Sabtu, 25 Ogos 2012

Bagaimana Dapur Induksi Berfungsi dan Adakah Ianya Lebih Bagus?

Dapur Induksi merupakan dapur elektrik terbaik setakat ini.

Tentu ramai di antara kita pernah melihat dapur induksi yang selalu dipamerkan di kedai-kedai barangan elektrik mahupun pasaraya. Dapur induksi ini kelihatan ringkas dan menarik di samping dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri istimewa. Namun begitu apakah keistimewaan sebenar dapur jenis ini dan bagaimana ianya boleh memasak tanpa mengeluarkan api?

Bukan mudah bagi kita untuk menerima sesuatu yang baru. Seperti juga ketuhar gelombang mikro yang dahulunya sukar untuk diterima oleh suri-suri rumah kerana ianya nyata berbeza dari kaedah memasak yang biasa. Namun perbezaan ketuhar gelombang mikro dan dapur induksi jauh berbeza.

Walaupun kedua-dua jenis alat memasak ini menggunakan gelombang frekuensi tinggi untuk menghasilkan haba, perbezaan utamanya adalah; ketuhar gelombang mikro memanaskan molekul di dalam makanan yang dimasak. Berbeza dengan dapur induksi yang memanaskan bekas makanan tersebut (iaitu hampir sama dengan dapur gas biasa). Namun kedua-duanya tidak memanaskan jisim lain diluar lingkungan bahan masakan (ini amat menjimatkan tenaga).


Dapur induksi ringkas dan mudah.

1) Litar elektronik yang menghasilkan frekuensi & medan magnet. 2) Bekas masakan yang  dipanaskan oleh gelombang magnet yang terpotong. 3) Makanan yang menyerap haba daripada periuk. 4) Kawasan sekeliling yang tidak dipanaskan oleh dapur induksi.

Proses pemanasan yang dilakukan oleh dapur induksi adalah melalui pemotongan medan magnet oleh periuk (bekas makanan) dalam kadar yang tinggi menyebabkan periuk menjadi panas. Seterusnya haba dari periuk tadi dipindahkan ke dalam makanan sama seperti proses memasak menggunakan api. Dapur jenis ini tidak memanaskan benda lain selain daripada periuk (bekas makanan) yang diperbuat daripada bahan logam yang telap medan magnet. Jadi haba tertumpu pada makanan dan ini dapat mengelakkan ruangan dapur menjadi panas.

Sebenarnya memasak menggunakan dapur induksi adalah jauh menjimatkan dari segi penggunaan tenaga yang lebih efektif. Kos bahan api mungkin berbeza berbanding kaedah penghasilan elektrik di lain-lain negara. Secara kasarnya kadar kebersanan penggunaan gas untuk memasak adalah dalam 40%. Ini bermakna 60% tenaga hilang dan memanaskan ruang dapur. Berbeza dengan dapur induksi yang memasak dengan kadar keberkesanan sebanyak 80%. Jadi tidak hairanlah kepada kita kenapa dapur induksi boleh memasak dengan lebih pantas.

Dari segi keselamatan pula, dapur induksi tidak menggunakan api. Ia hanyalah memanaskan sahaja . Tiada penghasilan gas merbahaya hasil pembakaran gas seperti penggunaan gas metana. Malah tiada benda yang dipanaskan sekiranya tiada bahan telap magnet (periuk) di atasnya. Sekiranya anda bimbang dengan masalah kebocoran gas, dapur induksi merupakan jawapan yang paling tepat. Cuma anda mungkin tidak dapat menyediakan makanan yang memerlukan api secara fizikal seperti sate ataupun ikan bakar. Namun itu bukanlah masalah sebenar. Apa yang menjadi kepentingan dalam memasak adalah kepanasan dan masa untuk memasak makanan.

Tempoh memasak lebih pantas dengan dapur induksi selain lebih bersih.

Walaupun teknik pemanasan secara aruhan ini telah lama ditemui melalui ilmu fizik, namun dapur induksi hanya dikormesilkan menjelang tahun 2006. Seterusnya ianya terus diperbaiki dengan pelbagai ciri-ciri istimewa oleh syarikat pengeluar barangan elektrik. Begitu juga peralatan memasak untuk dapur ini. Cakera induksi digunakan untuk memasak di dalam bekas yang bukan logam. Jadi anda masih boleh memasak di dalam mangkuk kaca ataupun tembikar. Malah terdapat juga ketuhar yang menggunakan konsep induksi untuk memanaskan suhu udara di dalam ketuhar.

Di negara-negara Eropah penggunaan dapur induksi telah digunakan secara meluas. Malah restoran-restoran juga menggunaan dapur ini kerana ianya ternyata menjimatkan.  i) Tidak memaskan ruang dapur (ini mengurangkan kos penyaman udara). ii) Mudah dibersihkan - dapur induksi yang memiliki permukaan yang mudah dibersihkan dapat mengurangkan kadar guna tenaga di dapur.

Begitulah tadi antara perkara-perkara yang dapat saya ketengahkan kali ini dalam ruangan ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa mengikuti perkembangan terbaru teknologi yang dapat membantu kita mencapai taraf kehidupan yang lebih baik. Disamping itu melalui inovasi ini mungkin dapat membantu kita untuk memikirkan rekaan-rekaan baru untuk masa hadapan.

Dapur induksi yang lengkap dipasang bersama kabinet dapur, kemas lagi bergaya.


Free Download


7 ulasan:

  1. Balasan
    1. Dapur induction ni sekarang banyak jer di kedai-kedai peralatan elektrik dan elektronik. Pastikan dapatkan maklumat yang tepat sebelum membeli.

      Padam
  2. Selalu guna keluar E2 ape maksdnya ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebarang petunjuk yang dipaparkan perlu merujuk kepada panduan yang disediakan oleh pengeluar barangan. Jadi Encik perlu merujuk kepada manual produk yang dibekalkan bersama semasa membuat pembelian atau menghubungi pengeluar produk.

      Padam
    2. E2 xsilap terlampau panas.mungkin kipas dh rosak.cuba dgr ada x bunyi kipas bila masak.

      Reply

      Padam
  3. E2 xsilap terlampau panas.mungkin kipas dh rosak.cuba dgr ada x bunyi kipas bila masak.

    BalasPadam

Arkib Blog