Wednesday, September 2, 2015

Bolehkah Dinasour Dihidupkan Semula?

Daripada filem Jurassic Park 1995.

Dinasour merupakan haiwan yang telah pupus jutaan tahun dahulu namun ia tetap dikagumi sehingga ke hari ini. Naluri manusia yang ingin tahu sememangnya ingin sekali melihat bagaimana keadaan kehidupan mereka. Melalui cerita Jurrasic Park kira-kira 20 tahun dahulu hasil penulisan Michael Crichton, keinginan kita semakin memuncak dan tertanya-tanya adakah benar haiwan purba ini mampu diwujudkan semula.

Melalui kemajuan sains biologi hari ini kefahaman manusia mengenai genetik haiwan semakin bertambah baik. Walaupun masih belum ada haiwan purba yang mampu dihidupkan semula namun terdapat beberapa spesis tumbuhan yang telah dihasilkan semula walaupun telah pupus. Dalam kes haiwan sebesar dinasour ini proses yang perlu dilakukan tentulah lebih rumit dan akan mengambil masa yang lebih lama.

Daripada penemuan tulang, dinasour menarik minat manusia.

Antara haiwan yang mungkin akan dihidupkan semula adalah spesis yang baru pupus di mana masih terdapat DNA lengkap mereka seperti thylacine atau dikenali sebagai ‘Tasmanian Tiger’ dan satu lagi haiwan yang pupus kira-kira mammoths yang pupus sekitar 5,000 tahun dahulu. Haiwan ini lebih mudah untuk difahami kerana terdapat maklumat yang lebih banyak mengenai mereka (dengan DNA sequence yang lengkap).

Bagi kes haiwan-haiwan yang telah lama pupus pula struktur DNAnya akan dibina semula (dan ini bukanlah satu proses yang mudah). Manakala ia memerlukan telur gantian untuk menggantikan telur dinasour untuk membesarkan embrio yang dilengkapi dengan DNA dinasour. Proses ini juga sekali lagi mempunyai peluang yang masih samar.


Mammoth mungkin antara spesis terawal yang akan dihidupkan semula.

Manakala tabiat dinasour-dinasour itu sendiri perlu difahami bagi membolehkan ia dikawal atau diselenggara dengan baik. Seperti juga haiwan-haiwan lain yang dipelihara di zoo, setiap perwatakan haiwan ini telah diamati bagi membolehkan ia dapat tinggal dengan selesa.


Sememangnya manusia akan terus mencuba untuk menghasilkan semula haiwan-haiwan gergasi ini. Masa dan beberapa faktor penting sahaja yang menentukan bilakah ia akan berlaku. Antara faktor tersebut termasuklah teknologi, perbelanjaan, persediaan dan kepakaran untuk mengendalikan haiwan-haiwan tersebut. Apa pendapat anda mengenai perkara ini?




Free Download



1 comment:

  1. bagai membuka kotak pandora, seketika ia telah terbuka siapkah kita menerima faktanya? tapi sepanjang manusia tidak berusaha mempersiapkan mental untuk menerima fakta di sebalik kotak pandora itu selama itu kita akan hidup dalam ketidak tahuan dan mati dengan membawa rasa penasaran he he he.. coba aja..

    ReplyDelete

Blog Archive

Paparan Iklan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...