James Cameron bersama pelakon Avatar, Sam Worthington. |
Filem Avatar yang dihasilkan oleh pengarah terkenal James Cameron bakal
menemui peminat mereka semua di pawagam tidak lama lagi. Filem tersebut yang
menjadi Box-Office di serata dunia menyimpan seribu satu rahsia kerana ia jauh
berbeza dengan cerita-cerita yang lain sebelum ini. Ia bagaikan fenomena semasa
Jurassic Park muncul di pawagam buat kali pertama dulu.
Penghasilan filem Avatar bukanlah suatu perkara yang mudah. Ini kerana
James Cameron sendiri sanggup menunggu lebih dari 10 tahun untuk membolehkan
cerita rekaan beliau itu dihasilkan pada tahap kualiti terbaik. Selain daripada
terpaksa menunggu tempoh yang lama penghasilan Avatar sendiri memakan masa
beberapa tahun untuk disiapkan bagi memenuhi kehendak beliau.
James Cameron semasa masih di sekolah lagi merupakan seorang yang minat
membaca hampir apa sahaja novel walaupun lebih berminat pada cerita-cerita
Sci-Fi. Masa yang diambil semasa menaiki bas ketika pulang dari sekolah
(kira-kira 2 jam di dalam bas) digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk membaca
buku. Maka tidak hairanlah mengapa idea-idea beliau kelihatan jauh berbeza
berbanding dengan hasil kerja pengarah-pengarah yang lain.
Selain daripada itu juga James Cameron merupakan seorang yang suka membuat
tinjauan (pengembaraan). Malah beliau turut mengambil peluang untuk menjelajah
ke dalam laut dalam untuk melihat sendiri keadaan di sana. Ia juga adalah
sebahagian daripada kejayaan beliau dalam menghasilkan cerita-cerita berkaitan
laut dalam seperti ‘The Abyss’, ‘Ghost of the Abyss’ dan juga
dokumentari-dokumentari mengenai laut dalam.
Bersama pelakon-pelakon Avatar. |
Malah beliau juga turut menyumbangkan idea dalam penghasilan sistem
pengambaran 3D Fusion Camera yang digunakan untuk menghasilkan filem-filem
beliau bagi menghasilkan kualiti gambar seperti yang diinginkan. Jadi beliau
bukan sahaja merupakan seorang pengarah filem yang mempunyai jiwa seni malah
berpengetahuan luas termasuk teknologi yang berkaitan dengan perfileman. Jadi
ini memberikan gambaran kepada kita bahawa nama-nama terkenal di Holywood
bukanlah mereka yang mendapat peluang atau tawaran semata, tetapi sememangnya
mempunyai bakat dengan usaha mereka yang gigih dalam mencapai kejayaan di dalam
bidang masing-masing.
Sebelum Avatar lagi banyak filem-filem yang dihasilkan James Cameron
mencecah kutipan luar biasa seperti ‘The Terminator’ pada tahun 1984. Selain
daripada menjadi pengarah untuk filem ini beliau juga merupakan penulis cerita terebut.
Ini diikuti pula dengan ‘Aliens’ pada tahun 1986. Sekali lagi beliau bertindak
sebagai pengarah selain daripada penulis cerita tersebut. Bagi yang menonton
cerita ‘Aliens’ sekitar tahun 1980-an tentu masih ingat bagaimana cerita
tersebut memberikan impak yang sangat berkesan.
James Cameron turut terlibat dalam penghasilan 3D Fusion Camera. |
Beliau muncul lagi dengan ‘Terminator 2: Judgement Day’ pada tahun 1991 sebagai
direktor, penulis dan producer. Semasa ‘Terminator 2: Judgement Day’
dihasilkan, tiada lagi filem yang seakan-akan terminator yang pernah ditonton.
Bakat beliau di dalam penghasilan cerita-cerita Sci-Fi ini memang terserlah
bahkan mampu menyampaikannya ke dalam filem dengan baik. Terminator 2 kekal
sebagai cerita yang hebat sehinggalah ‘Jurassic Park’ muncul dengan keajaiban
baru di dalam dunia perfileman di bawah arahan Steven Spielberg.
Beliau muncul semula dengan filem Box-Office ‘Titanic’ pada tahun 1997
sebagai direktor, penulis, producer dan editor. Titanic merupakan filem yang
paling menerima banyak anugerah bagi diri beliau di samping filem Avatar dengan
jarak antara kedua-dua buah filem ini adalah melebihi 10 tahun. Maka dengan itu
sikap beliau yang menitik beratkan kualiti merupakan punca utama mengapa filem
yang dihasilkannya sentiasa mendapat sambutan.
Penantian beliau akhirnya berakhir apabila filem ‘ThePolar Ekspress’ arahan
Robert Zemeckis yang menggunakan teknik “performance capture” membolehkan beliau
untuk menyampaikan kualiti sebenar yang ingin disampaikan di dalam Avatar
menjadi kenyataan.
Proses pengambaran Avatar sendiri memakan masa beberapa tahun dan
kemudiannya dihantar ke beberapa bahagian dunia untuk process penambah baikan
kualiti CG (computer graphic enhanced). Antara nama yang terlibat di dalam
pemprosessan CG bagi Avatar adalah Digital Domain dan juga Weta digital.
Weta sebelum itu merupakan syarikat yang membantu filem ‘Lord of The Rings’
dalam mereka watak ‘Gollum’. Ia merupakan ciri-ciri penting yang diperlukan di
dalam penghasilan Avatar. Walaupun di dalam Avatar lebih banyak perkara yang
ingin dimuatkan oleh James Cameron seperti ciri-ciri ‘performance’ watak yang
merupakan aspek penting di dalam sesebuah filem besar.
Selain daripada penghasilan filem James Cameron sendiri memetingkan
bagaimana filem ini akan dipasarkan di seluruh dunia. Setiap ruang publisiti
digunakan dengan baik seperti Comic-Con pada July, 2009. Ia merupakan perhimpunan
peminat-peminat animasi, komik, video games dan apa sahaja mengenai dunia
hiburan masa kini. Melalui publisiti di Comic-Con, Avatar mendapat impressi
pertama daripada bakal penonton filem itu nanti pada penghujung tahun 2009.
Kini setelah beberapa tahun Avatar ditayangkan di pawagam ia akan
dikeluarkan lagi dalam sequal secara berturut-turut pada tahun 2016, 2017 dan
2018. Ia sudah pasti mengubat rindu peminat untuk melihat lebih lanjut tentang
Pandora dan bagaimana kehidupan orang-orang Na’Vi secara lebih dekat. Apakah
yang masih lagi tersimpan di dunia Pandora yang ingin disampaikan oleh James
Cameron nanti melalui filem-filem tersebut?
Apa yang jelas Avatar merupakan suatu hasil yang penuh dengan perancangan
dan ketelitian yang dihasilkan oleh James Cameron. Sikapnya yang sentiasa
mengekplorasi, belajar, sanggup menunggu, berkongsi idea, bersama terlibat
dalam menghasilkan sesuatu yang diinginkannya dan banyak lagi sikap beliau yang
menjadikan kerja-kerjanya sentiasa menakjubkan. Itulah yang menjadi misteri di
sebalik kejayaan filem Avatar dan apa yang ingin saya sampaikan di dalam
artikel saya kali ini.
Sama-sama kita nantikan filem beliau yang seterusnya.
MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.
|