Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label dunia. Papar semua catatan

Rabu, 18 Mei 2016

Kamera Resolusi Untra-high Google Mengambil Gambar Secara Terperinci

Google Art Camera membuat rakaman terperinci hasil seni penting.

Telah banyak kamera beresolusi tinggi yang dihasilkan kebelakangan ini, namun apa bezanya kamera resolusi tinggi yang dihasilkan oleh Google Cultural Institute (GCI) yang dikenali sebagai “Art Camera”. Projek yang telah berjalan selama 5 tahun yang dikenali sebagai “Art Project” ini bermula sejak 2011 lagi dan digunakan untuk misi yang amat penting iaitu menyimpan gambar-gambar terperinci hasil-hasil lukisan penting dari seluruh dunia.

Gambar-gambar yang diambil adalah bersaz sehingga Gigapixel dan dimuatkan ke dalam laman web Google Cultural Institute (GCI). Gambar yang kaya dengan pixel ini membolehkan pemerhati membuat tinjauan terperinci daripada gambar pada saiz asal sehinggalah pada pembesaran imej bagi melihat lebih dekat kesan-kesan halus berus lukisan pelukis tersebut. Apa yang lebih baik, melalui kaedah ini juga kesan terperinci yang boleh diperhatikan adalah sehingga ke tahap kesan-kesan yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Membuat rakaman hasil karya seni.

Pandangan sisi Google Art Camera.

Ia boleh dikendalikan dengan lebih mudah.

Bagi mendapatkan kualiti sebegini ianya memerlukan peralatan yang mahal dan hanya boleh dilakukan oleh mereka-mereka yang benar-benar berpengalaman. Jadi kerja-kerja mengumpul maklumat penting hasil seni ini akan menjadi satu kerja yang menelan kos yang amat tinggi. Maka Google memutuskan untuk membina satu kamera yang mempunyai fungsi khusus untuk kerja-kerja ini bagi memudahkan tujuan tersebut.

Menggunakan Art Camera kerja-kerja merakamkan imej terperinci hasil seni bersaiz gigapixel dapat dilkakukan pada jangka masa yang lebih singkat daripada biasa selain mudah dibawa bagi kerja-kerja tersebut dijalankan di muzium-muzium di serata dunia. Ia juga direka supaya dapat melakukan kerja-kerja tersebut dengan lebih efektif menggunakan sistem robotik yang membolehkan kamera membuat rakaman setiap inci hasil seni tersebut. Ia turut dilengkapi dengan teknologi laser dan sonar bagi membantu mendapatkan fokus yang tepat untuk setiap gosokan berus.

Melalui teknik ini, pemeriksaan terperinci pada lukisan (hasil seni) dapat dilakukan tanpa memindahkannya atau mendedahkannya kepada risiko kerosakan. Apabila kerja-kerja mengambil gambar terperinci ini selesai, ribuan imej-imej dari Art Camera tersebut akan digabungkan (stitched) menjadi satu imej yang sempurna.

Rakaman sekata untuk setiap inci lukisan.

Ciri-ciri halus lukisan dapat diperhatikan dengan jelas.

Google sehingga kini telah mengeluarkan 1000 hasil pertama gambar dengan kualiti resolusi ultra ini yang dihasilkan menggunakan kamera tersebut. Gambar-gambar tersebut adalah termasuk hasil karya oleh Pissarro, Signac, Rembrandt, Van Gogh dan Monet. Selain itu Google juga akan membekalkan kamera-kamera tersebut ke institusi-institusi di seluruh dunia bagi membolehkan kerja-kerja mendokumentasi karya seni dapat dilakukan.


*Art Project adalah merupakan salah satu daripada hasil Google Cultural Institute (GCI), yang membolehkan pengguna membuat tinjauan daripada muzium dan arkib secara online. Terdapat banyak lagi hasil-hasil kerja yang dihasilkan oleh CGI dalam memperkayakan hasil budaya dan seni dari seluruh dunia. Menarik!


Free Download



Rabu, 27 Januari 2016

Projek Menyelematkan Kepupusan - Svalbard Global Seed Vault

Pintu masuk utama ke dalam Svalbard Global Seed Vault.

Keadaan dunia dengan cuaca yang tidak menentu dan pencemaran yang berleluasa menjadikan kita menyedari bahawa kepupusan mungkin akan melanda dunia. Malah ancaman kepupusan bukan sahaja boleh berpunca daripada manusia, sejarah lampau menunjukkan fenomena kepupusan besar-besaran telah beberapa kali melanda.

Berbanding merisaukan tentang bencana tersebut, mungkin tidak ramai yang mengetahui tentang usaha bagi berhadapan dengan fenomena ini telahpun dilakukan. Svalbard Global Seed Vault (Norwegian: Svalbard globale frøhvelv) merupakan sebuah simpanan biji benih tumbuh-tumbuhan terbesar sebagai langkah berhati-hati sekiranya berlaku sebarang kemungkinan. Gudang simpanan khas ini di bina di sebuah pulau iaitu Spitsbergen di Norway. Kepulauan tersebut dikenali sebagai Svalbard yang terletak kira-kira 1,300 kilometer (810 mi) daripada Kutub Utara.

Lokasi kedudukan Kepulauan Svalbard.

Rupabentuk keseluruhan bangunan simpanan.

Terowong masuk utama ke dalam bahagian simpanan.

Perbelanjaan awal pembinaan simpanan tersebut ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Norway dengan belanja sekitar NOK 45 juta (USD9 juta). Manakala perbelanjaan pengurusannya pula ditampung bersama oleh Norway dan juga Global Crop Diversity Trust (GCDT). Penderma utama dana tersebut adalah juga berasal dari badan kebajikan yang tidak asing lagi iaitu Bill & Melinda Gates Foundation dan dari pelbagai badan dari seluruh dunia.

Penyimpanan biji-bijian ini menekankan penjagaan supaya ia mampu bertahan untuk tempoh yang lama. Ruang simpanan yang berada pada suhu yang rendah iaitu antara −18 °C (−0.4 °F) mengurangkan kadar metabolism bijian tersebut seterusnya mengelakkan ia daripada rosak. Persekitaran yang sejuk di kawasan tersebut juga memastikan biji-bijian berada dalam keadaan yang hampir sama sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

Rak-rak yang digunakan untuk simpanan biji benih.

Antara bijian yang disimpan rapi.

Svalbard Global Seed Vault bertindak seperti peti simpanan selamat bagi semua negara di dunia yang berminat untuk menyimpan simpanan benih-benih tanaman mereka di sana. Syarat-syarat penggunaannya pula adalah tertakluk kepada “International Treaty on Plant Genetic Resources for Food and Agriculture” yang dipersetujui oleh 118 buah negara atau badan.

Walaupun pembinaan ruang simpanan ini tidak dapat lari daripada pelbagai spekulasi dan teori conspirasi, ia merupakan satu usaha yang mungkin suatu hari nanti dapat membantu manusia daripada bencana besar-besaran. Fenomena kepupusan besar-besaran sebelum ini adalah disebabkan daripada pelbagai bencana alam termasuk hentaman ‘asteroid’. Jadi tiada siapa tahu apa yang akan berlaku dan ia hanyalah sebagai satu langkah berhati-hati yang patut diberikan sokongan.



Free Download



Sabtu, 10 Oktober 2015

Lagi Antara Perpustakaan Terbaik Dari Serata Dunia

Trinity College Library, Dublin, Ireland.
Perpustakaan tidak dapat dinafikan fungsinya kepada para ilmuan. Menjadi tempat simpanan bahan rujukan dalam pelbagai bentuk. Hari ini dengan kepesatan teknologi, perpustakaan masih lagi memainkan fungsi pentingnya dalam membekalkan bahan-bahan rujukan penting tersebut.

Sejarah penubuhan perpustakaan mungkin berasal daripada koleksi peribadi yang kemudiannya mula dikumpulkan secara kolektif bagi rujukan lebih ramai ahli dalam satu-satu kumpulan. Hasil bahan rujukan daripada ‘tablet’ tanah liat membuktikan yang perpustakaan mungkin telah wujud di Sumer (Sumeria) sejak dari 2600 BC lagi. Manakala di Greece ianya bermula sejak kurun ke-5 BC. Manakala pada kurun ke-6 BC di Mediterranean terdapat perpustakaan yang hebat di Constantinople dan juga Alexandria.

Hampir setiap kerajaan-kerajaan besar lama mempunyai perpustakaannya tersendiri. Ini membuktikan fungsi perpustakaan sebagai salah satu sumber penting sebagai bahan rujukan dan juga penyimpanan maklumat berguna bagi sesuatu peradaban tersebut. Malah zaman kegemilangan Islam sendiri pada zaman Khalifah Harun al-Rashid turut dibantu dengan adanya perpustakaan terbesar yang dinamakan Bayt al-Hikma (House of Wisdom).

Mungkin anda boleh merujuknya dengan lebih terperinci dari internet, kerana kali ini kita ingin melihat perpustakaan yang wujud hari ini di merata dunia. Ia adalah sebahagian daripada banyak lagi perpustakaan yang hebat yang mungkin boleh kita jadikan bahan pengajaran bagi kita mencontohi kemajuan daripada orang lain.

Berikut adalah antara perpustakaan tersebut;

Library José Vasconcelos, Mexico City, Mexico. Photo: Pedro Vasquez Colmenares.

University Club Library, New York, USA.

Library of the University of Washington, Seattle, Washington. Photo: Sam.

Library of Rare Books and Manuscripts at Yale University. Photo: Lauren Manning.

