Jumaat, 19 Februari 2016

Industri Penternakan Tiram di Seluruh Dunia

Jenis-jenis tiram yang juga menjadi bahan makanan.

Seperti biasa tinjauan yang lebih dekat dilakukan untuk industri tiram pula. Walaupun kita mengetahui bahawa tiram diternak untuk mendapatkan mutiara, ia juga merupakan salah satu sumber makanan yang digemari. Industri tiram juga merupakan industri berbillion dolar di seluruh dunia.

Sehingga kini negara China masih lagi merupakan negara pengeluar tiram yang paling banyak dengan keupayaan penghasilan tiram sebanyak 20 tonnes untuk mutiara laut dan 1,500 tonnes mutiara air tawar pada tahun 2010. Manakala Australia pula mengeluarkan sejumlah 10 tonnes mutiara daripada Laut Selatan pada tahun yang sama. Ini tidak termasuk dengan negara-negara lain yang turut mengeluarkan mutiara termasuk Malaysia sendiri.

Negara China merupakan antara negara tertua yang mengeluarkan mutiara. Beberapa daerah seperti Hepu dan Behai telahpun mengeluarkan mutiara seawal Dinasti Han pada abad ke-3 AD. Manakala penemuan mutiara di laut dan tasik telahpun direkodkan sejak dari kurun ke-4 BC.

Panternakan tiram air tawar di China.
Penternakan tiram di laut, China.

Daerah-daerah terkenal dengan penternakan mutiara air masin adalah seperti Guangxi dan Guangdong. Manakala bagi mutiara air tawar pula, tiram diternak di dalam sungai, kolam dan tasik di Zhejiang, Jiangsu, Hunan dan Anhui. Tiram air masin boleh menghasilkan hanya satu hingga dua biji mutiara sahaja berbanding tiram air tawar yang boleh menghasilkan mutiara sehingga 30 – 50 biji mutiara dalam satu masa. Namu begitu mutiara tiram air tawar kurang berkualiti dan adalah lebih murah.

Teknik penternakan dan jumlah penternakan sentiasa berubah di China. Malah kesan kepada persekitaran juga memberi kesan kepada industri ini. Sebagai contoh, penggunaan najis haiwan dan baja yang digunakan untuk menggalakkan pertumbuhan alga/plankton yang menjadi makanan tiram di dalam kolam (yang digali dari bekas sawah). Di mana penggunaan baja tersebut turut mempengaruhi kualiti air sumber air berdekatan.

Berbeza dengan penternakan tiram air tawar, penternakan tiram air masin menggunakan beberapa teknik untuk memastikan tiram-tiram dapat dijaga dengan baik dan mengurangkan kerugian kematian dan sebagainya. Apatah lagi bagi tiram yang telah ‘ditanam’ dengan ‘nukleus’ mutiara bagi tujuan mendapatkan mutiaranya nanti.

Teknik Sangkar (Cage Culture)

Teknik sangkar.

Anak-anak tiram dimasukkan ke dalam bekas jaring sebelum diletakkan di dalam sangkar yang tidak menyentuh dasar pasir. Sangkar ini perlu dipastikan tidak tenggelam ke dalam pasir dan juga tidak terapung ke permukaan air. Penggunaan sangkar dapat membantu anak-anak tiram melawan pukulan ombak serta ruang pembesaran yang cukup.

Rak dan Beg (rack-and-bag)

Teknik rak dan beg.

Dalam teknik ini, tiram-tiram akan dibungkus di dalam beg jaring dan diletakkan di atas rak besi yang disusun seperti para. Bagi teknik ini, ia adalah sesuai digunakan bagi kawasan yang mempunyai kadar air surut yang rendah untuk membolehkan kerja-kerja penyelengaraan dilakukan dengan mudah dan lancar.

Dulang (tray)

Teknik dulang.

Mempunyai konsep yang sama seperti penggunaan beg, hanya dalam teknik ini bekas yang lebih rata digunakan untuk menyusun anak-anak tiram dan menyediakan ruang untuknya terus membesar. Dulang-dulang ini pula kemudiannya diletakkan sama juga seperti dalam kaedah sangkar tadi.

Permukan atau Terapung (surface or floating)

Teknik terapung.

Bagi kaedah ini penggunaan peralatan yang mampu terapung digunakan. Bekas-bekas simpanan anak-anak tiram ini akan terapung mengikut ombak yang adakalanya mungkin agak besar. Namun begitu peralatan ini akan memastikan ia akan sentiasa berada di dalam air. Apabila bekas-bekas ini ditumbuhi alga ia akan diterbalikkan untuk mendedahkannya kepada cahaya matahari dan udara untuk mengeringkannya.

Teknik gantung (suspended)

Teknik gantung.

Dalam teknik ini, anak-anak tiram diletakkan di dalam beg bersama-sama dengan pelampung. Sangkar pula akan digantung supaya tidak mencecah ke dasar pasir. Sangkar akan terapung mengikut paras air dan alunan ombak. Ketegangan dawai perlu dikawal untuk memastikan ia sentiasa tergantung dengan kemas. Kaedah ini mempunyai kesan yang sama dengan kaedah permukaan di mana ia akan berubah mengikut keadaan permukaan laut.

*teknik penternakan boleh diikuti dengan lebih lanjut melalui laman Pangeashellfish.com


Seperti yang dikatakan seawal tadi terdapat pelbagai jenis tiram yang dipelihara di seluruh dunia untuk tujuan penghasilan mutiara dan juga sebagai bahan makanan.  Anda boleh melihat sendiri jenis-jenis tiram melalui laman web OysterFinder ataupun Marinelli Shellfish sebagai panduan. 




Free Download



Khamis, 18 Februari 2016

Bagaimana Mutiara Dibuat Oleh Tiram

Mutiara di dalam tiram.

Mutiara adalah sejenis bahan yang dihasilkan bukan sahaja oleh tiram sebenarnya, tetapi oleh kebanyakan hidupan yang sejenis dengan tiram. Proses pembentukan mutiara semulajadi adalah sukar ditemui. Maka hari ini mutiara yang dihasilkan adalah melalui industri penternakan tiram yang dipelajari sejak ribuan tahun dahulu.

Mutiara sebenarnya dihasilkan daripada ‘calcium carbonate’sama juga seperti bahan untuk menghasilkan cengkerang kulit-kulit hidupan tersebut. Lapisan ini digunakan untuk menyaluti bahan yang termasuk ke bahagian dalam tiram yang mungkin terdiri daripada benda asing seperti pasir dan bahan-bahan lain. Benda asing ini boleh mengakibatkan kecederaan pada bahagian lembut dalam tiram, maka ia akan disaluti dengan ‘nacre’ yang juga dikenali sebagai ‘mother of pearl’. Bahan ini dapat dilihat pada bahagian dalam kulit tiram mahupun hidupan bercengkerang yang lain.

Pelbagai jenis mutiara yang dihasilkan oleh hidupan.

Antara proses mengekstrak mutiara dari tiram.

Selain daripada digunakan untuk membuat bahan perhiasan, mutiara juga digunakan di dalam bahan kosmetik, ubat-ubatan dan juga cat. Manakala mutiara yang terdapat hari ini kebanyakannya adalah yang dihasilkan melalui industri penternakan tiram. Bagi memastikan tiram-tiram tersebut menghasilkan mutiara pula, benda asing dimasukkan ke dalam tiram untuk disaluti dengan ‘nacre’ dan menghasilkan mutiara.


Sejak sekian lama mutiara menjadi antara bahan beharga. Walaupun hari ini ia boleh didapati dengan lebih murah, ia masih lagi memerlukan tiram untuk menghasilkannya. 

Mahkota yang dihasilkan daripada mutiara asli.

Mutiara hitam dan tiram.


Free Download



Rabu, 17 Februari 2016

Pecutan Terpaling Pantas Dunia Hidupan Yang Menakjubkan

Pilobolus crystallinus dengan spora yang akan dilancarkan

Sejenis fungus iaitu dikenali sebagai  "Dung Cannon" atau "Hat Thrower" (Pilobolus crystallinus) merupakan sejenis fungus yang hidup di atas najis haiwan pemakan tumbuhan seperti lembu dan kuda. Satu daripada kelebihan fungus ini yang tidak kita perasan selama ini adalah ia mempunyai satu kelebihan berbanding dengan organisma lain adalah – pecutan yang menakjubkan.

Oleh kerana ia bersaiz kecil dan perlu menyebarkan benih sporanya jauh daripada tempat di mana ia tumbuh (kerana haiwan seperti lembu tidak akan makan di tempat mana najisnya jatuh). Fungus ini perlu menyebarkan benihnya itu sejauh yang boleh dan ini memerlukan suatu kuasa yang sangat istimewa.


Kumpulan fungus 'Dung Cannon'

Fungus yang tumbuh di atas najis haiwan - membantu proses penguraian.

Kuasa yang tersimpan di dalam kandul cecair akan melancarkan sporangium sejauh 2 meter.

Saiz fungus ini adalah di antara 2 – 4 cm (0.8–1.6 in) tinggi, namun ia mampu untuk melancarkan “sporangium” (kandul spora)nya sehingga berjarak 2 meter (6.6 ft). Kebolehan ini terhasil daripada tekanan tinggi yang dihasilkan oleh cecair yang terkandung didalam pelancar “sporangium” tersebut sehingga ia mampu memecut 0-45 mph dalam satu millimeter pertama ia mula dilancarkan.  Di mana pecutan ini adalah bersamaan dengan 20,000g. Cecair daripada kandul pelancar itu juga membolehkan ia melekat di mana ia mendarat sebelum menjadi makanan haiwan lain dan proses yang sama terus berulang.


Anda boleh menonton video yang dirakamkan oleh BBC yang mana manunjukkan keupayaan fungus ini dalam melancarkan sporanya berbanding dengan beberapa senjata api. Oleh kerana ia sejenis hidupan yang kecil, maka mungkin selama ini kita tidak menyedarinya. Namun ini menunjukkan keupayaan menakjubkan ini telah lama dimiliki secara semulajadi di dalam alam.






Free Download



Isnin, 15 Februari 2016

Lebih Daridapa Sekadar Drone - PowerEgg

PowerEgg bukan sebiji telur.

Dunia drone melangkah lebih jauh dengan drone yang dihasilkan oleh Powervision Robot yang menghasilkan PowerEgg dengan kipas yang dilipat kemas membentuk seperti sebiji terlur apabila disimpan. PowerEgg merupakan sebuah “quadcopter’ yang dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri menarik yang lain.

PowerEgg boleh disimpan kemas apabila tidak digunakan dan membentk seperti sebii telur ayam yang mudah dibawa. Ia mengambil masa 18 bulan untuk direka oleh Powervision yang juga merupakan sebuah syarikat yang bertapak di Beijing, China. Selain daripada ciri-ciri mudah disimpan ini, ia juga dibina dengan mengutamakan ciri-ciri ‘compact’ dan stabiliti.

Rekabentuk unik yang mudah disimpan.

Rotor yang sesuai untuk stabiliti.

Selain daripada dilengkapi dengan sayap kipas yang lebih besar; dibina dengan menggunakan kepakaran engineering yang berbeza daripada drone-drone biasa. PowerEgg sebenarnya dilengkapi dengan kamera ‘panoramic’ 4K HD dengan keupayaan 360 darjah pada 3 paksi.

PowerEgg akan dilengkapi dengan beberapa ciri-ciri canggih lain untuk memenuhi keperluan pengguna seperti ‘long-range’, ‘real-time video’ selain daripada “optical flow sensor” untuk kegunaan dalaman (indoor).

Spesifikasi penuh PowerEgg masih belum dikeluarkan, namun ia memperlihatkan potensi yang cukup besar untuk menjadi peralatan yang penting dalam membantu banyak aktiviti para pengguna diluar. Sama-sama kita nanti PowerEgg berada di pasaran dan juga pencabar-pencabarnya nanti yang mungkin lebih canggih.


PowerEgg bakan mengubah rekabentuk dan fungsi drone.

Sesuai untuk digunakan dalam pelbagai keadaan.






Free Download



Ahad, 14 Februari 2016

Mikro Post: Ular Paling Berbisa Inland Taipan

Inland Taipan mempunyai bisa yang sedikit tetapi amat kuat.

Ular Inland Taipan juga dikenali sebagai Fierce Snake (Oxyuranus microlepidotus) merupakan ular yang paling berbisa kerana mengandungi bisa dengan kandungan toksid LD50 paling tinggi di antara ular-ular lain. Walaupun ia berbisa ia jarang menyebabkan kematian kepada manusia kerana mendiami kawasan yang jauh dari penempatan manusia.

Walaupun jauh lebih berbisa, spesis ini tidak se-agresif jenis terdekatnya iaitu ‘coastal taipan’ (Oxyuranus scutellatus). Ia lebih senang lari menyembunyikan diri berbanding berhadapan dengan musuh – melainkan ia berhadapan dengan mangsa yang menjadi makanannya. Sehubungan itu kehebatan bisanya tidak diketahui melainkan setelah melakukan ujian ke atas bisa tersebut.

Ular ini terdapat di Australia terutama di kawasan bertanah hitam dan juga kawasan separuh kering di mana kawasan antara Queensland dan Selatan Australia bertemu. Kawasan ini agak kurang dihuni dan hanya menjadi kawasan hidupan-hidupan liar sahaja.

Kawasan yang menjadi habitat Inland Taipan.

Posisi Inland Taipan sebelum menyerang.

Ular ini jarang menghampiri penempatan manusia.

Ia mempunyai saiz purata 1.8 meter (5.9 ft.) dan ada di antaranya yang mencapai saiz sehingga 2.5 meter (8.2 ft.). Manakala taringnya pula adalah sekitar 3.5 ke 6.2 mm panjang (sedikit lebih pendek daripada coastal taipan).

Ia mempunyai bisa yang sedikit, namun ia hanya menghasilkan sebanyak 0.025 mg/kg pada sekali patukan untuk membunuh tikus. Berbanding dengan ular-ular lain di mana mengeluarkan bisa yang lebih tinggi pada patukan mereka seperti beaked sea snake (Enhydrina schistosa) 0.164 mg/kg, Indian cobra 0.565 mg/kg, manakala North American eastern diamondback rattlesnake 11.4 mg/kg.


Patukan ular ini boleh membawa maut kepada manusia dan rawatan dengan ‘antivenom’ diperlukan dengan segera. Antivenon untuk bisa inlang taipan ini dihasilkan oleh  Australian Reptile Park dan juga Commonwealth Serum Laboratories di Melbourne.

Inland taipan semasa musim sejuk.

Inland taipan semasa musim sejuk.


Free Download



Arkib Blog