Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips. Papar semua catatan

Ahad, 12 Ogos 2012

Bagaimana Membaca Label Pada Baja

Label pada baja

Seni taman mungkin menjadi minat ramai di antara suri rumah malah seisi keluarga. Bagi yang mempunyai kawasan halaman yang luas, memiliki taman yang cantik merupakan satu bonus dan menjadi ruang rehat bersama keluarga di waktu lapang. Adalah mudah untuk mendapatkan baka tanaman yang baik kerana terdapat banyak nursery tanaman dengan harga yang berpatutan. Namun begitu, untuk mengekalkan tanaman sentiasa sihat merupakan satu cabaran yang perlu dikekalkan. Pada kali ini kita akan meninjau bagaimana menentukan baja yang sesuai untuk tanaman kita. Di harap kita akan sama-sama menerima manfaat dari artikel kali ini.


Mungkin ramai pengguna di luar sana masih lagi ragu-ragu dengan penggunaan baja kimia kerana sukar difahami (mungkin kerana hasil yang tidak seperti yang dijangka). Namun sekiranya kita mengetahui mengenai beberapa fakta berikut, kita akan terus menggunakan baja tersebut tanpa ragu-ragu;

i)     baja kimia mengandungi bahan nutrient yang telah disukat. Ini bermakna tanaman anda mendapat zat makanan yang diperlukan. Tidak seperti baja organik yang mempunyai kandungan zat makanan yang tidak pasti.

ii)   baja kimia tidak mengandungi penyakit atau komplikasi lain. Berbeza dengan baja organik yang biasanya diperbuat daripada najis haiwan dan sisa tumbuhan reput, mungkin boleh membawa jangkitan kepada tanaman kesayangan anda. Baja kimia yang diperbuat di kilang tidak melalui proses pendedahan kepada elemen-elemen ini.

iii)  baja kimia lebih murah. Sekiranya diamati kadar zat dan harga yang ditawarkan oleh baja kimia, sememangnya ia jauh lebih murah berbanding baja organik. Ini kerana baja kimia tidak mengandungi bahan lain selain nutrient yang diperlukan tanaman, berbanding baja organik yang belum tentu mengandungi nutrient yang diperlukan.

Itu adalah 3 kebaikan utama yang ditawarkan oleh baja kimia yang paling penting. Bagaimanapun sekiranya anda menggunakan baja kimia perkara yang perlu diberikan perhatian adalah kadar dos yang diperlukan untuk tanaman anda, perlu diberikan perhatian. Sentiasa baca label pada baja dengan teliti sebelum ianya digunakan. Mulakan dengan dos yang sedikit untuk mengelakkan tanaman anda rosak.

Penggunaan baja kimia perlu berhati-hati

Baiklah, berbalik kita kepada cara mengenal baja kimia melalui label seperti yang saya janjikan di awal artikel tadi. Label pada baja sebenarnya menyatakan tentang kandungan utama baja tersebut iaitu (N - P - K atau Nitrogen - Phosphorus - Potassium). Baja akan sentiasa diwakili mengikut turutan ini sebagai rujukan bagi zat makanan yang terkandung di dalamnya. Terdapat banyak jenis baja antaranya 30 - 10 - 10/ 10 - 5 - 5 / 21 - 0 - 0 dan sebagainya. Ini bermakna jika anda membeli 100kg 30 - 10 - 10 anda sebenarnya memiliki 30kg nitrogen, 10kg phosphorus dan 10kg potassium. Manakala, 50kg lagi bahan tambahan yang tidak aktif.

Secara ringkasnya zat makanan boleh dirumuskan kepada; Nitrogen - untuk kehijauan dan tumbesaran, manakala phosphorus dan potassium adalah untuk bunga dan akar. Jadi sekiranya anda ingin membajai laman anda, baja 21 - 0 - 0 adalah jenis baja yang sesuai. Namun begitu bagi membolehkan ianya tahan cuaca (melalui akar yang kukuh) baja 10 - 6 - 4 dapat membantu pertumbuhan akar disamping pertumbuhan yang diperlukan.

Terdapat juga baja-baja yang menawarkan mikro nutrient di dalam baja mereka. Sebenarnya nutrient tersebut terdapat di dalam tanah dan diperlukan pada kadar yang sedikit sahaja. Selain daripada itu tumbuhan juga tidak dapat memproses zat dalam bentuk sebatian seperti lemak, protein dan vitamin. Adalah penting untuk mengenali baja yang anda gunakan untuk tanaman anda, ini kerana tanaman anda mungkin boleh rosak sekiranya menggunakan baja dengan cara yang salah. Mungkin di lain masa saya akan berkongsi lagi tips-tips berguna berkenaan dengan tanaman ini. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan dan komen sila kongsi bersama di ruangan yang sepatutnya. 


Laman yang cantik sebegini memerlukan pemeliharaan yang rapi dan pembajaan yang cukup

Free Download



Isnin, 16 Julai 2012

Limau Nipis dan Masyarakat Melayu

Kenapalah hari ni saya rasa macam nak kongsi pasal limau nipis pulak ya? Mungkin anda pun nak tahu jugak. Puncanya sebab dalam beberapa hari ni saya diserang batuk diiringi selesema. Oleh sebab tak tahan dengan gangguan dua penyakit ni jadi saya pun teringat lah ubat mujarab (bagi saya) iaitu limau nipis.

Biasalah, sesiapa yang biasa dengan tumbuhan yang akrab dengan Masyarakat Melayu ni pasti tahu buah istimewa ni macam-macam gunanya kan? Bagi yang rajin menyemak arkib petua nenek kebayan tu lagi lah tahu macam-macam kegunaan buah ni.

Apa yang menghairankan bagi saya masih ada dikalangan kita yang terkeliru antara limau nipis dan limau kasturi. Takperlah jangan dia tersalah tafsir limau oren dan limau nipis sudah (itu dah tahap-tahap buta huruf lah tu). Ini kerana paling tidak kalau kita pernah ke dapur pasti terserempak dengan ibu yang biasanya menggunakan limau nipis untuk menghilangkan hanyir ikan atau setidak-tidaknya ketika beliau menyediakan sambal belacan atau cencaluk, huhu.. cuma tips yang paling mudah untuk membezakan antara limau nipis dan limau kasturi adalah dari segi saiz. Limau nipis lebih besar dan berkulit tebal manakala limau kasturi kecil dan berkulit nipis. hmm... mudah sahaja kan!

Oleh kerana limau nipis ni banyak gunanya, maka seharusnya kita perlu pastikan ianya tidak pupus begitu sahaja. Sememangnya kalau di pasar kita mudah mendapatkatnya, namun biasanya tahap kesegaranya agak kurang berbanding kalau dipetik sendiri dari pokok.

Memandangkan limau ini boleh digunakan untuk membuang hanyir ikan, maka sudah pastilah ianya juga berguna terutama untuk tujuan pembersihan. Ini termasuklah membuang bau badan, membersihkan rambut, membuang sel-sel kulit mati pada badan kita (ni kalau nak putih lah ya) dan macam-macam lagi lah ya. Cuma kalau nak mendapatkan cara 'advace' penggunaan limau nipis ni bolehlah dirujuk daripada koleksi-koleksi petua nenek kebayan (boleh dicari di internet atau majalah-majalah berkaitan wanita).

Seingat saya dahulu mudah sahaja mendapatkan limau ni (belakang rumah saya pun ada). Tapi sekarang agak sukar jugak, melainkan dibeli dikedai atau pasaraya. Biasalah untuk mendapatkan limau nipis yang betul-betul segar bukanlah mudah. Melainkan limau tersebut kelihatan agak kering atau layu. Kalau nak tanam tak tahu pulak bila berbuah kan. Jadi terpaksalah beli jugak.

Walaubagaimanapun untuk memastikan yang satu hari nanti saya boleh mendapatkan buah limau nipis yang segar, maka boleh lah saya mula mencari benih limau nipis. Memanglah hari ini saya terpaksa membeli, tapi kalau diusahakan secepat mungkin menanam pokok ini, pasti hasilnya saya dapat juga kan! Orang lain macam mana? Nak taknak tanam ker?





Free Download



Ahad, 8 Julai 2012

Anda Peminat Wangi-wangian?

Sebut mengenai wangi-wangian ni tentu ramai yang berminat. Sehinggakan kalau kita lihat di mana-mana sahaja terdapat wangian dijual. Tak kira jenama ataupun harga, tujuan wangian adalah untuk membantu kita supaya kekal segar wangi sepanjang hari. Namun begitu apa kriteria-kriteria yang anda utamakan semasa membeli wangian!

Bagi yang mampu berbelanja lebih wangian berjenama tentu menjadi pilihan. Ini kerana selain bauan yang sememangnya cukup harum, ianya juga tahan lama sepanjang hari. Bagi mereka yang peka dengan jenama-jenama ini setiap wangian dan jenama dapat dikenalpasti dengan tepat. Perlu juga diingat dalam sesetengah majlis pemakaian pewangi juga perlu bersesuaian. Hmmm!...

Tak kiralah mahal ataupun murah, ramai juga yang menggunakan One-drop perfume. Selain bauannya yang mirip-mirip bauan jenama terkemuka, harganya pun jauh lebih murah. Kalau dengan harga yang sama untuk sebotol pewangi berjenama boleh membeli berbotol-botol One-drop perfume dari pelbagai bauan.. Wahh, hebaat!..

Selain pewangi semburan pula kita menggunakan pewangi ini hampir dalam setiap barangan dari sabun pencuci hinggalah ke minyak rambut. Terkadang agak terkeliru juga bila setiap wangian ini bercampur aduk. Kalau boleh biarlah menggunakan wangian dari tema yang sama. Melalui cara ini barulah wangian yang digunakan lebih menyerlah. Kurangkan pemakaian wangian dari pencuci dan pelembut pakaian juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan bauan yang bercampur aduk ini. Sekiranya anda benar-benar obses dengan satu bauan pastikan anda mempunyai rangkaian penuh bauan tersebut dari mandian, deodorant, after shaved, dan juga perfume. Ini salah satu cara untuk kekal dalam satu wangian.

Banyak lagi tips-tips berkaitan pemakaian pewangi ini yang perlu kita ketahui. Seperti tempat-tempat yang betul untuk menyembur pewangi pada anggota. Wangian untuk siang hari dan malam hari juga mempunyai perbezaan. Penyimpanan wangian juga penting untuk memastikan bauannya tidak rosak.

Mungkin di lain kali kita boleh menyentuh mengenai wangian ini secara terperinci. Kali ini saya ingin menyentuh secara ringkas sahaja. Bagi yang meminati wangian pastikan berkongsi perkara-perkara menarik mengenai wangian di bahagian komen. Terima kasih





Free Download



Kecil-kecil Cili Padi

Pepatah lama selalu mengatakan "Kecil-kecil cili padi", tapi kalau pedasnya tak ramai yang boleh tahan. Bagi orang-orang di Negeri Sembilan masak lemak cili padi adalah antara makanan kegemaran mereka. Jadi kalau di Bukit Rokan ni samalah kan, tak kira bagi yang berasal dari Negeri Sembilan atau yang berasal dari negeri lain, rata-rata penduduk Bukit Rokan ni dah sebati dengan Cili Padi ni.

Cuma apa yang berbeza kalau dulu Cili Padi tumbuh di belakang rumah, kebun dan batas-batas sayur, mungkin hari ini sedikit istimewa Cili Padi turut dijadikan tanaman hiasan. Kira dua dalam satu lah ni. Hiasan-hiasan jugak, tapi bila berbuah lebat tetap menjadi ramuan masakan. Namun ini lebih baik kan, disamping hiasan masih digunakan untuk tujuan harian.

Cuma sedikit berbeza bagi yang berminat untuk menanam Cili Padi sebagai hiasan perlu dielakkan penggunaan baja organik daripada najis haiwan (tahi ayam atau lembu). Ini kerana baja dari jenis ini boleh menyebabkan Cili Padi berdaun kerinting. Cili Padi lebih sesuai dengan baja tanah bakar ataupun baja kompos daripada dedaun reput.

Dari segi pengairan dan kawasan tanaman tidak banyak menimbulkan masalah, hampir sama sahaja dengan tanaman yang lain. Bagi yang memiliki pondok tanaman (yang ditutupi dengan jaring hijau) adalah merupakan satu kelebihan untuk pokok ini tumbuh dengan subur. Bagaimanapun ada pulak petua mengatakan sekiranya mahu Cili Padi anda betul-betul pedas perlulah ianya ditanam di tempat yang panas! Apa pendapat anda?

Rata-rata bagi penduduk Bukit Rokan ni takder yang bermasalah untuk menyediakan kawasan penanaman untuk Cili Padi ni. Maklumlah kalau yang ditanam oleh pengusaha ladang tidak dapat dipastikan keselamatan tanaman tersebut daripada racun rumpai ataupun serangga. Sekiranya ditanam sendiri mudahlah dipastikan. Bukankah tanaman organik itu lebih menyihatkan? Sama-samalah kita mencuba.


Free Download



Arkib Blog