Jika anda lihat pada video-video Youtube yang mempunyai sarikata 
CC, terdapat beberapa pilihan bahasa untuk dipilih. Bagi sesetengah 
video, pilihan sarikata tersebut bukanlah dibuat oleh pemilik video, 
tetapi ianya disumbang oleh komuniti Youtube ataupun peminat video 
tersebut.
Fungsi ini dipanggil 'Community 
Contibution' ataupun 'Sumbangan Komuniti'. Fungsi ini terlebih dahulu 
perlu dihidupkan oleh pemilik video. Perlu ingat bahawa tak semua video 
mempunyai fungsi ini. Sama ada pemilik video tidak tahu cara 
menghidupkan fungsi 'Sumbangan Komuniti' ataupun pemilik video memang 
sengaja tidak mahu meletakkan sarikata bahasa lain pada video mereka. 
Walau apa pun alasan, anda boleh menghubungi pemilik video untuk meminta
 mereka menghidupkan fungsi tersebut supaya anda dapat menyumbang 
sarikata.
CARA-CARA
1. Klik pada ikon butang roda pada bawah video dan pilih Subtitles/CC.
2. Selepas itu klik pada Add subtitles/CC. Ia akan membawa anda kepada tab atau window baru.
3.
 Di dalam bahagian ini, anda boleh pilih bahasa yang anda ingin masukkan
 sebagai sarikata. Jika bahasa yang anda ingin masukkan tidak ada dalam 
senarai, anda boleh cari bahasa pilihan di dalam kotak carian. Jika anda
 ingin masukkan bahasa Melayu sebagai sarikata, anda boleh klik pada Malay. Ianya kemudian akan membawa anda kepada bahagian seterusnya.
4.
 Pada bahagian ini, anda sudah boleh memulakan kerja memasukkan sarikata
 pada video. Selalunya draf jarak masa telah pun disediakan untuk 
kemudahan anda. Anda hanya perlu masukkan sarikata pada kotak kosong. 
Video pratonton juga disediakan bagi memudahkan anda melihat sarikata 
yang muncul pada video.
5. Apabila semua sarikata telah dimasukkan, anda boleh klik pada butang Submit Contribution
 untuk mengakhiri kerja anda. Perlu ingat bahawa sarikata yang anda buat
 akan disemak oleh pemilik video sebelum ia muncul sebagai pilihan 
bahasa sarikata pada video.
Diharap panduan ini dapat membantu anda dalam menyumbang sarikata pada video-video Youtube kegemaran anda.




Tiada ulasan:
Catat Ulasan