Isnin, 22 Februari 2016

Kebolehan Luar Biasa Cicak Jesus Christ lizard

'Green basilisk' berlari di atas air menyelamatkan diri.

Mungkin namanya yang lebih popular adalah ‘green basilisk’, ‘plumed basilisk’, ‘crested basilisk’ (Basiliscus plumifrons). Kebolehannya berlari di atas permukaan air juga menyebabkan adakalanya ia dipanggil ‘Jesus Christ lizard’. Ia merupakan satu lagi teknik menyelamatkan diri dari musuh yang sangat istimewa berbeza dengan cicak-cicak yang lain.

Berbeza dengan ‘frilled lizard’, yang tinggal di Timur iaitu Australia dan New Guinea, ‘green basilisk’ berasal dari Amerika Tengah iaitu kawasan hutan hujan tropika yang menghijau antara Selatan Mexico hinggalah ke Panama (termasuklah Honduras, Nicaragua dan Costa Rica). Namun begitu ‘green basilisk’ juga merupakan haiwan “arboreal” yang menghabiskan sebahagian besar masanya di atas pokok. Kebiasaannya pula pokok-pokok ini tidak jauh dari pinggiran air kerana ia merupakan salah satu kelebihan ‘green basilisk’ untuk menyelamatkan diri.


Cicak jantan.

Cicak betina.

Cicak jantan penuh dengan ketiga-tiga balungnya.

Dari segi saiz pula ‘green basilisk’ juga merupakan cicak yang bersaiz besar iaitu antara 61 – 76 cm (2 – 2.5 ft) dari kepala ke ekor. Manakala ia boleh mencapai berat sehinga 200 gram (7 oz). Cicak dewasa bewarna hijau terang dan mempunyai mata yang berwarna oren selain mempunyai titik-tiitk biru di sepanjang badan dan layar di bahagian belakangnya. Cicak jantan mempunyai tiga “balung” (crest) iaitu di kepala, belakang badan dan juga di ekornya, manakala bagi yang betina pula hanya mempunyai balung di bahagian kepala sahaja. Bagi cicak-cicak kecil ciri-ciri ini tidak kelihatan.

Green basilisk’ amat terkenal dengan kebolehannya berlari di atas air untuk menyelamatkan diri. Namun begitu berlari adalah sebahagian daripada teknik pertahanan sebelum ia berenang dan menyelam. Cicak ini mahir berenang dan mampu berada di dalam air sehingga 30 minit. Kemahiran ini penting kerana habitatnya dipenuhi dengan pemangsa yang terdiri daripada burung, ‘oppossums’ dan juga ular. Cicak ini juga merupakan haiwan omnivor yang memakan serangga, mamalia kecil, cicak-cicak kecil, buah-buahan dan juga bunga-bungaan.


Warna yang menyamai persekitaran habitatnya.

Kepantasannya membantu untuk terus berada di atas air.

Cicak betina mampu menghasilkan sehingga 20 biji telur (kebiasaannya antara 5 – 15) dalam sekali musim bertelur. Telur ini akan ditanam di dalam tanah/pasir yang panas dan lembab. Tempoh pengeraman mengambil masa 8 hingga 10 minggu. Anak-anak cicak ini akan lahir tanpa penjaaan ibu/bapanya. Namun begitu ia telah mahir dalam teknik penyelamatkan diri samada berlari di atas air, memanjat mahupun berenang.


Spesis cicak ini yang lain tergolong di dalam keluarga yang sama antaranya adalah ‘Malaysian sail-finned lizard’ (Hydrosaurus amboinensis). Kebolehan cicak-cicak ini berlari di atas air adalah disebabkan adalah bentuk jari kakinya selain kelajuannya berlari di atas air. Ia walaubagaimanapun akan kehilangan kelajuan dan akhirnya berenang dan menyelam.






Free Download



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog