Selasa, 10 November 2015

Tag Heuer Kini Tampil Dengan Smartwatch

Akhirnya "smartwatch' yang memenuhi permintaan peminat jam tangan.

Dunia jam tangan mewah merupakan satu dunia tersendiri sama juga seperti dunia fesyen. Antara jenama jam yang berpengaruh di dalam lapangan  ini adalah jam-jam yang dikeluarkan dari syarikat Swiss yang telah diakui mempunyai kualiti yang terbaik dan salah satu daripanya adalah Tag Heuer. Namun dengan kepesatan dunia digital (dengan kebangkitan smartwatch) jam-jam tangan mekanikal biasa mungkin satu hari nanti akan dilupakan! Tidak mustahil!

Berbeza dengan jam-jam tangan berkualiti tinggi yang dihasilkan di Swiss ini, ianya dihasilkan dengan kualiti yang jauh berbeza dari jam-jam biasa. Ia bukan sahaja direka dengan rekabentuk yang cantik malah mempunyai ketepatan tinggi, bahan berkualiti malah memberikan pemakainya ‘keyakinan diri’ semasa tampil di khalayak ramai. Maka penglibatan Tag Heuer di dalam lapangan ‘smartwacth’ ini adalah satu usaha yag amat dinanti-nantikan oleh para peminatnya.


Terdapat banyak jenama "smartwatch" di pasaran.


Bolehkah Tag Heuer bersaing untuk jam tangan digital ini.

Persaingan

Menyedari ia berada jauh di belakang pengeluar barangan digital yang lain seperti Apple dengan iWatch dan syarikat-syarikat lain seperti Samsung, LG, Sonny dan lain-lain lagi, Tag Heuer mendapatkan bantuan Intel untuk menghasilkan processor bagi jam tangan digitalnya.

Bantuan kepakaran dari Intel ini merupakan suatu faktor yang penting untuk membolehkan Tag Heuer menghasilkan sebuah jam tangan yang mampu bersaing dengan jam tangan berjenama lain terutamanya Apple yang sememangnya telah mendapat sebahagian daripada pasaran jam tangan smartwatch ini.

Gabungan ini menyebabkan jam tangan digital Tag Heuer tidak ditandakan dengan label “Swiss Made” sebaliknya akan disertakan dengan label lain iaitu “Intel Inside” dan juga “Swiss Engineered”. Ini kerana untuk ditandakan dengan label “Swiss Made” sesebuah jam tangan perlu mematuhi pelbagai garis panduan yang ketat.


TAG Heuer antara pengeluar jam tangan Swiss yang berpengaruh.

Pasaran

Jam tangan Tag Heuer sudah tentunya akan menggunakan ‘platform’ Android, jadi ia merupakan satu lagi kerjasama bersama Google selain daripada Intel. Jam tangan yang dikenali sebagai siri “Tag Heuer Connected” ini akan berada pada harga $1,500 dan kira-kira 1,000 buah jam tangan disediakan di 15 buah kedai di serata United States dan ini akan diikuti di Britain, Germany dan Japan.

Seperti lain-lain rekaan jam tangan berkualiti daripada Tag Heuer ia mempunyai bingkai yang diperbuat daripada titanium, tali getah hitam dan skrin paparan digital. Rekaan dari Tag Heuer ini lebih mirip kepada rekaan jam tangan klasik – dan ia merupakan rekaan yang sememangnya diminati oleh para peminat Tag Heuer.


Kualiti dan ketahanan sinonim untuk Tag Heuer.

Sebelum ini Tag Heuer pernah menghasilkan telefon pintar Android pada tahun 2011. Jadi tidak hairanlah mengapa ia merupakan jenama jam tangan Swiss pertama yang akan tampil dengan ‘smartwatch’ pula. Telefon pintar yang dihasilkan oleh Tag Heuer mempunyai ciri-ciri seperti kalis air, tahan gegaran, menggunakan kaca Gorilla Glass dan mempunyai ciri-ciri ringan dan tahan lasak. Ia sudah tentu disudahi dengan ciri-ciri kemewahan dan kehalusan yang lain.


Usaha yang dilakukan oleh Tag Heuer ini merupakan satu usaha yang baik dan perlu dicontohi oleh pengeluar jam-jam tangan mewah yang lain. Ia juga merupakan satu lagi strategi bijak dalam dunia perniagaan yang perlu kita contohi – iaitu perubahan mengikut masa. Mungkin kita akan melihat lebih banyak lagi jenama terkemuka di masa-masa akan datang.




Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog