Selasa, 15 April 2014

Keunikan Hidupan Laut Dalam, Flapjack Octopus

Flapjack sedang berehat di dasar laut.

Flapjack Octopus (Opisthoteuthis californiana) adalah dari jenis sotong kurita yang menghuni lautan dalam. Apa yang menarik ia merupakan sejenis hidupan laut dalam yang sangat comel berbeza dengan haiwan laut dalam yang kelihatan agak ganjil. Oleh kerana ia comel ia turut menjadi karakter pilihan di dalam animasi Pixar, Finding Nemo dan memegang watak ‘Pearl’.

Flapjack Pearl
Flapjack octopus sebagai 'Pearl' di dalam Finding Nemo.

Terdapat beberapa spesis Flapjack di serata dunia yang menghuni lautan pada kedalaman 350 meter sehingga 560 meter (1000 – 1650 kaki) dari lautan berhampiran California sehinggalah ke kepulauan Honshu, Jepun. Seperti mana yang kita ketahui untuk mendiami lautan pada kedalaman tersebut hidupan itu perlu dilengkapi dengan keistimewaan yang berbeza daripada hidupan pada kedalaman yang kurang.

Sotong flapjack amat comel kerana ‘tentacle’ nya lebih pendek daripada sotong kurita yang lain. Selain itu ia juga mempunyai dua bahagian di atas kepalanya yang menyerupai telinga dan boleh menjadi leper seperti sebuah pinggan. Apabila ia di dalam keadaan normal ia mirip sekali dengan character kartun yang comel kerana ia berbentuk bulat seperti bola.

Flapjack octopus
Flapjack di habitat asal mereka.

Untuk bergerak Flapjack octopus boleh memilih untuk berenang dengan tentacle nya atau mengunakan pemancut air, mala kedua bahagian seperti telinga itu juga boleh digunakan untuk membantu ia berenang. Makanan sotong ini terdiri daripada hidupan-hidupan kecil yang terdapat di lantai lautan dalam.

Bagi membantu anda melihat serba sedikit tentang bagaimana sotong Flapjack bergerak di dalam air mari kita lihat beberapa video berkaitan. Semoga dengan ini ai akan membantu untuk kita lebih berminat untuk mengenali dan mencari lebih banyak hidupan samada di darat mahupun laut serta mempelajari keajaiban alam ini.





Oh, ya! Sekiranya anda mengetahui akan binatang-binatang yang istimewa untuk dikongsi bersama bolehlah tuliskan di ruangan komen. Terima kasih.


Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog