Sunday, October 26, 2014

Mengenal Spesis Jerung Dengan Lebih Dekat

Great white shark
Ikan jerung sering diberikan gambaran menakutkan oleh media.

Jerung atau ‘sharks’ merupakan sejenis kumpulan ikan yang merangkumi pelbagai spesis dengan pelbagai saiz. Pengenalan mengenai jerung mungkin tertumpu kepada spesis-spesis yang bersaiz besar dengan fizikal yang menyerupai jerung putih kerana ia lebih mendapat tumpuan atas saiz dan keganasan yang sering dipaparkan media. Namun begitu kumpulan jerung merangkumi pelbagai bentuk dan saiz yang menghuni perairan di serata dunia.

hammerhead shark
Ikan jerung tukul mempunyai muncung yang unik.

Kepentingan spesis jerung mungkin kurang mendapat perhatian sebelum ianya diberikan jolokan spesis yang terganas di lautan. Hanya beberapa spesis sahaja yang mungkin pernah berhadapan dengan manusia samada sebagai tangkapan ataupun menyerang manusia secara tidak sengaja. Seperti yang kita ketahui hidangan ‘sup sirip yu’ yang amat popular menjadikan spesis ini semakin terancam. Manakala terdapat spesis yang mampu menyusur sungai seperti ‘bull shark’ dan ‘river shark’ yang mungkin menyebabkan serangan terhadapad manusia berlaku.

whale shark in aquarium
Ikan yu paus di Georgia Aquarium.

Keseluruhan spesis jerung merangkumi satu kumpulan yang besar daripada spesis jerung putih atau ‘great white’ yang masih hidup sehingga ke hari ini kepadalah kepada spesis terkecil yang dikenali sebagai ‘dwarf lanternshark’ yang hanya berukuran sepanjang 17 centimeter. Namun begitu spesis jerung terbesar yang masih hidup sehingga hari ini adalah yu paus atau ‘whale shark’ yang mampu menjangkau saiz sehingga 12 meter. Berbeza dengan kebanyakan spesis kerana yu paus adalah spesis yang memakan hidupan kecil dan plankton.

Keunikan spesis jerung bukan setakat itu sahaja, ia merangkumi pelbagai saiz, rupa bentuk dan berbagai lagi yang menjadikan ia sebagai kumpulan ikan yang menarik untuk dikenali. Mungkin anda pernah melihat gambar ikan jerung dari spesis jerung tukul atau ‘hammerhead shark’, begitu juga dari spesis dengan muncung panjang dan gerigi seperti dari kumpulan ‘sawsharks’, manakala terdapa pula spesis jerung yang menyerupai kan pari, spesis yang mendiami laut dalam seperti ‘goblin shark’ dan mungkin terdapat beberapa spesis lagi yang masih belum dikenal pasti.

saw shark
Antara spesis ikan jerung yang menarik.
thresher shark
'Thresher shark', menggunakan ekornya yang unik untuk memburu mangsa.

Seperti juga spesis paus, spesis jerung merangkumi spesis yang agresif dan juga spesis yang hanya memakan hidupan kecil dan plankton. Manakala spesis-spesis lain yang lebih kecil adalah sama sahaja seperti ikan-ikan biasa yang tidak mendatangkan bahaya kepada manusia. Oleh kerana kumpulan ikan jerung yang merangkumi pelbagai spesis, boleh dikatakan ia terdapat di mana-mana dari perairan yang cetek sehinggalah ke lautan dalam. Ya, dan adakalanya ia juga boleh menyusuri sungai air tawar.


Walaupun seperti yang telah diketahui spesis jerung terbesar yang telah pupus seperti ‘Megalodon’ lebih menyerupai kepada spesis jerung yang ganas seperti ‘great white’, namun spesis jerung-jerung yang lain juga menarik untuk dikenalpasti. Ini kerana mungkin juga terdapat spesis dari pemakan plankton yang terlah pupus dan belum ditemui.


Angel shark
Angle shark kelihatan mirip kepada ikan pari.

Artikel kali ini tidak dapat menyentuh mengenai jerung secara terperinci namun memberikan satu ruang yang besar untuk para pembaca mencari maklumat lebih lanjut mengenai spesis-spesis jerung ini. Melalui pemahaman yang mendalam mengenai kumpulan jerung ini mungkin akan mengubah pandangan anda mengenai dunia jerung yang biasa dikaitkan dengan keganasan yang menakuktan.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...