Sabtu, 26 September 2015

Ninebot Unicycle Menjadikan Membantu Anda Meneroka Bandar Dengan Lebih Pantas

Ninebot Unicycle kenderaan satu roda yang unik.

Anda mungkin pernah melihat beberapa kenderaan kecil yang digunakan untuk membantu pejalan kaki dengan menggunakan kuasa bateri. Jadi anda mungkin juga teringin memilikinya bagi mengurangkan penat berjalan.

Ninebot Unicycle adalah kenderaan seperti ini, cuma ianya direka dengan satu roda sahaja. Namun begitu ia lebih menarik kerana dilengkapi dengan ciri-ciri yang elegent dengan rekabentuk yang moden. Menggunakan kuasa bateri ia boleh bergerak sehingga kelajuan 18 – 22 km/h dan kelajuan maksimanya adalah 35 km/h. Sesuai sebagai kenderaan untuk pejalan kaki, kelajuan tersebut adalah memadai.

Rekaan menggunakan bahan-bahan yang tahan lasak bagi membolehkan ia digunakan untuk lebih banyak keadaan permukaan jalan. Ia juga merupakan satu lagi kenderaan yang menyeronokkan (seperti juga ‘roller blade’ atau ‘skateboard’). Manakala untuk  proses penukaran komponen juga boleh dilakukan sekiranya perlu.


Komponen Ninebot yang berkualiti.

Variasi warna lampu yang menarik.

Ninebot Unicycle juga tahan pelbagai cuaca.

Rekaannya yang futuristik menjadikan Ninebot Unicycle satu kenderaan riadah yang meriangkan. Ia juga dilengkapi dengan lampu LED perlbagai warna yang boleh dipelbagaikan nyalaannya melalui kawalan aplikasi apps telefon bimbit anda. Ini menjadikan ianya sesuai digunakan samada siang mahupun malam.

Selain dari itu, ia juga boleh digunakan bersama aksesori tambahan seperti roda penyokong bagi mereka yang baru belajar menunggang kenderaan satu roda ini. Ia dikatakan mudah untuk dipelajari, namun sekiranya perlu roda tambahan tersebut boleh membantu. Anda juga boleh menambah lampu hadapan, kamera dan lain-lain lagi mengikut keperluan.

Terdapat beberapa jenis model dengan saiz bateri yang berbeza iaitu antara 83W - 240 W yang boleh di cas antara 60 – 120 minit. Manakala menggunakan charger khas berkuasa 250W boleh mengurangkan masa mengecas kepada 30 – 60 minit. Kuasa yang ada padanya membolehkan ia berjalan pada jarak antara 10km – 30km (untuk model yang paling tinggi).


Ia merupakan satu lagi hasil rekaan yang sungguh menakjubkan. Selain berguna, ia juga kelihatan menarik untuk pelbagai aktiviti. Walaupun ia mungkin menjadikan kita semakin manja (tidak perlu berjalan), namun ada ketikanya ia adalah lebih baik. Diharap ini merupakan satu lagi inspirasi bagi anda yang suka kepada rekaan yang unik dan kreatif.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog