Khamis, 25 Jun 2015

Mikro Post; Belut (Eel)

Belut mempunyai rupa bentuk seperti ular.

Belut atau juga dikenali sebagai “eel”merupakan sejenis ikan yang tergolong di dalam ‘oder’ Anguilliformes yang mengandungi empat sub-order, 20 family, 111 genus dan sekitar 800 spesies. Eel pada asalnya merujuk kepada spesies belut di Eropah namun ia kemudiaannya turut merujuk kepada semua jenis ikan yang hampir sama dengannya termasuk belut elektrik dan juga ‘spiny eels’ yang bukan tergolong di dalam order Anguilliformes.

Belut mempunyai rupa bentuk yang berbeza daripada ikan malah menyerupai ular. Terdapat pelbagai saiz belut daripada sekecil 5 cm (2 in) seperti (Monognathus ahllstromi) sehinggalah kepada belut berukuran 4 m (13 ft) ‘giant moray’ yang tinggal di laut. Mempunyai berat di antara 30 g (1.1 oz) sehinggalah melebihi 25 kg (55 lb). Jadi apakah yang membezakan ikan ini daripada ular? Belut mempunyai sirip ‘dorsal’ dan sirip ‘anal’ yang memanjang sehingga ke ekornya selain daripada bernafas menggunakan insang.


European conger yang mencapai berat paling tinggi.

Belut merupakan spesies pemburu yang keluar di malam hari dan tinggal di dalam lubang-lubang samada di sungai, kolam mahupun tasik, malah belut-belut yang tinggal di laut juga kebiasaannya tinggal di dalam lubang-lubang mereka sendiri.

Terdapat spesies belut yang tinggal sehingga ke kedalaman 4,000 m (13,000 ft), manakala spesies Anguilla pula kebiasaannya tinggal di perairan air tawar dan kembali ke laut hanya untuk membiak – berbeza dengan spesies salmon yang kembali ke tasik/sungai untuk membiak. Belut yang terpaling berat pernah direkodkan adalah daripada jenis European conger yang mencapai panjang 3 meter (10 ft) dan berat 110 kg (240 lb).


Moray eel yang tinggal di laut.

Seperti juga ikan-ikan yang lain, anak belut menetas daripada telurnya dan lahir sebagai larva (leptocephali) yang lutsinar. Bersaiz amat kecil ia dihanyutkan oleh air dan memakan hidupan kecil lain atau alga. Peringkat seterus tumbersarannya adalah menjadi ‘glass eels’ sebelum mencapai ke peringkat elvers dan bersedia untuk mencari kawasan habitatnya mencapai dewasa – sungai-sungai dan tasik air tawar. Perjalanan belut-belut ini seperti biasa akan menempuh pelbagai halangan yang hari ini dibina oleh manusia seperti empangan, parit, kolam, perangkap sampah dan sebagainya.

Namun begitu belut tetap merupakan ikan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi, beberapa spesies yang popular adalah;
  • American eel (Anguilla rostrata)
  • European eel (Anguilla anguilla)
  • Japanese eel (Anguilla japonica)
  • Short-finned eel (Anguilla australis)
'Gerookte paling' - Dutch smoked eel.

Belut sungai yang dikenali sebagai ‘unagi’ di dalam Bahasa Jepun dan ‘anago’ iaitu belut laut merupakan antara makanan yang popular di Jepun bagi masakan seperti unadon dan juga unajū. Malah ia juga merupakan antara sajian istimewa dalam masakan China. Di Hong Kong harga belut boleh mencapai sehingga 1,000 HKD (128.86 USD) per kg dan adakalanya mencecah sehingga 5,000 HKD. Begitu juga belut-belut Eropah dan di Amerika, ia turut dijadikan makanan atau dieksport ke luar negara. Jadi boleh dikatakan setiap bahagian dunia mempunyai kaedah tersendiri penyediaan makanan belut ini.

Walaupun ia mungkin bukan pilihan makanan semua orang, belut tetap merupakan sejenis ikan yang istimewa. Selain daripada perjalanan hidupnya yang unik iaitu daripada laut ke sungai merentasi pelbagai dugaan dan menjadi makanan istimewa manusia di seluruh dunia. Ya, mungkin di lain masa kita boleh melihat keunikan belut-belut ini secara lebih terperinci.



Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog