Memaparkan catatan dengan label mamalia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mamalia. Papar semua catatan

Rabu, 29 Julai 2015

Keunikan Dunia Haiwan Landak

Landak yang sedia untuk mempertahankan dirinya.

Landak termasuk di dalam haiwan-haiwan rodensa (rodents) di bawah sub-order Hystricidae yang mempunyai beberapa spesis dengan taburan di beberapa kawasan di dunia dengan spesis yang berlainan daripada Asia Tenggara, Afrika, Amerika Utara dan Amerika Selatan. Haiwan landak mudah dikenali dengan badannya yang dipenuhi dengan bulu berbentuk duri.

Antara spesis yang terkenal di Asia Tenggara dan kawasan-kawasan berhampiran adalah ‘Malayan Porcupine’ juga dikenali sebagai ‘Himalayan porcupine’ (Hystrix brachyura) yang mempunyai taburan daripada Nepal sehingga ke bahagian Utara-timur India. Taburannya menjangkau sehingga ke Selatan China (Xizang, Hainan, Yunnan, Sichuan, Chongqing, Guizhou, Hunnan, Guangxi, Guangdong, Hong Kong, Fujian, Jianxi, Zhejiang, Shanghai, Jiangsu, Anhui, Henan, Hubei, Shaanxi, Gansu), Myanmar, Thailand, Lao, Cambodia, Vietnam, Semenanjung Malaysia, Singapore, Sumatra dan Borneo.

Antara speis-spesis lain landak termasuklah;

Crested Porcupine (Hystrix cristata)

Indian Porcupine (Hystrix indica)

Sumatran porcupine (Hystrix sumatrae)

Long-tailed porcupine (Trichys fasciculata)

African brush-tailed porcupine (Antherurus africanus)

Landak-landak di benua Amerika;

North American porcupine lebih suka menghabiskan masa di atas pokok.

North American porcupine (Erethizon dorsatum)

Brazilian porcupine (Coendou prehensilis)

Bicolor prehensile-tailed porcupine (Coendou bicolor)

Stump-tailed porcupine (Echinoprocta rufescens)

Indian Crested porcupine dari India.

Terdapat kira-kira 29 spesis landak daripada family Erethizontidae (dari genus; Coendou, Sphiggurus, Erethizon, Echinoprocta, dan Chaetomys) dengan pelbagai saiz daripada yang terkecil Rothschild's Porcupine dari Amerika Selatan dengan berat kurang daripada satu kilogram (2.2 lb). Manakala Crested porcupine dari Italy, Sicily, Afrika Utara dan sub-Sahara Afrika boleh mencapai berat sehingga 27 kg (60 lb).

Spesis landak di Amerika Utara mempunyai cara hidup yang berbeza dengan landak-landak Asia yang biasanya hidup di dalam lubang. Landak-landak Amerika Utara lebih menghabiskan masanya di atas pokok.  Bicolor prehensile-tailed porcupine misalnya mempunyai ekor yang akan dilitkan pada dahan pokok untuk mengelakkan ia daripada jatuh semasa memanjat.

Brazillian porcupine mempunyai bulu yang lebih pendek.
Malayan porcupine mencari makanan dari lantai hutan.

Landak tidak boleh menembak durinya apabila diganggu. Namun ia akan mengembangkan duri-durinya ini untuk menghalang pemangsa mengganggunya. Apabila tercucuk pada pemangsa ia akan mudah tertanggal dan sukar ditanggalkan (kerana duri mempunyai sisik-sisik halus yang menghalang ia daripada tertanggal). Bulu-bulu yang tertanggal akan tumbuh semula. Landak dari Amerika Utara mempunyai bulu yang paling lebat dengan kira-kira 30,000 atau lebih bulu pada seekor landak.

Ibu landak akan melahirkan antara seekor sehingga 4 ekor anak bergantung kepada spesis. Semasa dilahirkan, duri-duri pada anak landak adalah lembut dan akan mengeras dalam tempoh beberapa hari. Anak-anak landak akan mencari makan sendiri setelah tempoh 2 bulan di dalam sarang.


Landak merupakan haiwan herbivor yang suka memakan pucuk tumbuhan. Ia akan menyelinap di lantai hutan atau belukar – atau memanjat pokok seperti spesis di Amerika Utara. Landak adakalanya boleh sampai berhampiran kawasan yang didiami oleh manusia untuk mencari makanan daripada buah-buahan yang jatuh.


Free Download



Selasa, 28 Julai 2015

Kumpulan Haiwan Marsupial

Striped possum juga merupakan haiwan marsupial seperti kangaroo.


Haiwan Marsupial adalah pecahan sebahagian daripada kumpulan mamalia dengan ciri-ciri istimewa yang paling besar iaitu mempunyai kantung untuk proses tumbesaran anaknya sehingga mencapai tahap matang. Seperti yang kita ketahui kangaroo merupakan haiwan marsupial yang paling terkenal namun keselurhan haiwan marsupial mempunyai jumlah spesis yang lebih banyak iaitu sehingga 295 kesemuanya yang diketahui.

Kumpulan haiwan-haiwan marsupial terbahagi di dua kawasan utama dunia iaitu di Benua Australasia dan juga Amerika Selatan yang juga turut menyokong bahawa kedua benua ini dahulu bersambung melalui Kutub Selatan yang membolehkan haiwan-haiwan ini bergerak di antara kedua-dua benua ini kira-kira 100 hingga 65 juta tahun dahulu di antara era Miocene dan juga Pliocene.

Tasmanian tiger juga merupakan marsupial yang telah pupus.

Antra haiwan-haiwan marsupial terkenal lain termasuklah kangaroo, wallabies, koala, posums, opossums, wombats juga Tasmanian devil. Malah kumpulan ini turut merangkumi numbat, bandicoots, bettongs, bilby, quolls, quokka termasuk juga haiwan comel lain iaitu sugar glider.

Berbeza dengan haiwan mamalia biasa, marsupial akan melahirkan anaknya sebelum ia mencapai kematangan iaitu hanya 12 hari bagi kangaroo sehingga 38 hari sebahagian bandicoot. Anak-anak haiwan marsupial akan merangkak masuk ke kantung mereka di mana di situ juga terdapat puting susu yang akan membekalkan mereka makanan sehingga mereka mencapai usia matang (untuk beberapa bula lamanya).

Terdapat 4 spesis marsupial yang berbeza daripada marsupial-marsupial yang lain yang kebanyakannya dari jenis herbivor dan pemakan serangga kecil adalah Tasmanian tiger (ThylacineThylacinus cybocephalus), Tasmanian devil (Sarcophilus harrisii) yang merupakan haiwan karnivor dan omnivor manakala Numbat (Myrmecobius fasciatus) mempunyai lidah melekit dan memakan serangga dan anai-anai, Southern marsupial mole (Notoryctes typhlops) lebih menyerupai tikus tanah namun ia sebenarnya adalah juga haiwan marsupial.

Tasmanian tiger diketahui telahpun pupus di tanah besar Australia sejak 3,000 tahun dahulu. Ia kemudiannya masih ditemui di Tasmania sehingga kedatangan orang-orang Eropah yang memburu haiwan ini sehingga pupus kerana dikatakan mengganggu ternakan biri-biri di sana. Tasmanian devil kali terakhir dilihat pada tahun 1930.

Tahukah anda marsupial ini?

Kumpulan marsupial yang paling terkenal adalah terdiri daripada kangaroo dan wallaby antaranya;

Red kangaroo (Macropus rufus) – antara marsupial yang bersaiz besar

Eeastern gray kangaroo (Macropus giganteus)

Yellow-footed rock wallaby (Petrogale xanthopus)

Parma wallaby (Macropus parma)

Brush-tailed rock wallaby (Petrogale penicillata)

Spectacled hare-wallaby (Lagorchetes conspicillatus)

Nabarlek (Petrogale concinna)

Bennett’s tree kangaroo (Dendrolagus bennettianus) – menghabiskan masa di atas pokok

Goodfellow’s tree kangaroo (Dendrolagus goodfellowi) – juga menghabiskan masa di atas pokok

Northern nail-tailed wallaby (Onychogalea unguifera)

Opossum pula merupakan kumpulan yang merangkumi lebih banyak spesis dan mempunyai taburan di kedua-dua benua Australasia dan juga Amerika Selatan. Opossum boleh tinggal di atas pokok dan juga di tanah. Manakala ia menjadikan makanan daripada buah-buahan, dedaun dan juga serangga. Antara spesis opposum adalah;

Common opossum (Didelphis marsupialis)

Black-shouldered opossum (Caluromysiops irrupta)

Bare-tailed woolly opossum (Caluromys philander)

Gray four-eyed opossum (Philander opossum)

Robinson’s mouse opossum (Marmosa robinsoni)

*spesis-spesis di atas merupakan spesis terdapat di Amerika Selatan

Brown four-eyed opossum (Metachirus nudicaudus)

Little water opossum (Lutreolina crassicaudata)

Yapok/water opossum (Chironectes minimus)

Patagonian opossum (Lestodelphys halli)

Southern short-tailed opossum (Monodelphis dimidiata)

Monito del monte/ colocolo (Dromiciops gliroides)

Three-striped short-tailed opossum (Monodelphis americana)

Ecuadorean shrew-opossum (Caenolestes fuliginosus)

*berikut pula merupakan Possum yang terdapat di bahagian Australasia (termasuk hingga ke Papua New Guinea).

Bobuk/ mountain brushtail possum (Trichosurus caninus)

Spotted cuscus (Spilocuscus maculatus)

Gray cuscus (Phalanger orientalis)

Brushtail possum (Trichosurus vulpecula)

Rock ringtail possum (Petropseudes dahli)

Green ringtail possum (Pseudochirops archeri)

Lemuroid ringtail possum (Hemibelideus lemuroides)

Herbert River ringtail possum (Pseudochirulus herbetensis)

Common ringtail possum (Pseucheirus peregrinus)

Striped possum (Dactylopsila trivirgata)

Honey possum (Tarsipes rostratus)

Sugar glider yang biasa dijadikan haiwan peliharaan.

*kumpulan marsupial daripada family glider

Sugar glider (Petaurus breviceps)

Leadbeater’s possum (Gymnobelideus leadbeateri)

Yellow-bellied glider (Petaurus australis)

Geater glider (Petauroides volans)

*lain-lain marsupial

Koala (Phascolarctos cinereus)

Southern hairy-nosed wombat (Lasiorhinus latifrons)

Common wombat (Vombatus ursinus)

Selain daripada senarai nama di atas, banyak lagi haiwan-haiwan marsupial yang lain dan anda bolehlah mencarinya di internet. Nama saintifik disertakan untuk memudahkan pencarian anda. Dapat dilihat haiwan marsupial merangkumi spesis-spesis yang hampir sama dengan kumpulan mamalia yang lain hanya mereka tidak mengandungkan anaknya sehingga cukup matang dan dilahirkan seperti mamalia biasa.

Sebagai contoh anak kangaroo akan dilahirkan dengan berat 0.003 peratus dari berat ibunya dan akan merangkak ke dalam kantung untuk proses pembesaran berikutnya. Berbanding manusia, bayi yang dilahirkan mempunyai berat sehingga 5 peratus daripada berat ibunya.


Begitulah uniknya dunia alam haiwan yang jauh berbeza antara satu sama lain. Malah kepelbagaiannya turut menyingkap bagaimana rupabentuk muka bumi jutaan tahun dahulu. Namun begitu banyak lagi perkara yang pelu kita ketahui berbanding dengan perkara yang telah kita ketahui. 


Free Download



Sabtu, 16 Mei 2015

Mengenal Spesis Ikan Paus

Humpback whale
Ikan paus 'humpback' keluar daripada air.

Ikan paus biru merupakan haiwan yang paling besar masih menghuni lautan dunia. Walaupun bilangannya semakin berkurangan akibat pemburuan berlebihan namun hari ini pengharaman membunuh mamalia terbesar ini sedikit sebanyak membantu spesis ini untuk berkembang semula. Namun begitu apa yang ingin saya ketengahkan kali ini bukan sahaja bertumpu kepada spesis paus biru malah keseluruhan spesis paus yang mengandungi banyak sekali spesis-spesis lain yang kurang kita ketahui.

Blue whale
Ikan paus biru merupakan spesis terbesar dalam kumpulan paus.

Walaupun ikan paus rata-ratanya bersaiz besar, namun ada juga antara spesis yang bersaiz kecil dan sederhana antaranya adalah ‘pygmy sperm whalesI’ yang hanya bersaiz 3.5 m (11 ft.) Berbanding dengan saiznya juga, ikan paus menjadikan hidupan-hidupan kecil di lautan sebagai sumber makanannya. Terdapat beberapa spesis yang memburu hidupan besar (dari jenis ikan paus bergigi) dan juga yang bersaiz agak besar adalah ‘Sperm Whale’ yang juga menjadikan sotong gergasi sebagai salah satu sumber makanannya.

Dari segi saiz, paus biru boleh mencapai sehingga 30 m (98 ft) dengan berat sehingga 180 tan. Jika keseluruhan spesis digabungkan ia mungkin mencapai jumlah jutaan ekor. Namun sekiranya mengikut spesis ada diantaranya yang mengalami penurunan jumlah drastik akibat pemburuan oleh manusia. Kadar pembiakannya pula adalah sekitar 3% hingga 13% mengikut spesis-spesis tertentu. Manakala jangka hayat ikan paus seperti ‘humpback’ boleh mencecah sehingga 77 tahun berbanding paus ‘bowhead’ yang boleh mencecah sehingga ratusan tahun.

Size differences
Perbezaan saiz dalam spesis paus-paus 'baleen'.

Pengkelasan paus dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu jenis ‘Baleen’di mana ikan-ikan paus ini memunyai plat ‘baleen’ berbanding gigi untuk menapis makananya yang terdiri daripada hidupan-hidupan kecil di dalam laut seperti plankton dan krill. Jenis kedua adalah daripada spesis-spesis yang mempunyai gigi seperti Orca, dolphin, sperm whale yang mempunyai gigi dan memburu hidupan yang lebih besar terdiri daripada ikan, sotong, anjing laut dan sebagainya.

Plat 'baleen' yang digunakan untuk menapis makanan pada paus 'baleen'.

Ikan paus boleh didapati di hampir kesemua perairan dunia dalam spesis yang berbeza. Terdapat juga spesis ikan paus (lumba-lumba sungai) yang mendiami sungai-sungai utama seperti sungai Indus, Ganges, Yangtze, Mekong dan juga Amazon. Spesis ikan lumba-lumba air tawar ini merupakan spesis yang paling terancam berbanding spesis-spesis yang lain memandangkan kebanyakan sungai-sungai kediaman mereka semakin tercemar akibat pembangunan.

Berikut adalah jenis-jenis ikan paus yang terdapat di dunia. Perhatikan jumlahnya yang banyak berbanding seperti mana yang kita sangkakan sebelumnya.

Suborder Mysticeti (Baleen whales)


(Right whales)


(Rorquals)












Suborder Odontoceti (Toothed whales)

(Oceanic dolphins)













(Pilot whales)


















(Right whale dolphins)





































Suborder Odontoceti (Toothed whales)



(Porpoises)















(Beaked whales)











(Mesoplodont

whales)
































Setiap spesis ini mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri dan anda mungkin perlu membuat semakan yang terperinci untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Seperti juga haiwan-haiwan lain, ikan paus juga mempunyai fungsi sendiri dalam mengawal keseimbangan ekosistem. Jadi adalah penting untuk kita sentiasa memastikan haiwan-haiwan ini sentiasa berada dalam jumlah yang seimbang.



Free Download



Arkib Blog