Program Math&Brain 2014 dengan beberapa pembaharuan. |
Math&Brain bukanlah satu produk yang
baru. Oleh kerana pada mulanya ianya diterbitkan dalam bentuk sebuah buku berbahasa
Inggeris dan hanya dijual secara online melalui laman penerbit dan amazon.com
maka ia kurang dikenali di Malaysia. Kurus Math&Brain hanya mula di
perkenalkan pada lewat tahun 2013 di beberapa buah sekolah sahaja.
Program Math&Brain dapat membantu para
pelajar dalam menghadapi peperiksaan mereka seperti UPSR, PMR dan SPM. Namun
begitu para pelajar IPT juga seharusnya memandang serius kemahiran ini, begitu
juga bagi mereka yang telahpun bekerja kerana kemahiran berfikir amat penting
pada setiap peringkat umur.
Memandangkan kursus ini mendapat sambutan
dari para pelajar, maka ianya akan diteruskan dan dalam membantu lebih ramai
mendapat manfaat dari kursus ini, ia akan turut diperkenalkan dalam beberapa
bentuk pendekatan yang lain.
Bagaimana Math&Brain Berfungsi?
Pada peringkat awal ramai yang menyangka
Math&Brain adalah untuk menyelesaikan masalah matematik seperti kaedah Aritmetik
yang telah lama diketahui ramai. Namun tujuan sebenar Math&Brain adalah
bertujuan untuk membantu orang ramai berfikir dengan menggunakan kedua-dua
belah otak, iaitu otak kiri dan otak kanan. Oleh kerana kaedah pemikiran ini
biasa diperkatakan, maka Math&Brain membekalkan latihan amali yang lebih
praktikal. Malah pengguna tidak perlu mengetahui bagaimana ia bekerja untuk
mendapat faedah berfikir menggunakan kedua-dua belah otak ini.
Dalam membentuk modul Math&Brain
beberapa sudut penting yang memberikan kefahaman diberikan perhatian mendalam.
i) Kefahaman mengenai otak (neurologi) – ini merupakan konsep utama yang
membentuk Math&Brain. Perbezaan kaedah otak kiri dan otak kanan bekerja
yang berbeza amat mempengaruhi cara seseorang menyelesaikan masalah. Manakala
gabungan kedua belah otak ini akan membantu membentuk kreativiti dalam menyelesaikan
sesuatu perkara. Selain itu juga kaedah mengingat (memori), fungsi saraf dan sell saraf juga diberikan perhatian.
ii) Teori pembelajaran – ia juga membantu
Math&Brain menghasilkan modul yang berkesan dan impak kepada pengguna. Ini
kerana dalam memastikan hasil yang diingini kaedah yang berkesan perlu
digunakan seperti contoh yang mudah difahami, pengulangan, rujukan dan
peningkatan yang berterusan. Malah latihan yang disediakan dianggarkan hanya
mengambil masa 10 minit sehari selama 30 hari bagi memastikan corak pemikiran
dapat dikekalkan.
iii) Latihan yang mudah – latihan merupakan
kaedah terbaik dalam mencapai hasil yang diingini. Latihan mudah bermaksud ia
bersesuaian dengan tahap kemahiran di setiap peringkat. Ya, anda tidak mungkin
merasakan latihan pada hari ke-25 mudah sekiranya ia dilakukan pada hari pertama.
Slide program Math&Brain memberikan impak pada peserta. |
Latihan 10 Minit 30 Hari
Modul latihan merupakan satu ciri penting
di dalam program Math&Brain. Ia merupakan persoalan asas mengapa
Math&Brain dibentuk. Cuba fikirkan persoalan ini, “Sekiranya berfikir
dengan otak kiri dan otak kanan amat bermanfaat, apakah yang anda perlu lakukan
untuk menguasainya?” Jawapannya tentulah, latihan yang tepat/khusus!
Latihan mudah ini bermaksud ia boleh
dilakukan oleh semua peringkat umur. Malah pengguna boleh melakukan latihan ini
tanpa mengetahui bagaimana otak kiri dan otak kanan berfungsi – tetapi masih
mendapat hasil dari menggunakan kedua-dua belah bahagian otak ini. Latihannya
yang mudah tidak akan mengganggu jadual harian anda (sekiranya anda mampu
meluangkan sedikit masa untuk program kemajuan diri ini). Menggunakan operasi
matematik asas sebagai kaedah latihan, ia sesuai untuk individu ataupun seisi
keluarga.
Ciri-ciri khusus pada latihan Math&Brain lebih praktikal. |
Bagaimana Math&Brain di Aplikasikan?
Bagi membantu Math&Brain dapat
dimanfaatkan oleh semua (terutama rakyat Malaysia khususnya), beberapa
pendekatan dilakukan antaranya;
i) Pembelian secara terus secara online –
pembelian terus Math&Brain secara online melalui amazon.com atau laman penerbit
boleh dilakukan bila-bila masa 24 jam sehari. Melalui laman penerbit anda boleh
membeli modul Math&Brain dalam bentuk buku ataupun e-book. Di mana
pembelian e-book dapat menjimatkan perbelanjaan pengeposan dan ianya lebih
pantas.
ii) Menghadiri kursus Math&Brain di
sekolah-sekolah yang berminat – ia lebih bergantung kepada pihak sekolah yang
perlu menganjurkan program ini di sekolah mereka. Namun begitu ia merupakan
satu program yang lebih baik, kerana konsep Math&Brain dapat diterangkan
secara terus kepada pelajar. Manakala pelajar akan meneruskan dengan program
latihan mereka selama 30 hari.
Tempahan awal perlu dibuat bagi memastikan
program dapat dijalankan dengan lancar. Malah Math&Brain juga amat berminat
untuk mengadakan program ini di Sabah, Sarawak dan juga Brunei.
iii) Modul Math&Brain Edisi Khas
(Bahasa Melayu) – disediakan khas untuk pasaran di Malaysia sahaja. Tempahan
boleh dibuat melalui laman fanpage Math&Brain Malaysia. Hantarkan mesej
anda pada ‘admin’ untuk membuat
tempahan modul khas ini.
iv) Khidmat Nasihat secara terus untuk
kaedah pembelajaran Math&Brain – perkhidmatan ini juga perlu dibuat melalui
fanpage Math&Brain Malaysia di Facebook. Walaubagaimanapun khidmat ini amat
terhad dan diharap permohonan anda dapat dipertimbangkan.
Adalah lebih baik program Math&Brain
dilakukan secara berkumpulan seperti di sekolah-sekolah kerana ianya jauh
menjimatkan dan dapat membantu para pelajar dalam skala yang besar. Kaedah ini
juga menjimatkan dari segi kos per pelajar (berbanding harga sebuah buku Math&Brain
yang perlu dibelanjakan sekiranya dibeli secara online).
Kaedah pemikiran keseluruhan otak ini amat
penting dalam membantu menyelesaikan masalah secara kreatif. Maka tidak
hairanlah ia penting bagi semua peringkat umur. Malah setelah menguasai
kemahiran ini anda mungkin tidak menyangka terdapat banyak kaedah untuk
menyelesaikan masalah anda – dan anda hanya perlu memikirkan kaedah yang
manakah lebih efisyen. Bayangkan sekiranya ia dikuasai di peringkat sekolah
lagi.
Mungkin anda menyangka bijak pandai
dilahirkan dengan kelebihan istimewa. Namun kajian menunjukkan bahawa kita
semua dilahirkan dengan kemampuan yang sama untuk menguasai sesuatu perkara/ pelajaran.
Apakah yang menyebabkan kita mempunyai tahap kemahiran berbeza? Bolehkah
keadaan ini diperbaiki? Bagaimana sekiranya anda mengubah cara anda berfikir?
Bantulah diri anda dan bantulah orang lain untuk terus memajukan lagi diri
mereka dan masyarakat, semoga kita akan terus mencapai pembangunan yang
berterusan.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan
mengenai program Math&Brain ini anda bolehlah menghubungi fanpage
Math&Brain Malaysia ataupun melalui email: wikipelajar@gmail.com
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|