Memaparkan catatan dengan label parut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label parut. Papar semua catatan

Isnin, 27 Jun 2016

Kaedah Perawatan Kesan Parut

Rawatan parut memerlukan masa yang agak panjang.

Kesan parut adakalanya memberikan kesan jangka panjang kerana ia sukar hilang dalam tempoh yang amat panjang. Parut mengikut jenis dan punca berlakunya parut tersebut memerlukan rawatan yang berbeza untuk mengurangkan kesannya atau menghilangkannya terus. Untuk mendapatkan hasil yang lebih baik, kecederaan perlu dirawat diperingkat awal untuk mengurangkan kesan parut.

Bagi luka yang besar dan dalam perlu menjalani rawatan seperti jahitan atau mencantumkan semula luka bagi mengurangkan kesan parut. Luka-luka kecil seperti parut jerawat pula memerlukan rawatan di peringkat awal untuk mengurangkan kesan parut. Manakala luka yang lebih teruk seperti akibat kebakaran dan kemalangan memerlukan pembedahan bagi mengurangkan kesan parut dan rawatan susulan apabila luka mulai sembuh.

Berikut adalah beberapa bahan yang boleh digunakan bagi mengurangkan kesan parut dan dalam jangka panjang mengembalikan semula kulit kepada keadaan yang lebih baik (ia mungkin memakan masa yang agak lama – dan sekiranya kesan terlalu serius, mungkin rawatan lain perlu digunakan).

1) Shea Butter dan Minyak Kelapa

Minyak kelapa mempunyai kebaikan kepada kulit.

Shea butter mengekalkan kelembapan kulit.

Parut yang baru terbentuk perlu dikekalkan dalam keadaan lembab dengan menggunakan antara bahan-bahan ini. Kesan-kesan parut kecil seperti luka, parut jerawat, lecur dan melepuh boleh dirawat dengan berkesan. Lebih awal ianya digunakan, maka lebih mudah kesan parut dapat dirawat. Lembab di sini bukan bermakna basah, tetapi sebaliknya dilapisi dengan minyak dari shae butter atau minyak kelapa untuk mengelakkan luka menjadi kering.

Kedua-dua bahan ini selain menyediakan lembapan, ia juga mempunyai khasiat tersendiri dalam mengelakkan luka menjadi bertambah serius. Ia perlu disapukan kepada bahagian terbabit sebanyak 2 hingga 3 kali sehari bagi memastikan luka sentiasa berkeadaan lembab.

2) Ekstrak/Gel Bawang

Ekstrak bawang melembutkan parut dan membantu penyembuhan.

Ekstrak bawang juga merupakan antara bahan yang berpotensi untuk merawat kesan parut kerana ia mengandungi beberapa bahan penting seperti quercetin, kaempferol dan cepalin. Ekstrak bawang membantu kesan parut menjadi lebih lembut dan membantu parut sembuh dengan lebih cepat. Kesan parut juga didapati menjadi pudar setelah beberapa minggu penggunaan ekstrak bawang setiap hari.

3) Aloe Vera

Khasiat Aloe Vera untuk kulit secara dalaman dan luaran.

Aloe Vera atau lidah buaya sudah lama diketahui mujarab untuk merawat luka, malah turut merawat pertumbuhan sel-sel kulit baru dan mengurangkan kesan parut. Ledir daripada lidah buaya boleh digunakan terus untuk merawat luka. Anda juga boleh mendapatkan gel aloe vera daripada farmasi-farmasi sekiranya perlu.

Selain sebagai kegunaan luaran, gel aloe vera juga boleh digunakan sebagai minuman (pastikan ianya yang disediakan sendiri atau jus aloe vera untuk minuman). Ia merupakan minuman yang baik untuk membantu proses penyembuhan dari dalam. Bagi merawat luka ia perlu digunakan 3 kali sehari untuk membantu luka kekal lembab sepanjang hari.

4) Minyak Essential dari Tea Tree dan Helichrysum

Tea tree oil, membantu mengelakkan jangkitan.

Anda tentu pernah mendengar tentang kebaikan minyak tea tree dan faedahnya tentang rawatan berkaitan kulit. Minyak ini selain membantu menghilangkan kesan parut ia juga merupakan antiseptic, antibacterial, antifungal dan juga antiviral. Jadi ia sendiri merupakan bahan yang mujarab untuk merawat jewarat dan luka-luka pada kulit. Minyak tea tree dicampurkan dengan minyak kelapa atau minyak zaitun dan disapukan kepada kawasan tertentu sebanyak dua kali sehari.

Begitu juga dengan minyak helichrysum yang bersifat antibacterial yang juga membantu mengurangkan kesan parut. Ini kerana ia juga merupakan antioksidan yang mengelakkan kerosakan pada sel-sel kulit.

5) Emu Oil

Minyak Emu menyerap jauh ke dalam kulit.

Emu Oil merupakan minyak yang dihasilkan daripada lemak burung Emu yang berasal dari Australia. Burung dari keluarga burung unta ini mempunyai minyak yang istimewa kerana mempunyai khasiat merawat luka dan parut.

Minyak Emu mengandungi asid lemak Omega-9, Omega-6 dan Omega-3 yang membantu proses regenerasi sel-sel baru untuk penyembuhan luka. Ia menyerap ke dalam kulit dan membantu melambabkan kulit jauh ke dalam. Ia membantu merawat keradangan dan mengurangkan kesan kemunculan parut seterusnya membolehkan luka sembuh secara semulajadi.


Apple cider vinegar, menanggalkan sel kulit mati dan menggalakkan pertumbuhan sel baru.

Apple cider vineger bersifat astringent dan merupakan pencegah jangkitan yang membantu merawat masalah jerawat dan juga luka. Selain itu ia juga menanggalkan sel-sel kulit mati dan mengurangkan kesan kemunculan parut. Apple cider vinegar dicampurkan dengan madu dan disapukan pada kawasan yang diperlukan. Ia dibiarkan selama 10 minit sebelum dibilas. Proses ini boleh dilakukan sebanyak 3 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang baik.


Perawatan parut seperti yang diterangkan pada awal artikel ini perlu dimulakan sebaik sahaja kecederaan pada kulit berlaku samada ianya disebabkan jerawat, luka, terbakar, penyakit kulit dan sebagainya. Ia perlu dirawat mengikut kaedah yang sesuai – jadi anda perlu mendapatkan rawatan awal mengikut jenis kecederaan tersebut. Seterusnya barulah rawatan susulan pengurangan parut ini dilakukan bagi mendapatkan kesan yang lebih berkesan.


Free Download



Sabtu, 9 November 2013

Bagaimana Menghilangkan Kesan Parut

Kesan parut sememangnya akan menimbulkan banyak kesan walaupun ianya tidak mendatangkan apa-apa bahaya. Semua orang mahu kulit mereka cantik dan bebas parut. Adakalanya parut ini turut mengkibatkan kurang yakin diri serta malu berdepan dengan orang ramai.

Di sini kita akan bincangkan antara kaedah yang dapat membantu anda memberbaiki kesan parut (sekiranya ianya tidak dapat diatasi 100%). Namun dengan kemajuan rawatan hari ini memang ada menawarkan rawatan parut yang lebih berkesan. Tetapi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kaedah yang mudah, murah dan diharap boleh membantu.

Lemon sememangnya baik untuk kulit
Minyak tumbuh-tumbuhan - terdapat beberapa minyak yang membantu merawar parut dengan berkesan seperti rose hip oil, coconut oil, argan oil, lavender oil, sunflower oil dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit anda dan meransang proses penyembuhan semula kulit. Maka penggunaan ini perlu dilakukan dengan menyapu minyak tersebut serta mengurut bahagian parut untuk beberapa ketika (sehingga minyak meresap - anggaran 30 saat). Bagaimanapun anda perlu mengekalkan rawatan ini setiap hari sehingga kesannya kelihatan.

Ekstrak daripada bawang - jus daripada bawang juga dikatakan antara rawatan parut yang terbaik kerana dapat membantu pembetukan collagen. Sama seperti penggunaan minyak tadi hanya sapukan dan ratakan pada bahagian parut dalam bentuk bulatan sehingga meresap.

Gel daripada lidah buaya - lendir daripada daun lidah buaya juga dikatakan antara bahan yang dapat merawat parut terutama pada parut yang baru (luka yang baru sembuh).

Lemon dan limau - lemon dan limau memang baik untuk membersihkan kulit. Disamping mencerahkan kulit dan parut ia juga dapat menanggalkan sel kulit mati/lama dan menampilkan sel
Aloe vera banyak kebaikan
Madu - madu juga baik sebagai antibiotik (mengelakkan jangkitan kuman). Jadi ia boleh digunakan sebelum luka bertukar menjadi parut lagi.

Vitamin E - vitamin E boleh digunakan dalam bentuk supplement juga digunakan secara luaran sebagai sapuan biasa. Jadi selain daripada memakan supplement tersebut anda boleh menggunakan sedikit daripadanya untuk menyapukan pada parut anda untuk membantu proses pemulihan. Walaubagaimanapun ia tidak sesuai digunakan semasa luka belum sembuh.
 kulit yang lebih sihat/baru.
Selain daripada itu elakkan parut anda daripada terdedah kepada matahari. Cahaya UV boleh mengganggu proses pemulihan parut dan mengakibatkan ia menjadi gelap. Jadi sekiranya perlu gunakan losyen dengan penapis UV SPF 30.

Parut adalah sebahagian proses pemulihan kulit apabila luka. Ini bermakna proses pemulihan sepenuhnya adalah parut kelihatan seperti biasa (mungkin tidak untuk luka yang serius). Kesan parut ini boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kedalaman, saiz, kedudukan dan jenis luka yang dihadapi. Ia juga dipengaruhi oleh umur, genes, jantina dan keturunan.

Begitulah sedikit sebanyak tentang kaedah merawat kesan parut. Suatu perkara yang anda perlu ketahui mengenai proses merawat parut akan memakan masa yang agak lama. Jadi jika anda ingin melakukan rawatan menggunakan kaedah-kaedah di atas pastikan anda terus melakukannya sehingga parut benar-benar hilang (3 - 6 bulan) bergantung pada jenis parut anda.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.



Arkib Blog