Memaparkan catatan dengan label keselamatan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label keselamatan. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Ogos 2012

Bagaimana Dapur Induksi Berfungsi dan Adakah Ianya Lebih Bagus?

Dapur Induksi merupakan dapur elektrik terbaik setakat ini.

Tentu ramai di antara kita pernah melihat dapur induksi yang selalu dipamerkan di kedai-kedai barangan elektrik mahupun pasaraya. Dapur induksi ini kelihatan ringkas dan menarik di samping dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri istimewa. Namun begitu apakah keistimewaan sebenar dapur jenis ini dan bagaimana ianya boleh memasak tanpa mengeluarkan api?

Bukan mudah bagi kita untuk menerima sesuatu yang baru. Seperti juga ketuhar gelombang mikro yang dahulunya sukar untuk diterima oleh suri-suri rumah kerana ianya nyata berbeza dari kaedah memasak yang biasa. Namun perbezaan ketuhar gelombang mikro dan dapur induksi jauh berbeza.

Walaupun kedua-dua jenis alat memasak ini menggunakan gelombang frekuensi tinggi untuk menghasilkan haba, perbezaan utamanya adalah; ketuhar gelombang mikro memanaskan molekul di dalam makanan yang dimasak. Berbeza dengan dapur induksi yang memanaskan bekas makanan tersebut (iaitu hampir sama dengan dapur gas biasa). Namun kedua-duanya tidak memanaskan jisim lain diluar lingkungan bahan masakan (ini amat menjimatkan tenaga).


Dapur induksi ringkas dan mudah.

1) Litar elektronik yang menghasilkan frekuensi & medan magnet. 2) Bekas masakan yang  dipanaskan oleh gelombang magnet yang terpotong. 3) Makanan yang menyerap haba daripada periuk. 4) Kawasan sekeliling yang tidak dipanaskan oleh dapur induksi.

Proses pemanasan yang dilakukan oleh dapur induksi adalah melalui pemotongan medan magnet oleh periuk (bekas makanan) dalam kadar yang tinggi menyebabkan periuk menjadi panas. Seterusnya haba dari periuk tadi dipindahkan ke dalam makanan sama seperti proses memasak menggunakan api. Dapur jenis ini tidak memanaskan benda lain selain daripada periuk (bekas makanan) yang diperbuat daripada bahan logam yang telap medan magnet. Jadi haba tertumpu pada makanan dan ini dapat mengelakkan ruangan dapur menjadi panas.

Sebenarnya memasak menggunakan dapur induksi adalah jauh menjimatkan dari segi penggunaan tenaga yang lebih efektif. Kos bahan api mungkin berbeza berbanding kaedah penghasilan elektrik di lain-lain negara. Secara kasarnya kadar kebersanan penggunaan gas untuk memasak adalah dalam 40%. Ini bermakna 60% tenaga hilang dan memanaskan ruang dapur. Berbeza dengan dapur induksi yang memasak dengan kadar keberkesanan sebanyak 80%. Jadi tidak hairanlah kepada kita kenapa dapur induksi boleh memasak dengan lebih pantas.

Dari segi keselamatan pula, dapur induksi tidak menggunakan api. Ia hanyalah memanaskan sahaja . Tiada penghasilan gas merbahaya hasil pembakaran gas seperti penggunaan gas metana. Malah tiada benda yang dipanaskan sekiranya tiada bahan telap magnet (periuk) di atasnya. Sekiranya anda bimbang dengan masalah kebocoran gas, dapur induksi merupakan jawapan yang paling tepat. Cuma anda mungkin tidak dapat menyediakan makanan yang memerlukan api secara fizikal seperti sate ataupun ikan bakar. Namun itu bukanlah masalah sebenar. Apa yang menjadi kepentingan dalam memasak adalah kepanasan dan masa untuk memasak makanan.

Tempoh memasak lebih pantas dengan dapur induksi selain lebih bersih.

Walaupun teknik pemanasan secara aruhan ini telah lama ditemui melalui ilmu fizik, namun dapur induksi hanya dikormesilkan menjelang tahun 2006. Seterusnya ianya terus diperbaiki dengan pelbagai ciri-ciri istimewa oleh syarikat pengeluar barangan elektrik. Begitu juga peralatan memasak untuk dapur ini. Cakera induksi digunakan untuk memasak di dalam bekas yang bukan logam. Jadi anda masih boleh memasak di dalam mangkuk kaca ataupun tembikar. Malah terdapat juga ketuhar yang menggunakan konsep induksi untuk memanaskan suhu udara di dalam ketuhar.

Di negara-negara Eropah penggunaan dapur induksi telah digunakan secara meluas. Malah restoran-restoran juga menggunaan dapur ini kerana ianya ternyata menjimatkan.  i) Tidak memaskan ruang dapur (ini mengurangkan kos penyaman udara). ii) Mudah dibersihkan - dapur induksi yang memiliki permukaan yang mudah dibersihkan dapat mengurangkan kadar guna tenaga di dapur.

Begitulah tadi antara perkara-perkara yang dapat saya ketengahkan kali ini dalam ruangan ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa mengikuti perkembangan terbaru teknologi yang dapat membantu kita mencapai taraf kehidupan yang lebih baik. Disamping itu melalui inovasi ini mungkin dapat membantu kita untuk memikirkan rekaan-rekaan baru untuk masa hadapan.

Dapur induksi yang lengkap dipasang bersama kabinet dapur, kemas lagi bergaya.


Free Download


Isnin, 23 Julai 2012

Suatu Masa Dahulu,Teringat Pucuk Paku

Pokok pucuk paku yang biasanya tumbuh di kawasan paya
Entah macam mana dah petang-petang ni saya boleh pulak teringatkan sayur pucuk paku. Bagi kami yang tinggal di kampung ni tentu pernah bertemu dengan pokok pucuk paku ni.. katalah anda tidak pernah masuk ke kebun sekali pun tentu pernah makan pucuk paku ni kan?.. O.K.. kalau tak pernah jugak takper lah!.. Orang California pun kenal pucuk paku ni..

Sebenarnya kenangan yang paling indah mengenai pucuk paku adalah sewaktu memungut pucuk paku. Biasanya pucuk paku memang banyak tumbuh di kawasan berpaya yang biasanya lembab dan gelap. Hmm, walaupun saya tak pernah bersua dengan apa-apa yang ditakuti ketika mengutip pucuk paku ni.. tetapi jauh di dalam hati terkadang ada juga perasaan risau. Maklumlah di kawasan semak dan berpaya ni kan. Paling tidak perasaan tu membuatkan saya sentiasa berhati-hati.

Semasa memungut pucuk paku pergerakkan akan menjadi terhad kerana rimbunan pokok pucuk paku ini agak rapat meninggalkan hanya sedikit lorong laluan. Tambahan kawasan yang ditumbuhi pucuk paku biasanya berair.. silap hari bulan kalau nak berkejaran di sini boleh tersembam ke dalam lubuk. Jadi walaupun kerja mengutip pucuk paku ni taklah mencabar sangat tetapi kalau tak betul gayanya macam-macam bahaya boleh mengundang.

Dulu sewaktu saya mula-mula tinggal di bandar juga, saya tidak pernah membeli pucuk paku yang di jual di kedai sebagai hidangan yang sudah siap dimasak. Maklumlah kalau pulang ke kampung nanti saya boleh berkejar ke kebun dan mendapatkannya dengan percuma - cuma kena keluarkan sedikit tenaga. Lagipun saya memang menganggap aktiviti-aktiviti seumpama ini sebagai riadah apabila pulang ke kampung. Namun apabila jarang pulang ke kampung saya semakin tak tahan dengan selera untuk menikmati keenakan pucuk paku ni.. Jadi mahu tidak mahu terpaksa juga saya membelinya sebagai lauk yang telah siap di masak. Takperlah.. kalau pulang ke kampung nanti boleh cari lagi kan!.. memujuk hati lah tu.

Pucuk paku yang sudah dipetik dan sedia untuk dijual.
Terdapat beberapa jenis pucuk paku yang terdapat di sekitar kampung (Bukit Rokan). Namun yang paling popular adalah pucuk paku masak yang biasa didapati di pasar-pasar. Terdapat sejenis lagi pucuk paku yang lebih enak, namun sukar didapati iaitu pucuk paku sagat (mungkin orang lain mengenalinya dengan nama yang berlainan). Kemudian terdapat sejenis lagi yang jarang-jarang dimasak kerana habitatnya yang berlainan dan mungkin kurang popular sebagai hidangan iaitu pucuk paku merah.


Pucuk paku merah tidak sepopular spesisnya yang lain

Pucuk paku boleh dikatakan popular di seluruh negara kita Malaysia, dari Timur ke Barat dan dari Utara ke Selatan. Boleh dikatakan semua rakyat Malaysia mengenali sayur pucuk paku. Antara sajian yang popular disediakan menggunakan pucuk paku adalah kerabu pucuk paku, masak lemak pucuk paku, rendang pucuk paku, pucuk paku goreng belacan dan macam-macam lagi resepi moden yang kita berikan kepada sayur tradisional ini.

Mungkin pucuk paku ini bukan sekadar sedap pada rasanya sahaja. Apa yang membuatkan ianya sentiasa segar dalam iangatan adalah kenangan bagaimana sewaktu kecil dulu saya pernah meredah semak-samun untuk mendapatkannya. Hilai ketawa bersama kawan-kawan sewaktu kami bergurau di kawasan paya yang memecah kesunyian pada masa itu. Penghujungnya adalah senyuman kepuasan dengan sedikit usaha kecil yang kami lakukan kami membawa pulang sedikit sayuran yang dapat dijadikan santapan sekeluarga. Seronoknya di kampung!...

Kerabu pucuk paku merupakan sajian yang paling biasa disediakan menggunakan pucuk paku.

Free Download



Selasa, 10 Julai 2012

Bahaya Leka Meng 'Update Facebook'. Bahaya Mengundang

Sudah manjadi kebiasaan kita hari ni kita mempunyai satu hobi yang sama meng 'update facebook' hampir di mana sahaja sempat. Ada kebaikannya juga selain dapat berkongsi maklumat, industri komunikasi juga berkembang hingga ke pelosok kampung seperti hari ini.

Namun perlu diingat dalam keseronokan kita mengemaskini akaun laman sosial kita melalui telefon bimbit atau lain-lain peralatan faktor keselamatan perlu dititik beratkan. Ini kerana bahaya mengundang tanpa diduga seperti pepatah lama "malang tidak berbau".

Berikut adalah salah satu contoh di mana keseronokan mengemaskini akaun laman sosial membawa kepada kemalangan. Peristiwa yang berlaku ini mungkin bukan berasal dari negara kita namun perlu diambil sebagai pengajaran.





Sebaiknya apa-apa sahaja kemudahan teknologi ini kita gunakan dengan cermat. Sentiasa utamakan keselamatan anda terlebih dahulu sebelum asyik dengan teknologi. Mungkin banyak perkara yang ingin kita kongsi bersama yang tersayang. Sekiranya anda ditimpa malang, anda sebenarnya menyebabkan orang yang menyayangi anda juga merana.

Jadi bersama-samalah kita memanfaatkan kemudahan yang kita perolehi ini untuk kebaikan bersama ke arah yang lebih baik.


Free Download



Arkib Blog