Wednesday, September 23, 2015

Lagi Motorsikal Yang Tidak Menggunakan Petrol

Black Pearl daripada Revatu, bagaikan keretapi dua roda.

Seperti yang kita lihat daripada motorsikal yang direka oleh Ricardo Azevedo di mana ia menggunakan air sebagai sumber tenaganya. Kali ini kita akan melihat pula beberapa contoh rekaan lain yang tidak menggunakan petrol menggerakkan motorsikal. Namun kali ini ia akan dilihat dari sudut yang berbeza pula iaitu kreativiti, hasil seni, kesungguhan, minat, teknologi dan sebagainya.

Rekaan yang pertama menarik adalah rekaan motor yang menggunakan kuasa steam iaitu Black Pearl, yang dihasilkan oleh sebuah syarikat dari Ducth (Belanda), Revatu Costums pembuat dan pereka kenderaan mengikut tempahan.

Rekaan Black Pearl adalah lebih kepada hasil seni untuk melahirkan motorsikal yang menggunakan engin berkuasa ‘steam’, sepertimana keretapi berkuasa steam suatu masa dahulu. Jadi rekaan Black Pearl mementingkan ciri-ciri sebuah keretapi lama, malah turut dilengkapi dengan sebuah loceng di atasnya. Jadi ia bagaikan sebuah keretapi dengan dua buah roda.

Walaupun rekaan ini diakui oleh pemilik Revatu sendiri iaitu Rene van Tuil, diilhamkan oleh rekaan yang dihasilkan oleh Colby Higgins pada tahun 2011 iaitu ‘Train Wreck Bike’ Dimana membuatkan beliau turut teruja dengan bagaimana ‘pesona daripada mekanikal lama’ yang dihasilkan oleh Higgins.

'Train Wreck' - oleh Colby Higgins

Pandangan jelas Black Pearl dari dekat.

Black Pearl sebuah kerya berbentuk mekanikal.

Jadi, Black Pearl menggunakan ciri-ciri yang terdapat pada Train Wreck dan memperbaikinya untuk menjadikan ia sebuah jentera yang benar-benar bergerak dengan menggunakan kuasa air (steam). Ciri-ciri keretapi ini dilengkapkan lagi dengan ‘crankshaft’ yang terdedah untuk memusingkan roda belakang nya.

Walaupun motor ini boleh ditunggang, ia hanyalah sekadar motor hiasan untuk menzahirkan hasil ilham kreatif mekanikalnya. Malah, ia tidak menyatakan ciri-ciri lengkap seperti kuasa kuda, ‘torque’ atau beratnya. Manakala kelajuannya pula hanyalah sekadar 5 mph (8 km/h) sahaja – jadi ia memang sesuai untuk manarik perhatian orang ramai.

Basikal berkuasa 'steam'.

Satu lagi contoh yang lain.

Jadi kalau dilihat di sini, walaupun ia menggunakan kuasa air, ia menghasilkan hasil yang berbeza. Malah, tujuan penghasilan kedua-dua kenderaan (perbezaan dengan motorsikal oleh Recardo Azevedo) juga jauh berbeza. Sekiranya motor Ricardo digunakan untuk tujuan perjalanan, motor Black Pearl pula hanyalah untuk tujuan penghasilan kreativiti rekabentuk mekanikal lama (keretapi berenjin ‘steam’). Namun kedua-dua rekaan ini mempunyai hasil yang menarik untuk lapangan masing-masing.


Jadi tujuan penghasilan sesuatu rekaan adalah penting untuk memastikan hasilnya memenuhi tujuan tersebut. Begitu juga dalam penggunaan tenaga dalam contoh ini – walaupun keduanya menggunakan air, jelas kelihatan kaedah yang berbeza memberikan hasil yang juga berbeza. Bukalah minda anda, pastikan anda tidak meletakkan sempadan pada ‘imaginasi kreatif’ anda untuk melepasi batasan dalam sesuatu perkara.






No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...