Memaparkan catatan dengan label laman. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label laman. Papar semua catatan

Ahad, 12 Ogos 2012

Bagaimana Membaca Label Pada Baja

Label pada baja

Seni taman mungkin menjadi minat ramai di antara suri rumah malah seisi keluarga. Bagi yang mempunyai kawasan halaman yang luas, memiliki taman yang cantik merupakan satu bonus dan menjadi ruang rehat bersama keluarga di waktu lapang. Adalah mudah untuk mendapatkan baka tanaman yang baik kerana terdapat banyak nursery tanaman dengan harga yang berpatutan. Namun begitu, untuk mengekalkan tanaman sentiasa sihat merupakan satu cabaran yang perlu dikekalkan. Pada kali ini kita akan meninjau bagaimana menentukan baja yang sesuai untuk tanaman kita. Di harap kita akan sama-sama menerima manfaat dari artikel kali ini.


Mungkin ramai pengguna di luar sana masih lagi ragu-ragu dengan penggunaan baja kimia kerana sukar difahami (mungkin kerana hasil yang tidak seperti yang dijangka). Namun sekiranya kita mengetahui mengenai beberapa fakta berikut, kita akan terus menggunakan baja tersebut tanpa ragu-ragu;

i)     baja kimia mengandungi bahan nutrient yang telah disukat. Ini bermakna tanaman anda mendapat zat makanan yang diperlukan. Tidak seperti baja organik yang mempunyai kandungan zat makanan yang tidak pasti.

ii)   baja kimia tidak mengandungi penyakit atau komplikasi lain. Berbeza dengan baja organik yang biasanya diperbuat daripada najis haiwan dan sisa tumbuhan reput, mungkin boleh membawa jangkitan kepada tanaman kesayangan anda. Baja kimia yang diperbuat di kilang tidak melalui proses pendedahan kepada elemen-elemen ini.

iii)  baja kimia lebih murah. Sekiranya diamati kadar zat dan harga yang ditawarkan oleh baja kimia, sememangnya ia jauh lebih murah berbanding baja organik. Ini kerana baja kimia tidak mengandungi bahan lain selain nutrient yang diperlukan tanaman, berbanding baja organik yang belum tentu mengandungi nutrient yang diperlukan.

Itu adalah 3 kebaikan utama yang ditawarkan oleh baja kimia yang paling penting. Bagaimanapun sekiranya anda menggunakan baja kimia perkara yang perlu diberikan perhatian adalah kadar dos yang diperlukan untuk tanaman anda, perlu diberikan perhatian. Sentiasa baca label pada baja dengan teliti sebelum ianya digunakan. Mulakan dengan dos yang sedikit untuk mengelakkan tanaman anda rosak.

Penggunaan baja kimia perlu berhati-hati

Baiklah, berbalik kita kepada cara mengenal baja kimia melalui label seperti yang saya janjikan di awal artikel tadi. Label pada baja sebenarnya menyatakan tentang kandungan utama baja tersebut iaitu (N - P - K atau Nitrogen - Phosphorus - Potassium). Baja akan sentiasa diwakili mengikut turutan ini sebagai rujukan bagi zat makanan yang terkandung di dalamnya. Terdapat banyak jenis baja antaranya 30 - 10 - 10/ 10 - 5 - 5 / 21 - 0 - 0 dan sebagainya. Ini bermakna jika anda membeli 100kg 30 - 10 - 10 anda sebenarnya memiliki 30kg nitrogen, 10kg phosphorus dan 10kg potassium. Manakala, 50kg lagi bahan tambahan yang tidak aktif.

Secara ringkasnya zat makanan boleh dirumuskan kepada; Nitrogen - untuk kehijauan dan tumbesaran, manakala phosphorus dan potassium adalah untuk bunga dan akar. Jadi sekiranya anda ingin membajai laman anda, baja 21 - 0 - 0 adalah jenis baja yang sesuai. Namun begitu bagi membolehkan ianya tahan cuaca (melalui akar yang kukuh) baja 10 - 6 - 4 dapat membantu pertumbuhan akar disamping pertumbuhan yang diperlukan.

Terdapat juga baja-baja yang menawarkan mikro nutrient di dalam baja mereka. Sebenarnya nutrient tersebut terdapat di dalam tanah dan diperlukan pada kadar yang sedikit sahaja. Selain daripada itu tumbuhan juga tidak dapat memproses zat dalam bentuk sebatian seperti lemak, protein dan vitamin. Adalah penting untuk mengenali baja yang anda gunakan untuk tanaman anda, ini kerana tanaman anda mungkin boleh rosak sekiranya menggunakan baja dengan cara yang salah. Mungkin di lain masa saya akan berkongsi lagi tips-tips berguna berkenaan dengan tanaman ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan komen sila kongsi bersama di ruangan yang sepatutnya. 


Laman yang cantik sebegini memerlukan pemeliharaan yang rapi dan pembajaan yang cukup

Free Download



Selasa, 17 Julai 2012

Kalau Lepas Minum Teh Halia Duduk Jauh-jauh

Hi, hari ni saya nak cerita pasal Halia lah. Kenapa Halia? Hmm, sebab kita kan selalu makan halia, kalau tak kenal halia tu tak patut lah kan. Paling tidak, esok lusa kita masih lagi mampu menikmati khasiat halia ni bila orang yang biasanya mengenal halia dah takder.. sob.. sob..


O.K. lah 'to make long story short', halia ni secara fizikalnya lebih kurang kunyit jer. Cuma struktur daun, dan batangnya sedikit berbeza. Dari segi rizomnya pula, halia berwarna lebih cerah, berbau kuat dan rasanya agak pedas. Bauan halia yang kuat inilah menjadikan ianya teman karib tukang masak ya. Nak tahu, selain bawang putih dan bawang merah, halia juga merupakan antara bahan masakan yang diketegorikan sebagai 'essential'. Terdapat juga bau-bauan (perfume) yang menggunakan bauan halia sebagai salah satu adunan di dalam bauan mereka. Hebat halia kan!


Bagi digunakan untuk masakan, halia muda dan halia tua keduanya boleh digunakan. Biasanya halia muda dipotong kasar untuk menambah bau dan rasa pada masakan. Sebab apa dipotong kasar? Sebab halia muda ni kalau tergigit pun takder masalah, boleh senyum jer - rasa pun sedap. Berbanding halia tua, biasanya dikisar dan digunakan untuk makanan yang agak tradisional seperti rendang ayam, rendang daging, kuah sate dan macam-macam lagi lah. Serbuk halia pula biasanya digunakan untuk minuman.

Satu keistimewaan halia yang tak boleh 'challenge' oleh lain-lain bahan makanan ialah; halia merupakan makanan pembuang angin No. #1. Bagi penggemar-penggemar  teh halia ya, sebab utama bagi minuman tersebut adalah untuk membuang angin, Namun begitu air halia tak semestinya dibuat teh(susu) sahaja, ianya boleh dipelbagaikan. Kalau di Indonesia air halia disediakan dengan menggunakan gula merah - memang sedap. Jadi bagi anda yang baru nak mencuba minuman teh halia ni hati-hati. Takut nanti lepas minum dan tengah 'windows' shopping' tu.. hmm tah tahan nak buang angin pulak - terlepas.. hehehe

Bagi saya secara peribadi memang meminati makanan berhalia. Resepi dari ayam masak halia, daging masak halia, ikan kukus (dengan halia) dan sesekali mencapurkan halia ke dalam bubur sebagai penambah rasa. Bagi yang anda di luar sana bolehlah ceritakan bagaimana anda meminati halia ni ya. Ada yang buat halia bakar ke?.. belum pernah dengar lagi..




Free Download



Sabtu, 14 Julai 2012

Kunyit Enak Untuk Masakan, Cantik Sebagai Tanaman Hiasan



Bagi kita Masyarakat Melayu khususnya kunyit merupakan suatu bahan masakan terpenting malah terdapat banyak kegunaan lain kunyit bagi masyarakat kita bagi tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan.

Di sini sebenarnya saya ingin menyentuh lebih lanjut kunyit sebagai tanaman hiasan. Maklumlah kalau sudah dijadikan sebagai tanaman, sesekali berguna juga bila ingin digunakan dalam masakan. Mungkin anda mula terbayang daun kunyit dalam masakan labu atau tidak asing lagi untuk masakan rendang. Terliur jugak kan!

Kunyit biasa ditanam dari isi kunyit yang telah tua. Kadang-kadang kunyit tua ini sudah kelihatan tunas baru yang mula tumbuh. Kunyit ini kemudian bolehlah dipindahkan samada terus ke tanah atau ditanam di dalam pasu. Pastikan tanah tidak terlalu keras dan mempunyai saliran air yang baik. Sebaiknya kawasan yang ingin ditanam dengan kunyit dibersih dan digemburkan terlebih dahulu.

Bagi tanaman pasu pula pastikan tanah selalu digemburkan. Tempatkan kunyit dikawasan yang redup kerana cuaca yang terik boleh merosakkan daun kunyit. Perhatikan juga fikizal daun kunyit anda bagi mengenal pasti gangguan pada tanaman anda. Sekiranya daun kekuningan dan agak kering, ianya menandakan tanaman anda kekurangan baja dan pengairan yang tidak sempurna. Pastikan anda berhati-hati semasa membuat proses pengemburan bagi mengelakkan isi kunyit anda rosak.

Kunyit merupakan tanaman yang mampu bertahan lama sekiranya dijaga dengan baik. Kunyit akan mengeluarkan bunga menandakan ianya sudah cukup matang. Ini bermakna kunyit anda mempunyi isi yang cukup. Sekiranya anda ingin mengeluarkan isi kunyit tersebut, inilah masa yang paling sesuai. Jangan lupa sekiranya anda telah mengeluarkan semua isi tersebut bolehlah menanam semula benih kunyit yang baru. Selamat mencuba.




Free Download



Ahad, 8 Julai 2012

Rumput Carpet Sentiasa Cantik Idaman Semua

Rumput Carpet atau lebih dikenali dengan nama Bermuda Grass sentiasa menjadi pilihan halaman rumah bagi ramai penduduk. Ini kerana rumput ini tidak berkemuncup seperti rumput biasa dan tumbesaran yang agak perlahan. Namun tahukah anda sekiranya rumput ini bermasalah!

Ya bila rumput karpet anda bermasalah mungkin sukar untuk mencari jalan penyelesaian sehingga jalan yang paling mudah adalah dengan menukar rumput baru. Jadi sebelum kita bincangkan mengenai langkah-langkah penyelesaian rumput ini adalah lebih baik diingatkan supaya sentiasa anda menjaga rumput ini bagi sesiapa sahaja yang telah menanamnya di halaman masing-masing.

Masalah utama yang dihadapi bagi rumput ini adalah serangan rumpai (apa-apa sahaja rumput atau tumbuhan lain yang tumbuh di dalam kawasan rumput ini). Sekiranya rumput karpet anda berada dalam keadaan sihat dan terurus adalah sukar untuk rumpai lain tumbuh. Biasanya rumpai tumbuh apabila rumput anda mula bermasalah. Lakukan langkah-langkah segera sebaik sahaja anda melihat rumpai mula tumbuh.

Pertama: Pastikan rumput anda sentiasa pendek. Ini dapat mengawal pengairan yang sempurna untuk rumput anda.

Kedua: Lakukan 'detached', proses ini amat penting di mana ia membuang semua daun-daun rumput mati yang menghalang air dari meresap ke dalam tanah. Ianya merupakan punca utama biasanya yang menyebabkan rumput mula bermasalah. Caranya gunakan sesikat rumput dan sikat rumput anda sehingga semua daun-daun rumput yang mati dikeluarkan.

Ketiga: Proses 'airing' bagi memastikan udara dan air dapat meresap dengan baik ke dalam tanah. Proses ini dilakukan dengan membuat lubang-lubang kecil pada tanah dengan menggunakan besi tajam atau garfu tanah.

Keempat: Pastikan rumput sentiasa pendek dan bajai rumput sekiranya perlu.

Itulah antara langkah-langkah penjagaan rumput yang dapat mengelakkan rumput anda bermasalah. Namun begitu sekiranya penjagaan ini dilakukan dengan baik, rumput anda mungkin boleh bertahan lebih lama. Jadi untuk jangka panjang ianya juga menjimatkan. Selamat mencuba.

Penjagaan agak rumit bila rumput mula bermasalah

* Anda mungkin berminat untuk mengetahui bagaimana membuat baja kompos sendiri di rumah


Free Download



Arkib Blog