Thursday, June 18, 2020

Adakah Masih Berbaloi Untuk Membeli Nintendo Switch Pada 2020?

Gambar oleh Nintendo

Dengan pengumuman dari Microsoft tentang konsol terbaru mereka Xbox Series X dan Sony dengan Playstation 5 mereka, adakah masih berbaloi jika ingin membeli Nintendo Switch ketika ini? Sebelum itu mari kita lihat spesifikasi konsol ini.

Saiz - 102mm x 239mm x 13.9mm (dipasang Joy-Con)
Berat - Dianggarkan 279g (398g dipasang Joy-Con)
Skrin - Skrin dwi-sentuhan, 6.2 inci LCD, 1280x720 resolusi
CPU / GPU - Cip pemproses khas Nvidia Tegra
32GB Memori Dalaman - Sebahagian daripada memori akan disimpan untuk kegunaan sistem, tetapi storan boleh ditambah dengan menggunakan kad microSDXC.
*Nintendo Switch versi terbaru mampu menyokong kad memori microSDXC sehingga 2TB.
Ciri Komunikasi - Wireless LAN (IEEE 802.11 a/b/g/n/ac compliant) / Bluetooth 4.1 (Mod TV sahaja) Sambungan LAN berwayar mampu dilakukan dengan menggunakan Penyesuai LAN Berwayar (Wired LAN Adapters.
Video Output - Resolusi Maksimum 1920x1080, 60 fps melalui HDMI bagi Mod TV. Resolusi 1280x720 semasa dalam keadaan mudah alih.
Audio Output - Menyokong linear PCM 5.1ch melalui HDMI dalam Mod TV.
Pembesar Suara - Stereo
Terminal USB - USB Type-C, digunakan untuk mengecas atau semasa menggunakan dok Nintendo Switch.
Fon kepala, mikrofon. bicu - Keluaran Stereo
Slot Kad MicroSD - Menyokong MicroSD, MicroSDHC dan MicroSDXC (kemas kini diperlukan untuk menggunakan kad SDXC)
Sensor -  Accelerometer / Gyroscope / Sensor Kecerahan
Bateri Dalaman - Lithium ion / berkapasiti 4310mAh (tidak boleh dikeluarkan)
Batteri boleh bertahan lebih dari 6 jam - Sesetengah permainan mampu memakan nyawa bateri dengan cepat. Ini hanya berlaku ketika konsol ini dalam keadaan mudah alih.
Masa Caj Bateri - 3 jam (anggaran - ketika konsol dalam keadaan tidur)

Gambar oleh Nintendo

Apakah kelebihan yang ada pada konsol ini jika dibandingkan dengan konsol-konsol lain?

HARGA

Pada permulaannya Nintendo Switch mempunyai harga yang murah jika dibandingkan dengan dengan konsol-konsol terbaru yang lain. Disebabkan pendemik COVID-19 yang melanda China yang merupakan tempat pengeluaran konsol ini, maka kerja-kerja pembuatan dan pengeluaran menjadi terbantut. Sekali gus menjadikan jumlah keluaran semakin berkurang dan tak mencukupi. Walaupun harga sekarang yang agak tinggi, tetapi ianya masih lagi lebih rendah dari harga konsol-konsol terbaru yang lain. Tambahan pula dengan keluaran versi mudah alih Nintendo Switch Lite (tanpa fungsi sambungan ke TV),  orang ramai boleh mendapatkan Nintendo Switch dengan harga yang lebih rendah dari versi asal.

Gambar oleh Nintendo

HIBRID MUDAH ALIH

Nintendo Switch adalah konsol hybrid di mana ia boleh disambungkan ke TV dan juga dijadikan sebagai konsol mudah alih. Anda boleh bermain Nintendo Switch sambil duduk di atas sofa, di rumah dengan sambungan ke TV, ataupun jadikan konsol ini mudah alih dan bermain di mana-mana tempat di luar rumah.

The Witcher 3 Wild Hunt Complete Edition

PILIHAN PERMAINAN

Nintendo terkenal dengan dengan permainan-permainan yang 'mesra keluarga'. Tetapi Nintendo mengambil keputusan untuk memperluaskan pasaran permainan mereka dengan membawa masuk permainan untuk golongan dewasa. Permainan seperti The Witcher 3 dan Doom merupakan permainan yang popular untuk kategori dewasa. Tambahan pula yang Nintendo Switch merupakan syurga untuk permainan retro dan sesuai untuk mengungkap nostalgia lama bermain permain konsol-konsol Nintendo pada zaman 80an dan 90an.

Kad permainan dan memori Nintendo Switch

STORAN DATA

Nintendo Switch mempunyai storan data dalaman sebesar 32GB yang merupakan paling besar jika dibandingkan dengan konsol mudah alih yang wujud ketika ini. Tambahan lagi pengguna boleh menggunakan kad memori MicroSD untuk menyimpan permainan-permainan yang telah dimuat turun.

PELBAGAI JENIS APLIKASI

Nintendo Switch menyediakan banyak jenis aplikasi yang boleh digunakan jika anda bosan atau penat bermain. Anda boleh menonton video Hulu ataupun Youtube. Anda juga boleh menggunakan InkyPen untuk membaca komik digital ketika sedang berehat. Bagi kanak-kanak, mereka boleh menggunakan aplikasi Coloring Book untuk mewarna lukisan-lukisan kartun. Terdapat banyak lagi aplikasi-aplikasi lain yang menarik yang anda boleh muat turun ke dalam konsol Nintendo Switch melalui aplikasi Nintendo eShop.

Gambar oleh Volcanpost

PERMAINAN BOLEH DIDAPATI SECARA LUAR TALIAN

Permainan Nintendo Switch dibeli di mana-mana pasaraya dan kedai permainan. Permainan selalunya dijual dalam pakej kecil di mana permainan disimpan di dalam kad memori MicroSD. Pembelian secara talian luar merupakan salah satu cara untuk mendapatkan permainan kegemaran dalam bentuk Edisi Khas atau Edisi Terhad.



AKSESORI

Nintendo Switch mempunyai pilihan aksesori terbesar sama ada dari Nintendo ataupun dari pihak ketiga. Anda boleh memilih warna untuk Joy-Con anda untuk memadankan dengan citarasa anda ataupun menggunakan aksesori lain dari pihak ketiga. Nintendo mengeluarkan permainan khas bagi mereka yang suka bersenam. Ring Fit adventure merupakan salah satu permainan paling popular kerana anda boleh bermain permainan sambil bersenam. Nintendo Labo pula dikeluarkan khas bagi memupuk kreativiti kanak-kanak dengan memberi mereka peluang membina aksesori Nintendo Switch dengan menggunakan kotak.

Nintendo Labo

Nintendo yang kini kebiasaannya hanya tumpu kepada pasaran kanak-kanak, kini mula membuka mata mereka pada pasaran dewasa. Ini tidak bermaksud yang Nintendo akan menjadi seperti Microsoft atau Sony. Nintendo masih lagi mengekalkan konsep 'mesra keluarga'. Cuma Nintendo kini memberi peluang kepada studio permainan luar untuk memasarkan permainan mereka ke Nintendo Switch. Jika melihat kelebihan-kelebihan yang telah dinyatakan di atas, berbaloi atau tidak untuk membeli Nintendo Switch adalah pilihan anda.

Ring Fit Adventure

Animal Crossing New Horizon

Fortnite
Super Smash Bros Ultimate

No comments:

Post a Comment

Blog Archive