Rabu, 24 Jun 2020

Lampu Jalan Biru Mampu Mengurangkan Kadar Jenayah

Gambar pelantar stesen kereta api di Toyo oleh Janne Moren

Di dalam satu perkembangan yang menarik, lampu jalan biru mampu membantu mengurangkan kadar jenayah dan b***h diri di Jepun dan Scotland. Di Tokyo, semakin banyak syarikat kereta api telah memilih untuk memasang lampu jalan biru dan alat pemancar cahaya biru di stesen-stesen kerana terbukti bahawa lampu biru mampu membantu mencegah mereka yang ingin memb***h diri dengan melompat ke trek di depan kereta api yang sedang tiba.

Walau bagaimanapun, para pakar tidak yakin yang lampu biru mempunyai kaitan dengan perkembangan ini. Walaupun syarikat kereta api sanggup mencuba apa sahaja dalam usaha mengurangkan kes b***h diri, berdasarkan statistik mereka sendiri, mereka yakin lampu biru telah berjaya membantu mencegah banyak kes b***h diri.

Statistik tersebut juga disokong tempat seperti di Glasgow, Scotland. Pada tahun 2000, pihak berkuasa tempatan di Scotland telah memasang ratusan lampu jalan biru untuk mempercantik pemandangan kerana lampu biru kelihatan lebih cantik. Apa yang mereka dapati adalah kadar pengurangan besar dalam kes jenayah di kawasan-kawasan yang diterangi dengan lampu biru. Selepas itu bandar-bandar lain mula mengikuti cara tersebut. Di Nara, Jepun, pihak polis memutuskan untuk menguji teori ini dan menerangi kawasan 'panas' dengan lampu biru. Projek ini telah berjaya mengurangkan tahap jenayah sebanyak sembilan persen secara keseluruhan.


Lampu jalan biru di Glasgow, Scotland.

Jadi bagaimana cahaya biru bertindak begitu positif kepada manusia? Sebenarnya lampu biru memberi kesan yang menenangkan kepada manusia. Terdapat banyak kajian dan data untuk menyokong teori ini. Namun, terdapat juga penyelidik yang mempersoalkan kesahihan kajian tersebut. Hanya Jepun & Scotland yang benar-benar menggunakan teknik lampu biru ini kerana agak sukar untuk mengumpulkan data yang cukup untuk membuktikan bahawa lampu biru mampu mengurangkan jenayah & bunuh diri. Yang ada hanyalah kadar statistik sebagai bukti untuk ketika ini.


Lampu jalan biru di sebuah jalan di Jepun.

Sebilangan ahli antropologi sosial suka menunjukkan bahawa lampu biru bukanlah warna semula jadi bagi manusia untuk berjalan di bawahnya, jadi mungkin penjenayah hanya menghindari kawasan-kawasan tersebut kerana pencahayaan yang tidak biasa dengan mereka. Ini tidak bermaksud cahaya biru benar-benar mengurangkan jenayah kerana penjenayah hanya akan melakukan jenayah di lokasi yang berbeza.

Lampu jalan biru berdekatan dengan taman permainan di Jepun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog