Selasa, 18 Ogos 2015

Muzium Bioperubatan, Muzium Yang Dilupakan

Bangunan Muzium Bioperubatan Negara.

Sebuah muzium yang penting bagi memupuk minat dan pengetahuan mengenai kepenting bioperubatan (biomedical) di negara kita telah dirasmikan pada 4 Jun, 1983 oleh YB Tan Sri Chong Hon Nyan yang juga merupakan Menteri Kesihatan Malaysia pada masa itu. Muzium ini terletak di Institut Penyelidikan Perubatan, Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Muzium ini bertujuan untuk menjadi bahan rujukan dan juga pendedahan bagi aktiviti-aktiviti penyelidikan perubatan yang dijalankan di Institut Penyelidikan. Selain itu ia juga diperkembangkan kepada aktiviti dan penyelidikan untuk Kementrian Kesihatan Malaysia. Antara lain ia merupakan sebuah ‘Biomedical Repository’ untuk semua bahan-bahan dan aktiviti-aktiviti penyelidikan bioperubatan bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM).

Peralatan digunakan untuk tujuan kajian serangga (forensic).

Specimen bagi di dalam kandungan.

Penubuhan muzium ini amat penting dalam memupuk minat dan pengetahuan di kalangan pelajar universiti atau orang persendirian malah mungkin juga bagi para penyelidik luar yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan aktiviti berkaitan perubatan dan kesihatan di negara kita. Ini kerana setiap negara mungkin mempunyai sejarah penyakit menular tersendiri yang mungkin boleh merebak ke negara-negara lain. Pada masa itu, maklumat yang terdapat di sini mungkin boleh membantu. Penyakit menular yang kebiasaannya menjadikan haiwan atau tumbuhan sebagai perumah, perlu dikenal pasti bagi mendapatkan kaedah perubatan yang sesuai.

Muzium ini sememangnya mempunyai bahan-bahan yang menarik pada mula ianya dibuka kepada orang ramai. Namun hari ini ia bagaikan sebuah rumah tinggal yang tidak menarik untuk dikunjungi lagi. Bahan-bahan pameran bagaikan barang yang tidak berharga dan sekadar mengisi kekosongan ruang sahaja. Tiada pandu arah, tiada penyambut tetamu dan tiada penunjuk yang lengkap mengenai pameran di sini. Malah bahan pameran juga tidak tersusun dengan rapi (selain banyak ruang yang telah kosong tanpa barang di dalamnya lagi).

Pameran sumbangan tokoh perubatan.

Specimen bayi kembar siap (berbungkus separa).

Keadaan muzium ini amat mengejutkan kerana ianya dibawah penjagaan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sendiri, iaitu badan professional yang berkredibiliti tinggi. Berkeadaan sedemikian ia sepatutnya ia ditutup sementara kepada orang ramai, kerana ia jelas sekali menjatuhkan kredibiliti mereka sebagai badan professional. Walaupun ia sememangnya tidak dikunjungi (kerana tidak diketahui lagi kewujudannya) – ia masih lagi berkeadaan “hidup segan, mati tak mahu”.

Apa yang diharapkan adalah muzium ini dapat menampilkan bahan dan pameran sesuai seperti tercatat di dalam Visi dan Misi mereka iaitu:

Visi: Dikenali sebagai destinasi Pelancongan yang unggul di Dunia dan memberi sokongan padu dalam pemberian maklumat terkini khususnya dalam Penyelidikan Bioperubatan.

Misi: Mempromosikan Muzium sebagai destinasi koleksi Fauna dan Flora yang terunggul di Rantau Asia, mempamerkan hasil penyelidikan dari Pusat dan Unit di Institut Penyelidikan Perubatan serta memberi khidmat sokongan yang bermutu.

Ruang dalam muzium yang hambar.

Plat "Jabatan Warisan Negara' sebagai tanda kepercayaan/harapan.

Muzium ini amat penting dalam memupuk pengetahuan orang ramai mengenai penyelidikan kesihatan. Malah ia mungkin membantu orang ramai dalam menjaga kesihatan apatah lagi tentang bahaya penyakit menular seperti SARS, J.E., Ebola (yang mungkin tidak menyerang negara ini), taun, malaria, dengi dan lain-lain.

Ia sepatutnya menggambarkan kecemerlangan IMR dan juga KMM seperti yang sering dipaparkan di dada akhbar atau yang dihebahkan di kaca TV, kerana ia bagaikan penyimpan rekod bagi rujukan orang ramai bagi kedua-dua institusi yang diwakili oleh muzium ini.


Adalah diharap muzium ini dapat dihidupkan semula dan diberikan perhatian yang cukup agar dapat memberikan khidmat sesuai dengan tujuan penubuhannya. Maka dengan itu ia akan memberikan manfaat kepada orang ramai sebagai pusat rujukan mengenai perkara-perkara berkaitan kesihatan di negara kita.


Free Download



Isnin, 17 Ogos 2015

Kehebatan Dunia Kejuruteraan Jambatan-jambatan Tertinggi di Dunia

Sidu River Bridge
Sidu River Bridge, merentasi gaung sedalam 496 meter di bawahnya.

Kehebatan dunia terus menyingkap kejayaan pembinaan jambatan-jambatan tertinggi dunia sebagai hasil daripada kejuruteraan moden yang melibatkan penggunaan teknologi tinggi di mana dahulunya jambatan-jambatan sebegini tidak mungkin dapat dibina. China muncul sebagai negara yang mempunyai paling banyak jambatan tertinggi di dunia dalam usaha untuk memperbaiki prasarana sistem pengangkutannya bagi terus merangsang pembangunan yang lebih pesat.

Walaupun pembinaan jambatan-jambatan ini menelan belanja yang tinggi namun adalah wajar bagi China untuk melabur dalam pembinaannya memandangkan pulangan daripada pembangunan yang terhasil daripada pembinaan jambatan ini nanti aalah jauh labih penting.

Hegigio Gorge Pipeline Bridge
Hegigio Gorge Pipeline Bridge, dibina dengan kaedah yang berbeza dengan jambatan yang lain.

Jambatan-jambatan tertinggi dunia tidak tertakluk kepada kegunaan kenderaan sahaja dan ianya merujuk kepada ketinggian dasar jambatan daripada dasar terpaling dalam yang berada di bawahnya; dalam kebanyakan binaan jambatan ianya samada lembah ataupun sungai. Pembinaan jambatan adalah bertujuan untuk memendekkan perjalanan yang dapat menjimatkan lebih banyak kos dan masa.

Berikut adalah senarai jambatan-jambatan tertinggi dunia:



Nama
Lokasi
Ketinggian
Jarak antara tiang terpanjang
Tahun dibuka
Kegunaan
Jenis Jambatan
1.
Sidu River Bridge
China – bandar Yesanguan, Badong, Hubei
496 m (1,627 ft)
900 m (2,950 ft)
2009
Jalan
Gantung
2.
Hegigio Gorge Pipeline Bridge
Papua New Guinea - Otoma, Southern Highlands
393 m (1,289 ft)
470 m (1,540 ft)
2005
Petroleum
Lain-lain
3.
Baluarte Bridge
Mexico - Pueblo Nuevo, Durango
390 m (1,280 ft)
520 m (1,710 ft)
2012
Jalan
Kabel Tetap
4.
Baling River Bridge
China - Guanling County, Guizhou
370 m (1,210 ft)
1,088 m (3,570 ft)
2009
Jalan
Gantung
5.
Beipan River Guanxing Highway Bridge
China - Xingbeizhen, Guizhou
366 m (1,201 ft)
388 m (1,273 ft)
2003
Jalan
Gantung
6.
Liuchong River Bridge
China - Zhijin, Guizhou
340 m (1,120 ft)
438 m (1,437 ft)
2013
Jalan
Kabel Tetap
7.
Aizhai Bridge
China - Jishou, Hunan
336 m (1,102 ft)
1,176 m (3,858 ft)
2012
Jalan
Gantung
8.
Lishui River Bridge
China - Zhangjiajie, Hunan
330 m (1,080 ft)
856 m (2,808 ft)
2013
Jalan
Gantung
9.
Beipan River Hukun Expressway Bridge
China - Qinglong, Guizhou
318 m (1,043 ft)
636 m (2,087 ft)
2009
Jalan
Gantung
10.
Liuguanghe Bridge
China - Liu Guangzhen, Guizhou
297 m (974 ft)
240 m (790 ft)
2001
Jalan
Beam
11.
Zhijinghe River Bridge
China - Dazhipingzhen, Hubei
294 m (965 ft)
430 m (1,410 ft)
2009
Jalan
Arch (lengkuk)
12.
Royal Gorge Bridge
United States - Cañon City, Colorado
291 m (955 ft)
286 m (938 ft)
1929
Jalan
Gantung
13.
Beipan River Shuibai Railway Bridge
China - Liupanshui, Guizhou
275 m (902 ft)
236 m (774 ft)
2001
Keretapi
Arch (lengkuk)
14.
Mike O'Callaghan–Pat Tillman Memorial Bridge
United States - Clark County, Nevada & Mohave County, Arizona
271 m (889 ft)
323 m (1,060 ft)
2010
Jalan
Arch (lengkuk)
15.
Millau Viaduct
France - Millau, Midi-Pyrénées
270 m (886 ft)
342 m (1,122 ft)
2004
Jalan
Kabel Tetap

Beza di antara dua jambatan tertinggi di dunia.

Royal Gorge Bridge
Royal Gorge Bridge, antara jambatan tinggi tertua dibina pada 1929.

Daripada keseluruhan senarai jambatan-jambatan tersebut 10 daripadanya adalah jambatan-jambatan yang dibina di China sebagai usaha China memperbaiki sistem pengangkutan di negaranya. Namun begitu dari sudut kejuruteraan pula jambatan-jambatan perlu direka mengikut keadaan dan kegunaannya bagi memastikan aspek-aspek keselamatan terjamin.


Di dalam senarai ini antara jambatan yang unik adalah Liuguanghe Bridge yang dibina untuk laluan paip petroleum kerana ia dibina dengan struktur yang berbeza dengan jambatan-jambatan yang lain. Begitu juga Millau Viaduct yang muncul di tangga ke-15 kerana tiang utamanya yang berukuran 270 m (890 ft) merupakan struktur tertinggi bagi jambatan-jambatan yang tersenarai di sini. Jambatan sesuai sebagai penghubung menghubungkan sesuatu menjadi lebih dekat... fikir-fikirkan. 


Free Download



Ahad, 16 Ogos 2015

Kehebatan Dunia Kejuruteraan Millau Viaduct

Millau Viaduct, jambatan merentasi lembah yang menakjubkan.

Antara Jambatan gantung yang mendapat perhatian di dunia adalah Millau Viaduct (French: le Viaduc de Millau) yang siap dibina pada awal tahun 2000 iaitu pada tahun 2004. Walaupun tidak muncul sebagai jambatan gantung tertinggi di dunia, Millau Viaduct mempunyai ciri-ciri tersendiri untuk kekal unik sebagai antara yang terbaik dan tercantik.

Jambatan ini dibina bagi merentasi Lembah ‘River Tarn’ di Daerah Millau-Creissels, France dengan kepanjangan jambatan adalah 2,460 meter. Tinggi maksima lantai jambatan dari tanah adalah 270 meter dengan tiang jambatan terpaling tinggi berukuran 343.0 meter (1,125 kaki). Jambatan ini adalah sebahagian daipada jalan yang menghubungkan antara Paris ke Béziers dan Montpellier.

Millau Viaduc,t hasil rekaan dan kejuruteraan tinggi.
Proses pembinaan tiang jambatan.

Menelan belanja hampir €400 juta ianya adalah hasil rekaan jurutera Perancis iaitu Michel Virlogeux dan arkitek terkenal British Norman Foster (juga merupakan arkitek untuk Bangunan 30 St Mary Axe, London dan HSBC, Hong Kong). Jambatan yang mula dibina pada tahun 2001 ini siap sepenuhnya pada 14 Disember 2004 dan dibuka pada 16 Disember kepada kenderaan.

Apa yang menarik mengenai jambatan yang merentasi lembah Tarn ini adalah pemandangannya yang memukau terutama apabila keadaan berkabus. Jambatan ini dibina bertujuan mengurangkan kesesakan di antara laluan menuju ke Spain menjelang musim panas dan mengurangkan jumlah kenderaan di Bandar Millau.

Satu lagi keistimewaan jambatan ini adalah tiangnya yang terpaling tinggi (dikenali sebagai P2) turut merupakan struktur tertinggi gi Perancis dengan mengatasi ketinggian Eiffel Tower.

Pemandangan dari lembah.

Syarikat yang menguruskan pembinaan jambatan ini iaitu Eiffage Group dibenarkan menyelia dan mengutip toll selama untuk tempoh 75 tahun. Toll untuk menyeberangi jambatan ini adalah berharga €7.50 bagi kenderaan ringan (€9.40 bagi bulan-bulan sesak di antara Julai dan Ogos).


Millau Viaduct merupakan satu lagi kejayaan dunia kejuruteraan yang mencetuskan lebih banyak lagi pembinaan yang memerlukan hasil kejuruteraan tinggi dibina. Sehingga kini, jambatan-jambatan gantung tertinggi lain telah banyak dibina menjadikan Millau Viaduct bedara di tangga ke-15 di dunia. 


Free Download



Arkib Blog