Isnin, 2 Mei 2016

Mengenali Kacang Dan Kekacang

Chestnut, merupakan antara kacang yang biasa digunakan dalam coklat.

Kacang dan kekacang mempunyai nama yang hampir sama, namun dalam istilah botani ianya memberi mana yang lebih luas. Malah dalam mengenali keluarga kekacang ini membolehkan kita membezakan antara jenis kekacang yang biasa kia gunakan di dalam masakan dan juga sebagai makanan. Kacang dan kekacang mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi termasuk protein yang kurang pada jenis sayur-sayuran lain.

Kacang (nuts) dan kekacang (legume) merupakan dua kumpulan jenis kacang yang mudah dijumpai. Namun begitu kebiasaannya kacang (nuts) adalah lebih mahal, memandangkan ia sukar didapati tidak seperti kekacang (legume) yang kebanyakannya dianggap seperti sayur-sayuran.

Antara jenis-jenis kacang.

Pine nut juga merrpakan sebahagian jenis nut.

Walapun terdapat sedikit perbezaan dalam pengistilahan nama yang digunakan untuk kumpulan kekacang (nuts), namun secara umumnya ia diterima pakai untuk sebahagian besar kacang seperti berikut;

- Almond (badam) – merupakan biji daripada buah kump. ‘drupe’; buah dengan isi seperti mangga.
- Brazil nut – biji daripada kapsul (seperti vanilla).
- Candlenut (buah keras) – merupakan biji.
- Cashew (gajus) – merupakan biji.
- Macadamia – merupakan isi (kernal) dari buah jenis ‘follicle’.
- Malabar chestnut
- Pecan (kacang parang)
- Mongogo
- Peanut (kacang tanah) – biji dari jenis kekacang (legume); dari keluarga Fabaceae. ***
- Pine nut – biji bagi beberapa jenis spesis pine (corniferous).
- Pistachio – juga merupakan dari jenis ‘thin-shelled drupe’.
- Walnut – biji bagi buah kump. ‘drupe’, juga seperti badam.
- Yeheb nut – biji bagi tumbuhan padang pasir, Cordeauxia edulis.

Kacang tanah adalah dari kumpulan legume yang mana kebanyakannya digunakan sebagai sayur-sayuran. Namun kacang tanah adakalanya dinikmati seperti kacang lain kerana teksturnya yang menyerupai kacang dari jenis (nuts) yang lebih keras dan ranggup.

Sebelum kita melihat beberapa jenis contoh legume pula mari kita lihat terlebih dahulu mengenai khasiat pemakanan bagi beberapa jenis kekacang di atas;

Name
Protein
Total Fat
Saturated Fat
Polyunsaturated Fat
Monounsaturated Fat
Carbohydrate
Almonds
21.26
50.64
3.881
12.214
32.155
28.1
Peanuts
23.68
49.66
6.893
15.694
24.64
26.66
Pistachio
20.61
44.44
5.44
13.455
23.319
34.95
Walnuts
15.23
65.21
6.126
47.174
8.933
19.56

Kekacang dari jenis legume ini jauh lebih banyak kerana ia digunakan sebagai sayur-sayuran dan biasa digunakan di dalam masakan. Malah termasuk di dalam kumpulan kekacang juga adalah daripada tumbuhan yang tidak digunakan sebagai sayuran pula namun turut menghasilkan biji kekacang yang dikenali sebagai ‘pulse’.

Kekacang ini mempunyai pelbagai fungsi selain daripada untuk kegunaan sumber makanan manusia ia juga digunakan untuk kegunaan binatang ternakan, atau penggalak tanah untuk meningkatkan kesuburan tanah. Berikut adalah sebahagian kumpulan utama kekacang dari jenis legume; alfalfa, clover, peas, beans, lentils, lupins, mesquite, carob, soybeans, peanut (kacang tanah) dan tamarind (asam jawa). Sekiranya disenaraikan kesemua jenis legume ini ia mungkin menghasilkan satu senarai yang panjang .

Legume terdiri daripada kumpulan kekacang yang lebih besar.

Kacang tanah juga terdiri daripada kumpulan tumbuhan jenis ini. 

Tumbuhan legume turut meliputi tumbuhan-tumbuhan kekacang yang lain yang juga digunakan sebagai tanaman litup bumi untuk mengelakkan hakisan tanah. Ia juga boleh mengembalikan kesuburan tanah melalui tindakan bakteria pengikat nitrogen pada akarnya.

Makanan berasaskan kacang (nuts) sesuai dijadikan makanan tambahan untuk menggantikan snek yang jauh lebih menyihatkan. Bagi mereka yang biasa mengambil kacang (nuts) ini mempunyai kebarangkalian yang lebih rendah dalam menghidap coronary heart disease (CHD). Ia mengandungi mengandungi pelbagai khasiat untuk membantu tahap kesihatan yang baik terutama yang melibatkan darah dan jantung. Ia juga turut membantu sistem saraf dan otak untuk berfungsi dengan lebih baik. Makanan snek kacang (nuts) ini patut dijadikan pilihan bagi menggantikan makanan ringan yang kurang menyihatkan.



Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog