Wednesday, June 10, 2015

Misteri Kehilangan Lebah

Lebah merupakan ejen pendebungaan penting.

Berita mengenai kehilangan lebah sering diketengahkan memandangkan kepetingan serangga ini sebagai ajen pendebungaan yang memastikan sektor pertanian yang juga membekalkan sumber pemakanan kepada manusia tidak terjejas. Banyak teori-teori yang dikeluarkan berkenaan dengan perkara ini, namun tiada bukti yang kukuh bagi menyokong kebenaran dakwaan mereka. Apakah sebenarnya yang menyebabkan kehilangan serangga penghasil madu ini hilang?

Seperti juga hidupan-hidupan yang lain, lebah juga mempunyai musuh semulajadi atau dikenali sebagai parasit bagi serangga ini. Mungkin banyak perkara yang masih belum kita ketahui mengenai serangga ini sehingga kajian terperinci dijalankan mengenai kejadian sebenar yang menyebabkan semakin banyak lebah hilang atau mati.

Kematian besar-besaran lebah akibat serangan penyakit.
Kejadian yang menimpa serangga ini adalah disebabkan fakor-faktor semulajadi – iaitu serangan parasit dan penyakit. Parasit yang terdiri daripada hama dan juga fungus yang boleh menyebabkan lebah-lebah ini menjadi lemah, sakit dan seterusnya mati. Mengapakah perkara ini berlaku dengan tiba-tiba? Jawapannya seperti mana yang anda ketahui dalam artikel sebelum ini adalah – spesis musuh asing (dari luar kawasan) yang tidak dapat diatasi oleh lebah-lebah ini.

Ini bukanlah kali pertama kejadian seumpama ini berlaku. Kejadian yang serupa pernah berlaku di Buckfast Abbey di Barat Daya England pada tahun 1915. Ini menyebabkan pengusaha ternakan labah tersebut cuba untuk menghasilkan lebah yang tahan terhadap penyakit yang menyerangnya. Satu-satunya teknik yang ada pada waktu itu adalah dengan teknik kacukan jenis-jenis lebah yang dikumpulkan daripada beberapa kawasan di serata dunia termasuklah dari kawasan Crete, Sahara, Morocco dan Gunung Kilimanjaro dan akhirnya menghasilkan spesis lebah ‘Buckfastbee’.

Lebah yang diserang hama - 'Varroa destructor'.

Namun kali ini apa yang menyerang lebah-lebah di Eropah dan Amerika adalah sesutau yang belum pernah berlaku sebelumnya – serangan hama yang dikenali sebagai ‘Varroa destructor’ yang berasal dari Asia. Hama ini amat halus dan menyerang bukan sahaja lebah dewasa malah memasuki ruang penetasan telur lebah yang menyebabkan anak-anak lebah menjadi cacat dan tidak sihat apabila membesar. Serangan ini kemudiannya berpindah ke koloni yang lain apabila lebah-lebah ini cuba untuk menyerang koloni lain akibat kekurangan makanan.

'Verroa destructor' - secara dekat.
Namun kisah yang berlaku di Englad pada tahun 1915 menjadi inspirasi para saintis untuk menghasilkan lebah-lebah baru yang mempunyai daya tahan untuk serangan kali ini. Antara usaha yang dijalanakan seperti di Washington State University yang membuka “bank sperma lebah” untuk memastikan proses pembiakan silang antara lebah-lebah dapat menghasilkan lebah yang lebih tahan terhadap serangan penyakit ataupun serangan seperti hama ini. Ini kerana hama bukan sahaja makan daripada anak lebah malah menyebarkan bakteria dan virus yang menyebabkan lebah-lebah ini menjadi lemah.


Apa yang berbeza kali ini adalah teknik penghasilan lebah baru dapat dijalankan dengan lebih baik dengan penglibatan banyak pihak dan dibantu oleh pakar-pakar dari seluruh dunia termasuk Martin Beye pakar genetik dari Heinrich Heine University di Düsseldorf, Germany dalam memastikan teknik yang lebih efektif. Dimana tugas seterusnya diserahkan kepada Christina Vleurinck untuk mengekstrak telur-telur lebah dan menyuntik material genetik sebelum ianya dimasukkan semula ke dalam sarang lebah. Ia bukanlah satu perkara yang mudah, dan sedikit kesilapan akan menyebakan telur tersebut rosak. Malah keadaan suasana persekitaran juga turut mempengaruhi kerja beliau yang mana sering disengat ketika bekerja dengan lebah-lebah ini. (Lebah perlu berada di dalam kurungan bagi mengelakkan ianya terlepas bebas keluar – sebagi undang-undang di German).

Larva lebah di dalam sarang.

Jadi itu adalah sebahagian usaha yang dijalankan bagi mengelakkan lebah-lebah terus hilang dan menyebabkan industri pertanian merosot. Kajian berterusan akan dijalankan sehingga lebah-lebah yang mampu mengatasi masalah yang melanda ini dapat dihasilkan – atau masalah yang mungkin akan berlaku kemudian.

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penghasilan ‘superbee’ ini bolehlah mengikuti kisah sepenuhnya melalui internet atau artikel penuh di National Geographic yang memaparkan kisah tersebut secara panjang lebar. Sekiranya kejadian seumpama ini boleh menimpa lebah, ia juga boleh menimpa ke atas perkara-perkara lain – jadikan kisah ini sebagai ikhtibar.

* Anda boleh menonton video proses pembesaran anak-anak lebah disini.

* Lain-lain rujukan berkaitan dengan lebah di sini.



Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...