Saturday, June 11, 2016

Mengenal Dan Mengetahui Kegunaan Tea Tree

Tea tree mempunyai banyak kebaikan.

Tea Tree adalah tumbuhan yang berbeza daripada tea (teh) yang digunakan untuk membuat minuman teh. Namun begitu tea tree digunakan di dalam banyak produk penjagaan kulit dan juga produk-produk kecantikan kerana dikatakan mempunyai banyak khasiat dalam menangani masalah berkaitan kulit samada dari serangan bakteria mahupun kulat. Walaupun digunakan dengan meluas untuk kebaikannya, minyak tea tree oil (TTO) perlu digunakan dengan berhati-hati kerana ia beracun dan boleh menyebabkan kesan alahan pada sesetengah orang.

Tea tree oil (TTO), adalah dihasilkan daripada tumbuhan Melaleuca alternifolia yang berasal daripada Australia iaitu di bahagian Tenggara Queensland dan juga Timur Laut, New South Wales. Namun terdapat banyak spesis-spesis lain  Melaleuca daripada beberapa bahagian lain dunia seperti; Melaleuca armillaris dan Melaleuca styphelioides di Tunisia dan Egypt; Melaleuca leucadendra di Egypt, Malaysia dan Vietnam; Melaleuca acuminata di Tunisia; Melaleuca ericifolia di Egypt; dan Melaleuca quinquenervia di United States. Malah minyak yang sama juga boleh dihasilkan dengan penyulingan daripada Melaleuca linariifolia dan Melaleuca dissitiflora.

Tumbuhan asal tea tree (Melaleuca alternifolia).

Daun tea tree dilihat dari dekat.

Bunga dan daunnya dari dekat.

Minyak tea tree digunakan secara luaran untuk merawat beberapa masalah seperti acne, jangkitan kulat pada kuku (onychomycosis), kutu, scabies, athlete’s foot (tinea pedis), dan juga cacing gelang. Ia digunakan secara luaran dan sebagai antiseptik untuk luka, terbakar, gigitan serangga dan sengatan, lecur, jangkitan vagina, herpes labialis, sakit gigi, jangkitan pada mulut dan hidung, jangkitan pada telinga seperti otitis media dan otitis externa. Minyak tea tree juga boleh ditambah ke dalam air mandian untuk merawat batuk, bronchial congestion dan keradangan pulmonary.

Walaupun mempunyai banyak kebaikan, minyak tea tree perlu digunakan secara berhati-hati kerana ia boleh mengebabakan kesan alahan pada sesetengah orang. Jadi ia perlu dicairkan menggunakan minyak lain seperti minyak zaitun atau minyak kelapa sebelum digunakan pada kulit yang sensitif atau pada kanak-kanak. Ia juga merupakan toksid sekiranya tertelan. Maka penggunaan di dalam mulut dan sekitar mulut perlu dielakkan selain memastikan ia disimpan di tempat yang selamat jauh dari kanak-kanak. Antara kesan tertelan minyak tea tree termasuklah pening, keliru, halusinasi, koma, tidak tenang, lemah, muntah-muntah, cirit-birit, sakit perut dan juga kesan ruam.

Antara rangkaian produk tea tree dari The Body Shop.

Minyak tea tree untuk pelbagai kegunaan.

Tea tree lebih mudah digunakan daripada produk-produk dihasilkan menggunakannya sebagai produk penjagaan seperti pencuci muka, syampoo, scrub muka dan badan, sabun dan sebagainya. Banyak jenama-jenama barangan penjagaan diri yang mengunakan tea tree sebagai bahan campurannya termasuklah Body Shop, Dr. Organic, Nature’s Lab, Simply Siti, Paul Mitchell, Skincare Collection, St. Ives, Aiken, Gervenne, Naruko dan banyak lagi. Hampir setiap jenama mempunyai produk yang mengandungi tea tree.

Begitulah antara keunikan pokok tea tree yang merupakan beberapa tumbuhan yang berasal dari Australia dan New Zealand dari family Myrtaceae. Gelaran ini bermula daripada catatan daripada Captain James Cook yang menggunakan daun tumbuhan ini sebagai gantian untuk minuman teh sebenar. Namun seperti yang kita ketahui, terdapat juga beberapa spesis dari family tumbuhan ini di tempat-tempat yang lain. Di negara kita ia dikenali sebagai pokok gelam (Melaleuca leucadendra). Jadi anda bolehlah mencari maklumat yang lebih lanjut mengenainya sekiranya berminat.


Bunga dan daun pokok Melaleuca leucadendra.

Illustrasi tumbuhan Melaleuca leucadendra.

Bagi yang pernah menggunakan produk-produk atau minyak tea tree sendiri mungkin mempunyai pendapat masing-masing mengenai khasiat minyak tumbuhan ini. Seperti yang kita ketahui ia mungkin memberikan kesan yang berbeza mengikut individu. Ia bagaimanapun menunjukkan betapa uniknya sesuatu tumbuhan apabila kita tahu memanfaatkannya. Menarik!



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...