Memaparkan catatan dengan label kejayaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kejayaan. Papar semua catatan

Khamis, 17 April 2014

Misteri Di Sebalik Filem Avatar

James Cameron Avatar
James Cameron bersama pelakon Avatar, Sam Worthington.

Filem Avatar yang dihasilkan oleh pengarah terkenal James Cameron bakal menemui peminat mereka semua di pawagam tidak lama lagi. Filem tersebut yang menjadi Box-Office di serata dunia menyimpan seribu satu rahsia kerana ia jauh berbeza dengan cerita-cerita yang lain sebelum ini. Ia bagaikan fenomena semasa Jurassic Park muncul di pawagam buat kali pertama dulu.

Penghasilan filem Avatar bukanlah suatu perkara yang mudah. Ini kerana James Cameron sendiri sanggup menunggu lebih dari 10 tahun untuk membolehkan cerita rekaan beliau itu dihasilkan pada tahap kualiti terbaik. Selain daripada terpaksa menunggu tempoh yang lama penghasilan Avatar sendiri memakan masa beberapa tahun untuk disiapkan bagi memenuhi kehendak beliau.

James Cameron semasa masih di sekolah lagi merupakan seorang yang minat membaca hampir apa sahaja novel walaupun lebih berminat pada cerita-cerita Sci-Fi. Masa yang diambil semasa menaiki bas ketika pulang dari sekolah (kira-kira 2 jam di dalam bas) digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk membaca buku. Maka tidak hairanlah mengapa idea-idea beliau kelihatan jauh berbeza berbanding dengan hasil kerja pengarah-pengarah yang lain.

Selain daripada itu juga James Cameron merupakan seorang yang suka membuat tinjauan (pengembaraan). Malah beliau turut mengambil peluang untuk menjelajah ke dalam laut dalam untuk melihat sendiri keadaan di sana. Ia juga adalah sebahagian daripada kejayaan beliau dalam menghasilkan cerita-cerita berkaitan laut dalam seperti ‘The Abyss’, ‘Ghost of the Abyss’ dan juga dokumentari-dokumentari mengenai laut dalam.

Pelakon-pelakon Avatar dan James Cameron
Bersama pelakon-pelakon Avatar.

Malah beliau juga turut menyumbangkan idea dalam penghasilan sistem pengambaran 3D Fusion Camera yang digunakan untuk menghasilkan filem-filem beliau bagi menghasilkan kualiti gambar seperti yang diinginkan. Jadi beliau bukan sahaja merupakan seorang pengarah filem yang mempunyai jiwa seni malah berpengetahuan luas termasuk teknologi yang berkaitan dengan perfileman. Jadi ini memberikan gambaran kepada kita bahawa nama-nama terkenal di Holywood bukanlah mereka yang mendapat peluang atau tawaran semata, tetapi sememangnya mempunyai bakat dengan usaha mereka yang gigih dalam mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.

Sebelum Avatar lagi banyak filem-filem yang dihasilkan James Cameron mencecah kutipan luar biasa seperti ‘The Terminator’ pada tahun 1984. Selain daripada menjadi pengarah untuk filem ini beliau juga merupakan penulis cerita terebut. Ini diikuti pula dengan ‘Aliens’ pada tahun 1986. Sekali lagi beliau bertindak sebagai pengarah selain daripada penulis cerita tersebut. Bagi yang menonton cerita ‘Aliens’ sekitar tahun 1980-an tentu masih ingat bagaimana cerita tersebut memberikan impak yang sangat berkesan.

James Cameron
James Cameron turut terlibat dalam penghasilan 3D Fusion Camera.

Beliau muncul lagi dengan ‘Terminator 2: Judgement Day’ pada tahun 1991 sebagai direktor, penulis dan producer. Semasa ‘Terminator 2: Judgement Day’ dihasilkan, tiada lagi filem yang seakan-akan terminator yang pernah ditonton. Bakat beliau di dalam penghasilan cerita-cerita Sci-Fi ini memang terserlah bahkan mampu menyampaikannya ke dalam filem dengan baik. Terminator 2 kekal sebagai cerita yang hebat sehinggalah ‘Jurassic Park’ muncul dengan keajaiban baru di dalam dunia perfileman di bawah arahan Steven Spielberg.

Beliau muncul semula dengan filem Box-Office ‘Titanic’ pada tahun 1997 sebagai direktor, penulis, producer dan editor. Titanic merupakan filem yang paling menerima banyak anugerah bagi diri beliau di samping filem Avatar dengan jarak antara kedua-dua buah filem ini adalah melebihi 10 tahun. Maka dengan itu sikap beliau yang menitik beratkan kualiti merupakan punca utama mengapa filem yang dihasilkannya sentiasa mendapat sambutan.

Penantian beliau akhirnya berakhir apabila filem ‘ThePolar Ekspress’ arahan Robert Zemeckis yang menggunakan teknik “performance capture” membolehkan beliau untuk menyampaikan kualiti sebenar yang ingin disampaikan di dalam Avatar menjadi kenyataan.

Proses pengambaran Avatar sendiri memakan masa beberapa tahun dan kemudiannya dihantar ke beberapa bahagian dunia untuk process penambah baikan kualiti CG (computer graphic enhanced). Antara nama yang terlibat di dalam pemprosessan CG bagi Avatar adalah Digital Domain dan juga Weta digital.

Weta sebelum itu merupakan syarikat yang membantu filem ‘Lord of The Rings’ dalam mereka watak ‘Gollum’. Ia merupakan ciri-ciri penting yang diperlukan di dalam penghasilan Avatar. Walaupun di dalam Avatar lebih banyak perkara yang ingin dimuatkan oleh James Cameron seperti ciri-ciri ‘performance’ watak yang merupakan aspek penting di dalam sesebuah filem besar.

Selain daripada penghasilan filem James Cameron sendiri memetingkan bagaimana filem ini akan dipasarkan di seluruh dunia. Setiap ruang publisiti digunakan dengan baik seperti Comic-Con pada July, 2009. Ia merupakan perhimpunan peminat-peminat animasi, komik, video games dan apa sahaja mengenai dunia hiburan masa kini. Melalui publisiti di Comic-Con, Avatar mendapat impressi pertama daripada bakal penonton filem itu nanti pada penghujung tahun 2009.

Kini setelah beberapa tahun Avatar ditayangkan di pawagam ia akan dikeluarkan lagi dalam sequal secara berturut-turut pada tahun 2016, 2017 dan 2018. Ia sudah pasti mengubat rindu peminat untuk melihat lebih lanjut tentang Pandora dan bagaimana kehidupan orang-orang Na’Vi secara lebih dekat. Apakah yang masih lagi tersimpan di dunia Pandora yang ingin disampaikan oleh James Cameron nanti melalui filem-filem tersebut?

Apa yang jelas Avatar merupakan suatu hasil yang penuh dengan perancangan dan ketelitian yang dihasilkan oleh James Cameron. Sikapnya yang sentiasa mengekplorasi, belajar, sanggup menunggu, berkongsi idea, bersama terlibat dalam menghasilkan sesuatu yang diinginkannya dan banyak lagi sikap beliau yang menjadikan kerja-kerjanya sentiasa menakjubkan. Itulah yang menjadi misteri di sebalik kejayaan filem Avatar dan apa yang ingin saya sampaikan di dalam artikel saya kali ini.


Sama-sama kita nantikan filem beliau yang seterusnya.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

Selasa, 15 April 2014

Jangan Sesekali Memandang Rendah Bakat Orang Lain

The Beatles
The Beatles juga pernah gagal semasa ujibakat kerana dikhuatiri tidak akan disukai peminat.

Bakat tidak terletak pada paras rupa, usia dan sebagainya. Ia lebih bergantung kepada usaha seseorang dalam memajukan diri di dalam sesuatu bidang yang diminatinya. Ini mengingatkan kita bahawa setiap orang boleh mencapai kecemerlangan dalam apa jua lapangan, apa yang penting adalah usaha dalam memperbaiki kelemahan.

Di dalam video yang akan dipaparkan adalah sesi ujibakat yang dijalankan untuk rancangan X-Factor di Australia. Gadis yang akan menjalani ujibakat tersebut ialah Shiane Hawke, berusia 14 tahun. Mungkin kerana usia dan penampilan gadis ini, para juri dan penonton kelihatan kurang yakin dengan beliau. Namun segala-galanya berbeza sebaik sahaja gadis ini mula menyanyi.



Dalam bidang seni terdapat banyak artis yang hebat di mana pada mulanya dianggap tidak akan berjaya dalam bidang nyanyian mahupun lakonan. Malah ramai juga yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk berjaya dan menjulang nama mereka sebagai seorang penghibur ternama.

Begitu juga dalam bidang-bidang yang lain. Stephen Hawking misalnya adalah pelajar yang biasa sewaktu beliau di usia remaja dan menjadi seorang saintis yang terkenal pada abad ini. Mungkin ‘terkenal’ bukan perkara yang perlu menjadi fokus utama. Apa yang sepatutnya kita tumpukan adalah menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk segala lapangan yang kita ceburi.

Teruskan berusaha dan jangan sesekali memandang rendah kepada orang lain, bahkan diri anda sendiri. Selamat maju jaya.



MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.

Selasa, 18 Februari 2014

Pendapatan 30 Syarikat Berasaskan Internet


Amazon
Amazon bermula sebagai sebuah laman penjualan buku.

Mungkin kita tidak menyedari dalam kesibukan kita mengunakan internet dan melayari laman sesawang yang disediakan bagi memudahkan kita mendapatkan maklumat dan berurusan banyak membantu banyak syarikat membina kejayaan mereka dengan pendapatan berasaskan internet.

Di sini disenaraikan beberapa syarikat yang menyediakan pelbagai perkhidmatan yang berbeza namun berjaya menghasilkan pendapatan yang memberangsangkan. Melalui pendatapatan inilah mereka terus memperbaiki perkhidmatan mereka dan membina lebih banyak pendapatan.

Maklumat ini saya kongsikan bagi memberi kesedaran bahawa internet bukan sahaja menyediakan ruang untuk kita mendapatkan maklumat ataupun hiburan malah mampu membantu kita membangunkan perniagaan yang menguntungkan. Pendapatan yang memberangsangkan ini tidak semestinya datang daripada satu jenis perniagaan sahaja – seperti yang kita dapat lihat daripada senarai di bawah terdapat pelbagai syarikat daripada pelbagai latar belakang yang berbeza.

No.#
Laman
Pengasas
Pendapatan Tahunan (USD)
Per Saat
1
Larry Page and Sergey Brin
$21,800,000,000
$691.27
2
Jeff Bezos
$19,166,000,000
$607.75
3
Jerry Yang and David Filo
$7,200,000,000
$228.31
4
Pierre Omidyar
$6,290,000,000
$199.45
5
Nathan Myhrvold
$3,214,000,000
$101.92
6
Max Levchin, Peter Thiel, and Luke Nosek
$2,250,000,000
$71.35
7
Jeff Robbin
$1,900,000,000
$60.25
8
Marshal Vace
$1,892,000,000
$59.99
9
Jesse Fink
$1,884,000,000
$59.74
10
Added Mark Schroeder
$1,447,000,000
$45.88
11
Reed Hastings
$1,200,000,000
$38.05
12
Terry Jones
$1,100,000,000
$38.05
13
Nick Swinmurn
$1,000,000,000
$31.71
14
David Litman
$1,000,000,000
$31.71
15
Erik Prince
$968,000,000
$30.70
16
Jeff Katz
$870,000,000
$27.59
17
Robert Brazell
$834,000,000
$26.45
18
Tom Anderson
$800,000,000
$25.37
19
Niklas Zennstrom
$550,841,000
$17.47
20
Zhang Chaoyang
$429,000,000
$13.60
21
Robb Brock
$400,000,000
$12.68
22
Eric Baker
$400,000,000
$12.68
23
Jack Ma
$316,000,000
$10.02
24
Mark Zuckerberg
$300,000,000
$9.51
25
Chad Hurley, Steve Chen and Jawed Karim
$300,000,000
$9.51
26
Mark Vadon
$295,000,000
$9.35
27
Stephen Kaufer
$260,000,000
$8.24
28
Mark Getty
$233,200,000
$7.39
29
Garry Itkin
$207,000,000
$6.56
30
Henry Jarvis Raymond
$175,000,000
$5.55

Gmail merupakan antara servis yang disediakan oleh Google secara percuma.

Bagi yang meminati kerjaya berasaskan IT diharap akan terus berusaha untuk memastikan mereka memajukan diri dalam bidang yang mampu membantu mereka membina peluang mereka sendiri. Internet sepatutnya dapat menjana kejayaan dan bukannya menjadikan kita hanya sebagai pengguna yang leka dengan bahan-bahan hiburan yang melalaikan.


Diharap paparan ini sedikit sebanyak memberi anda gambaran akan peluang yang disediakan oleh teknologi internet. Adalah tidak mustahil sekiranya anda memupuk minat dalam bidang yang berguna seperti ‘programming’ misalnya yang amat penting dalam membolehkan anda membangunkan laman-laman yang menjana pendapatan.



Free Download



Isnin, 27 Ogos 2012

Siapakah Frank Gehry Pereka Yang Dinobatkan Oleh Mark Zuckerberg Untuk Pembangunan Pejabat Facebook Yang Baru?

Frank Owen Gehry dalam perbincangan

Nama sebenarnya adalah Frank Owen Gehry dilahirkan pada 28 Febuari 1929 adalah seorang arkitek terkemuka yang telah membina banyak bangunan terkemuka dunia. Seterusnya menarik minat pengasas Facebook Mark Zuckerberg untuk proses pembangunan pejabat Facebbok seterusnya di Melno Park, berhampiran Paulo Alto, California.

Nama sebenar beliau semasa dialhirkan adalah Frank Owen Goldberg  di Toronto, Ontario kepada pasangan Irwin dan Thelma yang berketurunan Yahudi Poland. Semasa kecil beliau diberi galakan oleh neneknya untuk membina bangunan menggunakan kepingan terbuang dari kedai datuknya. Menggunakan lantai ruang riadah rumah sebagai tempat beliau mereka bangunan-bangunan mengikut kretiviti pemikiranya pada masa itu. Manakala beliau juga sering meluangkan masa bersama ibu bapanya untuk melukis di mana ia turut diperkenalkan dengan dunia seni. Walaupun bapanya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada beliau, ibunya tetap memberikan galakan tentang potensinya.

Pada 1947 beliau berpindah ke California dan bekerja sebagai pemandu trak penghantaran. Pada masa itu beliau belajar di Los Angeles City College. Di sana beliau mencuba beberapa bidang termasuk pengacara radio, serta chemical engineering di mana beliau mendapati bidang tersebut tidak begitu sesuai dengan dirinya. Sehingga beliau mengingati kembali minatnya pada seni, muzik dan zaman kecilnya sendiri bersama galakan neneknya. Ini membawa beliau untuk mencuba kepada bidang arkitek (senireka).

Bangunan di New York
Pada tahun 1952, beliau berkahwin dengan Anita Snyder dan dalam tahun 1956 beliau menukar namanya kepada Frank O. Gehry atas dorongan isterinya bagi mengurangkan tekanan anti -Yahudi pada masa itu. Gehry mendapat kecemerlang dengan Bachelor of Architecture degree dari USC (University of Southern California) pada tahun 1954. Ini diikuti dengan perkhidmatan di dalam tentera  dan berpindah ke Cambridge pada tahun 1956 untuk menuntut dalam bidang perancangan Bandar dari Harvard Graduate School of Design. Beliau tidak menamatkan pengajiannya dalam bidang ini dan terpaksa meninggalkannya dengan kecewa. Peluang baginya terbuka apabila diberikan peluang dalam satu projek bersama professornya dalam pembinaan istana oleh seorang dictator Cuba iaitu Fulgencio Batista (1901-1973).

Pada tahun 1966 beliau bercerai dengan isterinya Anita Snyder dan berkahwin dengan Panamian Berta Isabel Aguilera pada tahun 1975 (pasangannya hingga ke hari ini). Beliau mempunyai dua anak perempuan melalui perkahwinan yang pertama dan dua anak lelaki daripada perkahwinannya yang kemudian.

Sumbangan belaiu pada dunia senibina tidak sentiasa diterima dengan baik oleh para pengkritik. Namun hasil kerja yang dihasilkan di seluruh dunia jelas menunjukkan penerimaan orang ramai yang meminati senibina yang berbeza. Malah pembianan The Walt Disney Concert Hall di Downtown Los Angeles juga mengalami pelbagai masalah dengan kos pembinaan tambahan sebanyak $174 juta. Wow, bagi sebuah firma arkitek mungkin ini merupakan satu tamparan hebat. Namun perlu diingat mengenai kos keseluruhan projek juga dan punca-punca tambahan kos.

Disney Concert Hall rekaan yang popular.
Novartis Pharma
Untuk memberi gambaran tentang hasil usaha beliau terhadap dunia senibina mari kita lihat beberapa rekaan beliau di serata dunia;


i) Virta Design Museum, Weil am Rhein, Germany di bina pada tahun 1989 antara bangunan yang mempunyai ciri-ciri pembinaan beliau yang berikutnya.

ii) Disney Village, Disneyland Paris, France di bina pada tahun 1992 sebagai sebahagian daripada komplek Disneyland Paris.

iii) Olympic Fish, Olympic Village, Barcelona, Spain juga dibina pada tahun 1992 yang menjadi mercu tanda Perkampungan Olympic pada tahun tersebut.

iv) Dancing House, Prague, Czech Republic pada tahun 1995 adalah kerjasama di antara pereka Croatia-Czech, Vlado Milunic dan Frank Gehry.

v) Guggenheim Museum Bilbao, Bilbao, Spain di bina pada tahun 1997 mempunyai ciri-ciri pembinaan Gehry yang berikutnya.

vi) Gehry Tower, Hanover, Germany di bina pada tahun 2001 dengan ciri-ciri istimewa iaitu bangunan yang kelihatan seakan-akan berputar.

vii) Walt Disney Concert Hall, Los Angeles, California di bina ada tahun 2003 yang menjadi ikon dan juga menjadi bahan krikitan kepada Gehry.

viii) MARTa Museum, Herford, Germany di bina pada tahun 2005, di mana rupa bentuk mempunyai ciri-ciri seperti Walt Disney Concert Hall.

ix) Novartis Pharma A.G. Campus, Basel, Switzerland di bina pada tahun 2009 juga mempunyai ciri-ciri yang sama dengan Walt Disney Concert Hall, tetapi menggunakan bahan binaan yang berbeza.

x) New York by Gehry at Eight Spruce Street, New York City, New York di bina pada tahun 2011 menampilkan ciri-ciri kelainan pada bangunan pencakar langit. Keunikan bangunan ini jelas menunjukkan keunikan beliau dalam kerja-kerja senibina.

xi) Opus Hong Kong, Hong Kong, China juga di bina pada tahun 2011 menampilkan ciri-ciri unik senibina untuk bangunan kediaman 12 tingkat.


Banyak lagi bangunan-bangunan yang dalam proses pembinaan membabitkan penglibatan belaiu sebagai pereka antaranya termasuklah Guggenheim Abu Dhabi, Abu Dhabi, United Arab Emirates yang dijangka akan siap pada tahun 2013.

Walaupun sering di kritik akan rekabentuk yang kurang esktetik , Frank Gehry tetap merupakan seorang pereka yang diminati di seluruh dunia. Mungkin juga belau hanya dilantik oleh syarikat pembangun dan banyak lagi faktor yang perlu diambil kira bila ianya melibatkan dunia perniagaan global. Apa yang saya harap penampilan artikel ini sedikit sebanyak dapat memberikan inspirasi tentang pembangunan diri seseorang terhadap minat mereka pada sesuatu bidang.

Dancing House, Prague
Guggenheim Abu Dhabi, Abu Dhabi, United Arab Emirates suatu lagi mercu tanda di UAE.


Free Download



Arkib Blog