mengikut kemampuan masing-masing. Kebaikan teknologi VR adalah kemampuannya memberikan ada pengalaman berada di satu-satu tempat berbanding dengan video 2D biasa. Sekiranya ianya dimanfaatkan dengan baik, maka banyak manfaat yang boleh diperolehi melalui penggunaan teknologi ini.

Oculus bukanlah satu-satunya peralatan yang boleh memberikan anda pengalaman menggunakan peralatan VR. Samsung, Sony, HTC dan Microsoft juga turut menghasilkan peralatan VR mereka sendiri. Namun tidak ketinggalan Google sebagai syarikat mesra rakyat yang membolehkan orang ramai merasai kelebihan dunia VR tanpa peralatan yang mahal.


Oculus USD599

Samsung Gear

Satu lagi Gear VR dari Samsung

VR Headset dari HTC

Google Cardboard merupakan satu usaha yang cukup baik dalam memberikan pengalaman VR dengan harga yang cukup murah. Malah boleh dihasilkan sendiri oleh setiap individu tanpa menggunakan kos yang tinggi. Hampir semua orang yang mampu menggunakan gunting dan pisau, boleh menghasilkan ‘Google Cardboard’, dengan kos yang amat murah. Ia juga boleh dibeli melalui laman Google Cardboard.

Seperti biasa, fenomena baru akan bermula dengan harga yang amat mahal dan mengalami pelbagai masalah. Bagi yang mampu mungkin boleh mencuba teknologi VR lebih awal bersama-sama dengan Oculus dalam masa terdekat. Bagi yang kurang mampu pula, jangan ketinggalan untuk mengikuti perkembangan teknologi ini, kerana ia amat menarik dan anda sentiasa boleh mengikutinya tanpa belanja yang mahal.

'Virtual Reality in a box' - Google Cardboard

Pelan menghasilkan Google Cardboard.

Langkah-langkah untuk menghasilkan Google Cardboard.


Satu hari nanti, teknologi VR akan menjadi sama seperti video yang kita tonton hari ini. Maka pendedahan awal membolehkan anda melibatkan diri dengan lebih aktif – Hasilkan video VR anda sendiri.



Arkib Blog