Memaparkan catatan dengan label semulajadi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label semulajadi. Papar semua catatan

Sabtu, 29 Mac 2014

Sayuran Di Pinggir Halaman


Ikan puyu
Ikan puyu dahulu mudah dipancing di tali-tali air tepian sawah.

Adakalanya saya ditanya apakah keistimewaan tinggal di kampung? Sebelum menjawab soalan tersebut saya juga akan bertanya apakah keistimewaan tinggal di bandar? Ya, masing-masing mempunyai sebab tersendiri untuk samada tinggal di kampung ataupun di bandar. Mungkin ada keperluan yang menyebabkan seseorang perlu tinggal di bandar seperti pekerjaan, pendidikan, tempat tinggal dan sebagainya. Namun begitu, kampung halaman tetap merupakan tempat yang menyediakan seribu satu keistimewaan yang sentiasa tersedia untuk anda gunakan.

Masyarakat dahulu dan bagi mereka yang tinggal di kampung, sentiasa disediakan dengan sumber tanpa batasan. Dari sumber inilah penduduk di kampung memperolehi pendapatan mereka. Tetapi oleh kerana setiap usaha dilakukan hanya sebagai menampung keperluan keluarga maka sumber ini sentiasa kekal kerana ia digunakan dalam jumlah yang mampu digantikan semula oleh alam/hutan dalam masa yang singkat.

Mungkin anda tidak menyangka di kampung sayur-sayuran sentiasa tersedia untuk dipetik dan dimasak dengan percuma. Jadi apa yang perlu anda keluarkan adalah sedikit masa dan usaha untuk memetik sayur-sayuran ini. Sesetengahnya mungkin bermusim seperti buah-buahan dimana ia boleh juga dijual untuk menambah hasil pendapatan. Apa yang penting tumbuh-tumbuhan ini tumbuh dengan sendirinya di hutan dan kawasan di sekitar kampung.


jantung pisang hutan
Jantung dan daun pisang hutan selalu digunakan masyarakat Melayu.

Sayur-sayuran seperti pucuk paku, kangkung air, keladi, pucuk pegaga, ubi kayu, rebung, kundur dan labu adakalanya tumbuh meliar tanpa ada yang menghiraukannya. Mungking tidak ramai yang perasan beberapa tumbuhan yang boleh dijadikan makanan sehinggalah ianya dijumpai di pasar (mungkin anda tidak perasan pula dari mana ia dipetik). Saya yang membesar di kawasan kampung juga tidak dapat memastikan dengan tepat kesemua tumbuhan-tumbuhan yang boleh dijadikan sayuran ini sehinggalah ianya dipetik.

kangkung air
Kangkung air jauh lebih sedap berbanding kangkung darat.

Manakala di pinggir-pinggir kampung pula hasil hutan adakalanya boleh diperolehi yang terdiri daripada buah-buahan dan dedaunan yang boleh dimakan seperti jantung pisang hutan, pucuk cemperai, embut nibung, buah kelubi, petai, kerdas, buah tampoi dan macam-macam lagi. Oleh kerana banyak sekali bahan-bahan ini adakalanya kita terlepas pandang atau mungkin ada yang tidak menghiraukannya - mungkin disebabkan masa, kaedah untuk mendapatkannya adalah sukar seperti embut nibung dan buah petai.

Tidak lupa juga hasil yang boleh diperolehi daripada sungai seperti ikan, siput dan kijing (panggilan untuk sejenis hidupan air tawar seperti kepah). Apa yang membezakannya adalah kaedah dalam mendapatkan hasil ini samada menggunakan pancing, jala, jaring, lukah & bubu atau yang dipelihara di dalam kolam. Bagi siput dan kijing tentu anda perlu mengutipnya di gigi air di pinggiran sungai dan tali air.

siput sedut
Siput belitung adalah siput paya bakau, namun terdapat juga siput sungai yang boleh dimakan.

Begitulah kemudahan yang tersedia di sekeliling kawasan kampung. Sumber ini tetap tersedia selagi ianya tidak dicerobohi dengan aktiviti-aktiviti penebangan hutan dan pembuangan sampah yang merosakkan kualiti air sungai. Penebangan hutan menyebabkan lumpur masuk ke dalam sungai dan merosakkan habitat hidupan air. Sungai juga menjadi cetek serta kawasan tadahan hujan hilang menyebabkan air cepat kering apabila musim kemarau. Bukan itu sahaja hidupan air yang tinggal di dalam air tercemar ini juga boleh mendatangkan bahaya apabila dimakan (sekiranya pencemaran berlaku dengan serius).


petai
Petai masih lagi diminati sehingga hari ini.

Jadi hasil hutan dan tumbuh-tumbuhan yang hidup di persekitaran kampung adalah secara asalnya bebas pencemaran atau juga dipanggil 'organic'. Ia bukan sahaja bebas bahan kimia malah tumbuh di kawasan yang benar-benar membolehkannya untuk hidup dengan subur - melalui proses penyebaran benih semulajadi. Tumbuhan yang kurang subur biasanya akan mati atau tidak mencapai kematangan (kesan daripada proses 'survival' secara semulajadi).

Tujuan saya membuat pendedahan ini adalah untuk kita sama-sama menghargai fungsi alam sekitar yang sepatutnya kita dapat memeliharanya bersama. Mungkin dengan ini kita menyedari setiap hidupan memainkan peranan masing-masing kepada alam. Kita boleh menyumbang kepada alam dengan sekecil sumbangan samada dengan menanam pokok atau dengan tidak membuang sampah merata-rata. Apapun lakukan sedikit sumbangan kita sebagai tanda 'Terima Kasih'.




Free Download



Rabu, 26 Mac 2014

Perkara Menarik Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Buluh

Rumpun Buluh
Rumpun buluh meneduh dan menyamankan.

Buluh merupakan satu tumbuhan yang penting kepada masyarakat Asia dalam kehidupan harian mereka. Ini bermakna buluh digunakan hampir setiap hari dalam kehidupan mereka. Bagaimana pula hari ini adakah buluh masih dianggap penting, atau ia semakin dilupakan?

Dalam kehiduan asli masyarakat Asia buluh memainkan peranan penting sebagai bahan yang digunakan untuk tujuan pembinaan, peralatan harian, memasak, barangan, perhiasan malah juga menjadi sumber makanan. Walaupun hari ini sebahagian fungsi buluh masih digunakan seperti masakan rebung buluh, namun ia semakin dilupakan – mungkinkah ada di antara kita yang tidak mengenali pokok buluh?

Terdapat pelbagai jenis buluh, daripada yang kecil dan dijadikan hiasan hinggalah kepada yang besar dan lebih digunakan untuk membuat rerangka dalam pembinaan bangunan seperti di negara-negara India dan China. Pokok buluh yang biasa dijadikan hiasan adalah bersaiz lebih kecil, rimbun dan tidak merebak terlalu luas – biasanya ini juga dikawal dengan mengawal jumlah buluh yang tumbuh. Buluh yang biasanya dijadikan hiasan taman adalah seperti buluh kuning dan spesis-spesis buluh-buluh kecil. Selain daripada menyediakan bahagian yang redup akar buluh juga dapat menguatkan struktur tanah kerana akarnya yang rapat – sesuai untuk bahagian tebing curam atau kolam.

  • Antara jenis-jenis buluh terdapat di Malaysia adalah seperti berikut;
  • Buluh akar
  • Buluh batu (buluh tumpat)
  • Buluh betong
  • Buluh Cina
  • Buluh duri
  • Buluh kasap
  • Buluh lemang
  • Buluh minyak (buluh padang)
  • Buluh peleting
  • Buluh perindu
  • Buluh sembilang

Nama-nama buluh juga berbeza mengikut daerah. Hanya mereka yang biasa dengan buluh sahaja dapat mengenalpasti buluh dan jenis-jenisnya. Perbezaan yang paling mudah dalam membezakan antara jenis-jenis buluh adalah saiz dan bentuk rumpunnya.

Buluh Dan Makanan

Kukus Buluh
Kukus buluh.

Sebagai bahan makanan bahagian buluh yang menjadi hidangan kepada manusia adalah rebungnya. Masakan rebung ini juga terkenal di negara-negara Asia yang lain seperti China, Jepun, Australia dan Asia Tenggara yang sememangnya mempunyai kaitan yang rapat di antara kita. Apa yang berbeza dalam kaedah masakan masyarakat yang lain, rebung mungkin tidak perlu dimasam kan seperti mana yang biasa dilakukan oleh orang-orang Melayu. Walaupun hampir kesemua rebung buluh boleh dimakan, terdapat jenis rebung yang lebih lembut berbanding yang lain seperti ‘rebung manis’. Rebung jenis ini sesuai dimasak terus tanpa proses pemasaman (peram).

Batang buluh juga digunakan untuk memasak makanan seperti ‘lemang’ atau ‘putu bambu’. Masyarakat Cina pula menggunakan daun buluh untuk membungkus makanan sebelum di masak. Bekas kukus juga boleh dibuat menggunakan buluh seperti yang biasa digunakan oleh masyarakat Cina. Kukus buluh dapat mengekalkan haba selain daripada menambah aroma kepada bahan masakan.

Buluh Dan Perhiasan

Gazebo Buluh
Gazebo daripada buluh sangat sesuai untuk istirehat.

Sebagai bahan perhiasan buluh mudah digunakan untuk membuat perkakas-perkakas seperti tabung, bekas air, bakul-bakul malah juga perabot. Industri perhiasan buluh merupakan antara yang paling popular bagi menjana pendapatan bagi penduduk kampung yang mempunyai sumber buluh yang mencukupi. Buluh juga boleh dianyam untuk membuat bahan perhiasan kecil seperti raga bunga hiasan atau bakul sebagai bekas untuk cenderahati majlis perkahwinan. Buluh yang disediakan dengan teliti dan diwarnakan tentu dapat menghasilkan barangan perhiasan yang juga cantik.

Begitu juga buluh digunakan untuk menghasilkan barangan perabut. Seperti juga rotan buluh digunakan untuk menghasilkan kerusi dan meja ruangan rehat. Perkakasan buluh juga dapat menimbulkan suasana yang lebih bersifat semulajadi atau ‘alami’. Buluh sering digunakan untuk membuat pangkin dan juga ‘gazebo’. Proses penyediaan buluh yang lebih mudah berbanding kayu (dari pokok ke papan), menjadikan ia bahan yang lebih ringkas dan pantas untuk digunakan sebagai bahan binaan.

Buluh Dan Kehidupan Harian

Bubu perangkap ikan
Bubu antara peralatan yang dibuat menggunakan buluh.

Buluh juga digunakan dalam aktiviti-aktiviti harian lain terutamanya dalam aktiviti menjana sumber pendapatan. Batang buluh dengan mudah boleh digunakan sebagai pancing. Buluh juga digunakan untuk membuat perangkap ikan seperti lukah dan bubu. Malah serkap juga dibuat menggunakan buluh. Buluh dan rotan sering digandingkan di mana rotan digunakan sebagai bahan pengikat.

Bagi menyediakan sangkar/ jebak burung juga buluh digunakan disamping pelepah bertam. Buluh yang dipotong dengan cermat  dan diraut, kemudian dicucuk melalui batang bertam yang memegang bilah buluh tersebut yang membentuk dinding sangkar. Malah bilah-bilah buluh juga digunakan dalam penyediaan ‘satay’.  Penggunaan bilah buluh ini digunakan juga sebagai batang bunga telur, pencucuk bebola ikan atau ‘nugget’ di pasar-pasar malam. Batang pencungkil gigi juga turut dihasilkan menggunakan buluh. Begitu juga penyepit makanan segera menggunakan buluh bagi mengurangkan kos bahan.

Bahan hiburan lain yang dihasilkan menggunakan buluh antaranya adalah wau. Buluh yang diraut digunakan sebagai tetulang bagi menyokong badan wau untuk membolehkannya terbang apabila ditiup angin. Buluh mudah dilentur dan lebih ringan apabila kering. Ini menjadikan ia sesuai digunakan untuk tujuan ini.


Begitulah antara sebahagian kecil fungsi buluh dalam kehidupan seharian masyarakat dahulu. Maka tidak hairanlah sekiranya masyarakat dahulu seringkali mengabadikan buluh di dalam karya-karya seni mereka. Selain daripada pohonnya yang menghijaukan pandangan dan menguatkan lagi tebing kolam-kolam, banyak lagi jasa buluh dalam kehidupan masyarakat. 


Free Download



Ahad, 9 Februari 2014

Pemilihan Produk Kesihatan Yang Sesuai


Produk kesihatan merupakan keperluan penting dalam kehidupan dunia moden. Aktiviti seharian dan pemakanan yang kita makan seharian sahaja tidak dapat memenuhi kesemua keperluan badan seperti yang diperlukan. Sebab itulah bantuan pemakanan tambahan amat penting bagi memastikan keperluan zat pemakan yang lengkap.

Ada beberapa faktor yang perlu difikirkan dalam mecari produk pemakan tambahan yang sesuai. Ini kerana kita masih boleh mendapat sebahagian zat makanan daripada pemakanan harian kita – ada kalanya zat ini diambil secara berlebihan seperti karbohidrat, gula, lemak dan beberapa zat yang lain mengikut gaya pemakanan seseorang. Ketidak seimbangan dari semua jenis zat pemakanan yang diperlukan inilah yang menyebabkan masalah-masalah kesihatan boleh berlaku.

Pemilihan Zat Pemakanan:


Zat pemakanan yang diperlukan adalah mengikut kesan kekurangannya kepada kesihatan dan jumlah yang diperlukan oleh sesorang adalah berbeza-beza. Ini kerana terdapat juga zat pemakanan yang boleh mendatangkan mudarat sekiranya diambil dalam jumlah yang tinggi. Zat pemakanan dari jenis larut dalam minyak terutamanya perlu diambil dalam jumlah yang mencukupi sahaja – pengambilan berlebihan akan mendatangkan masalah. Manakala zat pemakanan yang larut dalam air pula akan dikeluarkan dari badan melalui proses perkumuhan dan pengambilan yang berlebihan adalah merupakan satu pembaziran.

Proses Penyediaan


Bukan semua penyediaan produk pemakanan adalah sama dan boleh memberikan zat pemakanan yang diperlukan oleh badan secara optimum. Kebanyakan penyediaan produk makanan tambahan moden menggunakan bahan yang lebih mudah diserap oleh badan seperti menggantikan vitamin-C daripada ‘ascorbic acid’ kepada ‘ calcium ascorbate’ dan menggunakan susu tanpa laktosa ataupun proses pengasingan sesetengah nutrient daripada bahan makanan untuk mendapatkan konsentrasi nutrient yang tinggi. Makanan tambahan ini juga boleh dinikmati dengan cara yang lebih disukai oleh individu.

Perlumbaan industri produk kesihatan adalah menyediakan produk-produk yang mampu menyediakan zat pemakanan yang optimum dari segi khasiat mahupun konsentrasi zat pemakanan yang diperlukan. Setiap produk yang dihasilkan cuba memberikan faedah yang lebih kepada pengguna melalui kajian-kajian berterusan dalam memperbaiki kualiti produk mereka untuk faedah pengguna. Mari kita lihat beberapa makanan tambahan yang dapat membantu kita mengekalkan kesihatan yang seimbang daripada Shaklee.

Kaedah mudah untuk mendapat kebaikan kacang soya.

ESP – Soy Protein Isolate Powder

Makanan tambahan ini menyediakan bekalan protein yang bukan daripada sumber haiwan – jadi ianya bebas daripada lemak, bebas laktosa dan juga kolestrol. Menggunakan soya yang bukan dari sumber soya GMO (Genetically Modified Organism) dan proses pembesaran soya-soya ini dipantau bagi memastikan ianya bebas daripada penggunaan bahan kimia. Ianya amat sesuai sebagai makanan tambahan dalam membekalkan tenaga seharian dan dalam membantu mengurangkan masalah berat badan. Bagaimana!

  • Protein membekalkan tenaga kerana ia mempunyai GI (Glycemic Index) yang rendah ini bermakna tenaga dibebaskan secara perlahan-lahan ke dalam darah dan mengelakkan anda daripada merasa lapar untuk tempoh masa yang lebih panjang berbanding makanan karbohidrat.
  • Ia juga membantu mengurangkan kolestrol dengan kandungan fiber dari kacang soya yang tinggi.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, kalsium dan isoflavones. Ia juga dikatakan membantu menstabilkan penghasilan hormon semasa tempoh putus haid.
  • Pengambilan pemakanan ini dapat mengurangkan pengambilan makanan karbohidrat lain seperti nasi – sekiranya anda dapat mengamalkan cara pemakanan yang sihat.


Mengembalikan kesegaran badan dengan Alfalfa.

Alfalfa Complex

Alfalfa menyediakan zat pemakanan yang pelbagai disamping sumber klorofil yang dapat membantu menyah toksid di dalam badan dengan berkesan. Pokok Alfalfa mempunyai akar yang mengunjur sedalam 6 meter ke dalam tanah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral sementara daunya mengumpul klorofil melalui proses fotosintesis. Ia juga merupakan sumber yang membekalkan vitamin A, C dan E serta kalsium, potassium, fosforus dan zat besi.

Afalfa adalah tumbuhan yang mampu bertahan untuk tumbuh di kawasan dengan iklim yang ekstrim. Sehubungan itu alfalfa dilengkapi dengan kemampuan untuk menyerap nutrient yang dalam di dalam tanah serta kemampuan melakukan fotosintesis yang lebih efisyen.

Alfalfa Complex merupakan antara produk terawal yang dibangunkan oleh Skahlee sejak dari tahun 1950’an lagi dalam menyediakan makanan tambahan kesihatan. Oleh kerana Alfalfa merupakan sumber klorofil yang baik – ini dapat membantu membersihkan darah dan seterusnya mengembalikan kesegaran badan dan daya tahan badan.

*Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus erimatosus sistematik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Shaklee

Shaklee merupakan satu jenama produk kesihatan yang telah dibangunkan sejak hampir 60 tahun oleh Dr. Forrest C. Shaklee dengan falsafah “Hidup Harmony dengan Alam Semulajadi” terus berusaha untuk menghasilkan produk yang membantu manusia untuk hidup sihat dan ceria.

Syarikat ini terus berusaha dalam membangunkan produk-produk yang inovatif sesuai dengan peredaran zaman dan gaya hidup masyarakat masa kini. Membelanjakan jutaan ringgit dalam membuat ujian klinikal untuk pembangunan produk-produk mereka. Ia juga turut membantu dalam penghasilan kajian-kajian lain dalam usaha membantu industri kesihatan sebagai contoh dalam menyumbangkan penyeledikan mereka untuk ‘Nutrition Journal’.

Anda boleh melihat banyak lagi produk-produk yang lebih inovatif dari rangkaian produk berkualiti tinggi yang dihasilkan oleh Shaklee yang pasti dapat memberikan anda faedah dalam kesihatan. Sehubungan dengan itu apa yang penting bagi anda sebelum memilih produk kesihatan anda antaranya adalah bagaimana ianya dihasilkan.

Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut mengenai rangkaian produk kesihatan Shaklee anda bolehlah menghubungi pengedar Shaklee yang sedia membantu anda dengan kemusykilan anda dalam memenuhi segala keperluan mengikut gaya hidup, pekerjaan, jantina dan juga matlamat kesihatan yang ingin anda capai.

Untuk keterangan lanjut hubungi:

Asnida Abd. Rahman: +60173097530
(sms/whatsapp)

Atau fanpage di Facebook


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.


Arkib Blog