Linderman Library, Lehigh University, PA, USA.

Canadian Library of Parliament, Ottawa, Canada. Photo: James Gillard.

Add captionLibrary of Law, Iowa, USA. Photo: Tani Livengood.

Admont Abbey Library, Austria. Photo: Ognipensierovo.

El Real, El Escorial, Madrid, Spain. Photo: Jose Maria Cuellar.

Portuguese Library in Rio de Janeiro, Brazil. Photo: Ruy Barbosa Pinto.


National Library, Helsinki, Finland. Photo: Akseli Niemelä.

Library of Rare Books in the Thomas Fiera University of Toronto, Canada. Photo: Fadi J.

Theological library, Strahov Monastery, Prague, Czech Republic. Photo: Rafael Ferreira.

University of Coimbra General Library, Coimbra, Portugal.

Begitulah antara perpustakaan yang terdapat di serata dunia. Kita boleh lihat sendiri perbezaan yang ketara bagaimana perpustakaan memainkan fungsi yang begitu penting dalam kebudayaan sesebuah masyarakat.




Sabtu, 19 September 2015

Kenali 30 Designer Paling Berpengaruh di Dunia

Jonathan Ive pereka untuk barangan Apple.


Designer memainkan peranan paling penting dalam sesautu keluaran produk yang terdapat di sekeliling kita hari ini. Ia merangkumi bidang yang luas kerana setiap benda perlu dihasilkan daripada imaginasi seseorang termasukah bangunan, pakaian, barangan (daripada perkakasan elektronik sehinggalah kepada perabut), lukisan, kenderaan, malah setiap benda yang dihasilkan oleh manusia.

Kerjaya rekabentuk ini kemudiaannya terbahagi kepada bidang-bidang yang berbeza seperti bangunan (arkitek), fesyen (fashion designer), produk (product designer), iklan, lukisan dan sebagainya. Walaupun kebanyakan daripada mereka kurang dikenali, namun sumbangan mereka adalah antara yang terpenting dalam membawa sesuatu produk dalam mencapai kejayaan.


Kuasa rekaan tidak dapat dinafikan.

Antara barangan yang mempunyai rekaan yang menarik.

Berikut adalah 30 senarai mereka yang berpengaruh di dalam bidang rekaan dan anda mungkin ingin mengetahui tentang mereka dengan lebih lanjut;

30. Antonio Gaudi – pereka bangunan-bangunan pelik.

29. Saul Bass – pereka bahan cetak dan animasi

28. Jesse W. Reno, George A. Wheeler, and Charles Seeberger – rekaan industri ‘escalator’.

27. James Dyson – rekaan produk.

26. Marcel Breuer – arkitek dan perabut.

25. Arne Jacobsen – rekaan industri dan perabut.

24. Stefan Sagmeister – rekaan grafik.

23. John S. Pempberton – typography (rekabentuk huruf).

22. Massimo Vignelli – rekaan grafik dan lain-lain.

21. Kenichiro Ashida – rekaan produk (Nintendo Wii).

20. Rem Koolhaas – arkitek

19. Zaha Hadid – arkitek

18. David Carson – typography, grafik dan lain-lain.

17. Charles and Ray Eames – arkitek dan perabut.

16. Alvin Lustig – senireka grafik.

15. Paul Rand - senireka grafik.

14. Richard Buckminster Fuller – arkitek, kenderaan dan lain-lain.

13. Frank Gehry – arkitek

12. Philippe Starck – arkitek, rekaan produk dan rekaan industri.

11. Frank Lloyd Wright – arkitek, perabut dan lain-lain.

10. Ludwig Mies van der Rohe – arkitek

9. Aleksandr Rodchenko – rekaan grafik, rekaan industri dan lain-lain.

8. David Mellor – rekaan industri.

7. Dieter Rams – rekaan industri.

6. Milton Glaser – rekaan grafik.

5. Charles-Édouard Jeanneret-Gris a.k.a. Le Corbusier – arkitek dan lain-lain.

4. Childe Harold Wills, Joseph A. Galamb, and Eugene Farkas – rekaan kenderaan.

3. Walter Gropius – arkitek.

2. Sir Jonathan Ive – rekaan industri (Apple).

1. Max Miedinger – rekaan typography.

Mengapa Max Miedinger menjadi jurureka yang paling berpengaruh? Ya, beliau merupakan pereka bagi tulisan (Swiss typeface) yang banyak digunakan untuk lapangan-lapangan yang lain seperti industri pakaian malah sehingga syarikat penerbangan. Jadi, anda mungkin tidak menyangka kesan sesuatu rekaan kepada manusia.

Masyarakat dunia amat mengkagumi seni rekaan.


Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai pereka-pereka tersebut silalah lakukan carian yang lebih terperinci.




Free Download



Arkib Blog