Sabtu, 26 September 2015

Quanta Smart Projector Muat di Dalam Poket Anda

Projektor Quanta Smart amat kecil dan muat di dalam poket.

Projektor merupakan antara peralatan penting untuk melakukan sebarang presentasi penting dalam dunia perniagaan. Namun adakalanya anda memerlukan sesuatu yang lebih mudah berbanding projektor yang besar. Jadi sesuatu yang boleh disimpan di dalam poket mungkin lebih mudah bagi dunia perniagaan hari ini (bagi usahawan-usahawan kecil misalnya).

Kita melihat kepada satu rekaan yang membolehkan projektor dibawa dengan mudah dan sedia untuk digunakan pada bila-bila masa. Smart Projector daripada Quanta Computer Inc. memberikan anda kemudahan ini, iaitu “Share on the Go”. Ini kerana ia boleh disambungkan dengan peralatan lain dengan mudah seperti telefon, komputer, dan tablet secara wireless.


Boleh disambungkan ke telefon bimbit dengan wayar ataupaun wireless.
Saiznya yang kecil namun berkemampuan tinggi.
Antara model lain Quanta mini projector.

Walaupun bersaiz kecil, projektor ini juga merupakan peralatan yang jauh lebih baik berbanding dengan projektor-projektor bersaiz besar beberapa tahun dahulu. Ia merupakan sebuah projektor dengan teknologi DLP (Digital Light Processing), mempunyai keupayaan 80 Lumens, kontras 2000:1 dan resolusi 1080p menyokong, 854x480 Native resolution, HDMI/MHL, Miracst DLNA (Digital Living Network Alliance), Airplay (keserasian dengan peralatan Apple).

Dengan hanya seberat 147 gram dan berukuran 7 X 13 X 2 centimeter ia mungkin bersaiz lebih kurang kebanyakan smartphone yang kita miliki hari ini. Sesuai untuk kegunaannya sebagai projektor mudah alih, ia mampu melakukan fungsinya dengan baik.


Jadi anda boleh membawanya di dalam poket anda dan sedia untuk melakukan presentasi ringkas anda di mana sahaja. Ia juga memenangi anugerah rekaan “Golden Pin Design Award - 2014”. Anda juga mungkin boleh melakukan sedikit taklimat ringkas ketika melakukan aktiviti luar seperti berkhemah, berkelah atapun apa sahaja. Tidak kurang juga, anda boleh menonton ‘movie’ menggunakan projektor comel ini.




Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog