Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kecantikan. Papar semua catatan

Sabtu, 23 November 2013

Fungsi Sebenar Toner atau Penyegar

Mungkin kita semua selalu megabaikan penggunaan toner untuk kulit dalam penjagaan kulit seharian. Walaupun fungsi penjagaan kulit mungkin dianggap remeh terutama oleh golongan lelaki, tetapi perlu diingat anda tidak mungkin dapat mengundurkan waktu. Sekiranya anda ingin memastikan kulit anda kekal sihat sehingga ke hari tua - maka lakukan sedikit usaha pada usia yang awal.

Penjagaan kulit yang baik bukan bermaksud anda perlu menghabiskan wang ringgit yang banyak. Adakalanya memahami sesuatu perkara dapat membantu anda mencari satu alternatif lain yang mampu memberikan faedah yang sama dengan belanja yang lebih murah. Saya tidak percaya yang kita perlu menghabiskan belanja yang besar semata-mata untuk kekal sihat, kerana fungsi badan sentiasa mengembalikan kita kepada keadaan sediakala (bergantung kepada masa dan tahap kesihatan tubuh seseorang).

ACV boleh digunakan sebagai toner
Fungsi toner adalah untuk mengembalikan keseimbangan pH kulit selepas anda membersihkannya melalui proses mencuci. Pencuci muka anda bukan sahaja membersihkan kotoran, sel-sel kulit mati malah juga lembapan minyak semulajadi pada kulit. Minyak ini bertujuan mengelakkan jangkitan bakteria pada kulit dan memastikan kulit kekal lembab dan sihat. Ini memastikan kulit anda tidak berkedut pada usia sebelumnya.

Kebiasaannya toner dihasilkan untuk mengelakkan jangkitan dan mengembalikan semula keseimbangan kulit. Namun terdapat toner yang kurang sesuai untuk kulit, iaitu toner yang mengandungi alkohol misalnya kerana ia akan mengeringkan kulit walaupun mampu mengelakkan jangkitan dengan berkesan. Kulit mampu mengekalkan semula keseimbangan ini secara semulajadi setelah beberapa jam. Memandangkan proses mencuci juga adalah tidak semulajadi jadi penggunaan toner adalah digalakkan.

Terdapat pelbagai jenis toner di pasaran. Adalah lebih baik sekiranya anda menggunakan toner yang berbentuk krim kerana ianya mudah dipadankan dengan semua jenis kulit. Toner jenis ini boleh terus disapu menggunakan tangan dengan melakukan sedikit urutan pada kulit. Kulit anda perlu berasa segar tidak terlalu kering ataupun berminyak selepas menggunakan toner ini.

Selain dari itu anda juga perlu mengelakkan berkongsi tuala - terutamanya apabila digunakan pada kulit muka. Selepas proses mencuci muka, kulit amat terdedah pada jangkitan. Selain itu ia juga mungkin boleh membawa jangkitan lain pada mulut, hidung dan luka terdedah pada kulit anda.

Mari kita lihat bagaimana menyediakan toner sendiri di rumah. Anda boleh menyediakan toner sendiri dengan mudah menggunakan Apple Cider Vinegar atau ACV. Ia sepatut merupakan barangan yang murah sekiranya dibeli melalui farmasi atau pasaraya. Dapatkan botol yang sesuai - sebaiknya botol yang telah siap dengan penekan apabila anda perlu menggunakannya. Cairkan ACV pada kepekatan 3 bahagian air kepada 1 bahagian ACV. Kepekatan ini juga bergantung kepada jenis kulit anda, lebihkan air sekiranya kulit anda kering atau kurangkan air sekiranya kulit anda berminyak. Gunakan selepas anda mencuci muka dan jangan risaukan bauan ACV kerana ia akan segera hilang. Ini kerana toner yang siap dikedai dicampur bahan pewangi.

Semoga artikel kali ini membantu anda untuk mengekalkan kulit yang sihat. Kulit merupakan perlindungan utama badan daripada jangkitan, jadi anda perlu memastikan kesihatan kulit sentiasa dijaga dengan rapi. Ingin berkongsi pengalaman atau terdapat persoalan yang ingin anda ajukan. Ya, saya sentiasa mengalukannya.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.



Jumaat, 22 November 2013

Keistimewaan Wangian Daripada Haruman Luqman

Haruman memainkan peranan penting sebagai penambah keyakinan diri disamping penampilan yang meyakinkan. Terdapat pelbagai wangian yang berada di pasaran hari ini dan rata-ratanya dengan bauan yang hampir sama. Anda juga boleh berbelanja lebih dengan haruman yang berjenama - harga yang mahal adalah sekadar kos pengiklanan dan promosi yang tinggi. Pernahkah anda bertanya, apakah tujuan sebenar wangian ini?

Bagi kita masyarakat Melayu khususnya wangi-wangian bukanlah satu perkara yang baru kerana kepesatan Empayar Melaka suatu masa dahulu membawa banyak perubahan kepada budaya pemikiran masyarakat termasuk pendedahan kepada minyak wangi yang dibawa pendagang-pedagang luar dari Arab dan China.

Wangian dapat menenangkan diri (ini membantu badan berfungsi dengan baik) seterusnya menambah keyakinan diri - kaedah haruman ini amat terkenal dalam kaedah perawatan aromatherapy (kaedah perubatan menggunakan wangi-wangian) kerana bauan juga merupakan salah satu pacaindera interaksi badan yang digunakan seharian.

Sehubungan itu tidak hairanlah hari ini seiring dengan kemajuan teknologi penggunaan haruman menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat kita. Ia menjadi elemen penting dalam melengkapkan persalinan diri sebelum menjalani tugas harian. Mari kita lihat keistimewaan haruman yang dikenali sebagai Haruman Luqman dan fedah-faedah yang mendatangkan manfaat kepada kita semua.

Haruman Luqman Bunga Qasidah & Mekar Selasih
Haruman Luqman adalah haruman yang disediakan melalui ilmu perubatan sufi menggunakan ayat-ayat suci daripada Al-Quran dan doa-doa sebagai pelengkap kepada haruman ini. Jadi haruman ini bukanlah bertujuan sebagai haruman semata, tetapi melengkapkan si pemakai dari gangguan-gangguan yang tidak diingini samada daripada manusia ataupun makhluk halus.

Ya, ayat-ayat yang dibacakan merupakan amalan biasa Masyarakat Melayu suatu masa dahulu. Mungkin tidak ramai di antara kita yang masih tahu membaca ayat-ayat ini dan mampu pula mengamalkannya setiap hari. Namun dengan ikhtiar dan tawakal kepada Allah s.w.t. semoga kita mendapat perlindungan berkat ilmu daripada ayat-ayat-Nya melalui Al-Quran.

Rangkaian Haruman


Terdapat dua haruman yang disediakan melalui Haruman Luqman iaitu Bunga Qasidah dan Mekar Selasih dengan sedikit perbezaan dari haruman dan fungsi pemakaian. Haruman-haruman ini amat sesuai untuk dipakai oleh semua golongan kerana mempunyai bauan yang agak moden (tidak seperti minyak atar). Ianya juga sesuai dijadikan sebagai hadiah dan cenderahati untuk majlis-majlis perkahwinan, pertunangan, harijadi, tanda persahabatan, hari guru, tanda perpisahan dan sebagainya selain untuk pemakaian sendiri. Mari kita lihat secara lebih terperinci keistimewaan haruman-haruman ini dengan lebih dekat.

Haruman Bunga Qasidah


Haruman Bunga Qasidah
Haruman ini disediakan menggunakan Bunga Qasidah atau juga dikenali sebagai bunga kesidang amat terkenal sebagai salah satu bungaan yang digunakan untuk membuat wangian Bunga Rampai sebagai pelengkap kepada haruman daun pandan. Haruman ini kemudiannya dibacakan doa-doa untuk melengkapkan khasiat seperti;

a) Menaikkan seri wajah dan awet muda

b) Menambah dan mengeratkan kasih sayang

c) Menghilangkan stress

d) Kebahagiaan rumah tangga

e) Lebih fokus dalam urusan pelajaran mahupun pekerjaan

Doa-doa dan surah yang dibacakan untuk wangian ini adalah:

1) Al-Fatihah, Surah Ya-Sin, Al-Baqorah & Surah Yusuf

2) Ayat-ayat Ruqyah

3) Ayat Ruqyah Jibril

4) Ayat Syifa'

5) Selawat Syifa'

6) Selawat Tafrijiyyah

7) Sayidul Istighfar 

8) Ayat Kursi

9) Doa Pelembut Hati

10) Doa Penerang Hati

11) Doa Pengasih

12) Doa Seri Wajah

13) Doa Sulaiman

14) Doa Atasi Hasad Dengki

15) Doa Penenang Fikiran

16) Doa Kanzul Arasy

17) Doa Khatamun nubuwwah

18) Solat Hajat

Haruman Mekar Selasih


Mekar Selasih
Berbeza pula bagi haruman Mekar Selasih kerana ianya dihasilkan daripada pati 7 jenis bunga-bungaan juga dibacakan dengan doa dan surah-surah pilihan. Antara khasiat untuk haruman Mekar Selasih adalah;

a) Menjadi pendinding dan penawar sihir

b) Pelaris Perniagaan

c) Mengurangkan selesema dan batuk

d) Memberi kesegaran pada tubuh badan yang lesu

*sekiranya terdapat gangguan pada pemakai ia boleh menimbulkan kesan seperti pening, loya dan muntah. Teruskan penggunaan sehingga kesan tersebut hilang.

Doa-doa dan surah yang dibacakan untuk wangian ini adalah:

1) Al-Fatihah, Al-Baqorah, Surrah Yasin, Al-Imran, Ar-Rahman, Al-Jin, Al-Waqiah, Al-Mulk, Surrah Yusuf

2) Ayat-ayat Ruqyah

3) Ayat Ruqyah Jibril

4) Ayat Syifa'

5) Selawat Syifa'

6) Selawat Tafrijiyyah

7) Saiyidul Istighfar

8) Ayat Kursi

9) Doa Bakar Jin dan Syaitan

10) Doa Sulaiman

11) Doa Atasi Hasad Dengki

12) Doa Penenang Fikiran

13) Doa Kanzul Arasy

14) Doa Khatamun nubuwwah

15) Doa Pelaris Perniagaan

16) Solat Hajat

Begitulah antara keistimewaan kedua-dua haruman ini di mana disamping ianya harum, ia juga mengandungi khasiat-khasiat perubatan yang dibacakan dengan doa-doa dan surah-surah pilihan. Maka dengan ikhtiar dan doa kita sendiri yang memakai wangian ini mendapat pemeliharaan Allah s.w.t. disamping kita sendiri dapat mengamalkan ayat-ayat tersebut sekiranya mampu.

Haruman Luqman untuk Cenderahati
Mungkin kita tidak mengetahui bahaya mengundang apatah lagi hasad dengki seseorang tetapi adalah lebih baik sekiranya kita dapat bersangka baik sesama kita dan memohon perlindungan Allah s.w.t. Maka dengan itu disamping kita berdoa' dan mencari ikhtiar mungkin ianya adalah lebih baik daripada kita mengenakan wangian berjenama yang mahal semata!

Wangian ini dijual dengan harga RM5 sahaja sebotol. Malah terdapat pek cenderahati bagi sepasang wangian ini pada harga yang amat menarik. Memang ianya amat sesuai untuk dijadikan sebagai cenderahati hari-hari keraian sebagai tanda terima kasih. Semoga kita semua mendapat manfaat.

Oh ya! Jangan lupa selawat semasa memakai haruman ini nanti. 

Untuk maklumat lanjut untuk pembelian dan wakil penjual bolehlah menghubungi;

En. Maarus Idris (+60193422787)




Free Download



Sabtu, 9 November 2013

Bagaimana Menghilangkan Kesan Parut

Kesan parut sememangnya akan menimbulkan banyak kesan walaupun ianya tidak mendatangkan apa-apa bahaya. Semua orang mahu kulit mereka cantik dan bebas parut. Adakalanya parut ini turut mengkibatkan kurang yakin diri serta malu berdepan dengan orang ramai.

Di sini kita akan bincangkan antara kaedah yang dapat membantu anda memberbaiki kesan parut (sekiranya ianya tidak dapat diatasi 100%). Namun dengan kemajuan rawatan hari ini memang ada menawarkan rawatan parut yang lebih berkesan. Tetapi di sini saya ingin berkongsi dengan anda mengenai kaedah yang mudah, murah dan diharap boleh membantu.

Lemon sememangnya baik untuk kulit
Minyak tumbuh-tumbuhan - terdapat beberapa minyak yang membantu merawar parut dengan berkesan seperti rose hip oil, coconut oil, argan oil, lavender oil, sunflower oil dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit anda dan meransang proses penyembuhan semula kulit. Maka penggunaan ini perlu dilakukan dengan menyapu minyak tersebut serta mengurut bahagian parut untuk beberapa ketika (sehingga minyak meresap - anggaran 30 saat). Bagaimanapun anda perlu mengekalkan rawatan ini setiap hari sehingga kesannya kelihatan.

Ekstrak daripada bawang - jus daripada bawang juga dikatakan antara rawatan parut yang terbaik kerana dapat membantu pembetukan collagen. Sama seperti penggunaan minyak tadi hanya sapukan dan ratakan pada bahagian parut dalam bentuk bulatan sehingga meresap.

Gel daripada lidah buaya - lendir daripada daun lidah buaya juga dikatakan antara bahan yang dapat merawat parut terutama pada parut yang baru (luka yang baru sembuh).

Lemon dan limau - lemon dan limau memang baik untuk membersihkan kulit. Disamping mencerahkan kulit dan parut ia juga dapat menanggalkan sel kulit mati/lama dan menampilkan sel
Aloe vera banyak kebaikan
Madu - madu juga baik sebagai antibiotik (mengelakkan jangkitan kuman). Jadi ia boleh digunakan sebelum luka bertukar menjadi parut lagi.

Vitamin E - vitamin E boleh digunakan dalam bentuk supplement juga digunakan secara luaran sebagai sapuan biasa. Jadi selain daripada memakan supplement tersebut anda boleh menggunakan sedikit daripadanya untuk menyapukan pada parut anda untuk membantu proses pemulihan. Walaubagaimanapun ia tidak sesuai digunakan semasa luka belum sembuh.
 kulit yang lebih sihat/baru.
Selain daripada itu elakkan parut anda daripada terdedah kepada matahari. Cahaya UV boleh mengganggu proses pemulihan parut dan mengakibatkan ia menjadi gelap. Jadi sekiranya perlu gunakan losyen dengan penapis UV SPF 30.

Parut adalah sebahagian proses pemulihan kulit apabila luka. Ini bermakna proses pemulihan sepenuhnya adalah parut kelihatan seperti biasa (mungkin tidak untuk luka yang serius). Kesan parut ini boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kedalaman, saiz, kedudukan dan jenis luka yang dihadapi. Ia juga dipengaruhi oleh umur, genes, jantina dan keturunan.

Begitulah sedikit sebanyak tentang kaedah merawat kesan parut. Suatu perkara yang anda perlu ketahui mengenai proses merawat parut akan memakan masa yang agak lama. Jadi jika anda ingin melakukan rawatan menggunakan kaedah-kaedah di atas pastikan anda terus melakukannya sehingga parut benar-benar hilang (3 - 6 bulan) bergantung pada jenis parut anda.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga lamanFacebook kami.



Arkib Blog