|
Seni kaca bewarna (stained glass) merupakan antara hasil seni yang unik. |
Kehalusan seni hiasan kaca bewarna (stained glass) amat terkenal dalam menghiasi bangunan-bangunan lama di serata Eropah dan sehingga ke Timur Tengah. Seni hiasan ini mempunyai ungkapan sejarah beberapa zaman lamanya semenjak dari zaman Mesir (Egyptians) dan Roman lagi. Apa yang menarik dalam penghasilan seni kaca bewarna ini, kemahiran ilmu kimia amat penting dalam memberikan warna kepada kepingan kaca-kaca yang begemerlapan.
Proses penghasilan kaca sendiri merupakan satu proses yang memerlukan kerja-kerja mencairkan kristal-kristal pasir (quartz glass) pada suhu yang tinggi iaitu 1,650 °C (3,000 °F) bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai melainkan melalui pengetahuan yang tinggi. Ia mungkin bermula daripada pengalaman secara tidak sengaja, namun kemahiran penghasilan kaca terus berubah mengikut masa – untuk menghasilkan kaca pada suhu yang lebih rendah iaitu dengan menambahkan bahan yang dapat mengurangkan suhu cair kaca tersebut.
Berbalik kepada penghasilan kaca berwarna pula, penambahan bahan logam diperlukan untuk menambahkan warna kepada kaca. Ini amat menarik, kerana untuk menghasilkan warna-warna ini, logam-logam yang berbeza diperlukan. Jadi seni penghasilan kaca berwarna memerlukan kemahiran kimia yang tinggi secara tidak langsung (atau mungkin juga tidak memahami dengan tepat apakah yang berlaku sebenarnya). Kemahiran ini pula telah bermula sejak zaman Mesir lagi dan sehingga kini kita masih tidak tahu bagaimana kaca bewarna dihasilkan!? Namun begitu, kaca bewarna menjadi salah satu elemen perhiasan bagunan-bangunan di negara kita juga, walaupun tidak sehebat di Eropah dan negara-negara Timur Tengah.
|
Stained Glass pada Cologne Cathedral (kurun ke-14) |
|
Masjid Nasir al-Mulk di Shiraz, Iran juga dihiasi dengan Stained Glass. |
Bangunan-bangunan yang dihiasi dengan kaca bewarna (stained glass) ini kebiasaannya berfungsi sebagai bangunan keagamaan seperti gereja, masjid dan juga istana. Ini kerana kerja-kerja penghasilan seni kaca bewarna bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi, malah melalui proses yang agak rumit – masa yang panjang, kerana kaca bewarna tidak dihasilkan secara besar-besaran.
Penghasilan seni kaca bewarna bermula sejak abad ke-7 lagi dengan pembinaan biara St Peter oleh Benedict Biscop pada 675 AD dengan mengimport tenaga kerja dari France. Penemuan hasil daripada kerja-kerja ini didapati berasal sekitar abad ke-7 iaitu bahan seperti kaca bewarna dan lead yang digunakan untuk menyambungkan kepingan-kepingan kaca bewarna tersebut.
Kemahiran penghasilan kaca bewarna ini turut merebak ke Timur Tengah melalui Syria sebagai pusat penghasilan kaca di Ar-Raqqah, Aleppo dan Damascus. Pusat-pusat ini dikatakan menghasilkan kaca yang mempunyai kualiti penghasilan kaca yang jernih. Namun begitu pada zaman kegemilangan Islam sendiri seni penghasilan kaca bewarna ini antara seni yang mendapat fokus daripada pakar kimia seperti Jābir ibn Hayyān dan direkodkan kedalam bukunya iaitu Kitab al-Durra al-Maknuna yang membincagkan kaedah penghasilan 46 kaca bewarna dan kaedah pemotongan kaca untuk menghasilkan permata (gemstones) tiruan.
|
Peralatan untuk kerja-kerja Stained Glass. |
|
Bahan-bahan sebatian logam untuk menghasilkan pelbagai warna. |
|
'Palette' dan peralatan untuk kerja-kerja mewarna pada kaca. |
Penghasilan Kaca Bewarna
Penghasilan kaca biasa atau dikenali sebagai “soda-lime glass” walaupun kelihatan jernih, ia sebenarnya bewarna kehijauan kesan daripada kehadiran oksida besi (iron oxide). Penambahan bahan sampingan diperlukan bagi memberikan hasil kaca yang lebih jernih. Antara bahan tambahan yang ditambah di dalam kaca adalah ‘maganese dioxide’ sebagai salah satu kaedah yang biasa digunakan. Selain itu Selenium juga digunakan bagi rumah-rumah lama di kawasan di New England, US.
Kaca Hijau
Warna hijau dihasilkan dengan menggunakan logam ‘Iron(II) oxide’ yang akan menghasilkan warna hijau-kebiruan – memandangkan kaca biasa mempunyai ciri-ciri hijau yang agak pudar. Bersama dengan ‘Chromium’ pula ia akan menghasilkan warna hijau yang lebih kuat dan biasa digunakan untuk menghasilkan botol ‘wine’. Manakala dengan menggunakan ‘tin oxide’ dan ‘arsenic’ warna hijau yang dihasilkan adalah ‘emerald green’.
Kaca Biru
Pada zaman pertengahan kaca biru dihasikan dengan menambahkan ‘cobalt’ dengan kepekatan 0.025 ke 0.15 ke dalam “soda-lime glass” dalam menghasilkan warna biru terang seperti yang terdapat pada kaca bewarna di Chartres Cathedral. Kaedah lain adalah dengan menambahkan ‘sulphur’ kepada kaca dengan kandungan boron tinggi seperti ‘borosilicate glasses’ juga memberikan warna biru. Tambahan ‘copper oxide’ dengan 2-3% menghasilkan biru ‘turquoise’ dan ‘nickel’ dengan peratusan berbeza akan menghasilkan kaca biru, voilet atau hitam.
Kaca Merah
Warna merah dihasilkan menggunakan logam emas dengan peratusan yang sangat kecil iaitu 0.001% yang akan menghasilkan ‘ruby-red’ atau dikenali sebagai “ruby gold”. Penggunaan kepekatan yang rendah akan menghasilkan warna merah yang pudar dan dikenali sebagai “cranberry glass”. Manakala menggunakna logam ‘copper’ pula warna merah gelap boleh dihasilkan. Kebanyakan kaca merah yang dihasilkan menggunakan ‘copper’ digunakan lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 dalam kerja-kerja seni kaca seperti ‘sanding’ dan ‘engraving’.
Selain daripada emas dan ‘copper’, ‘selenium’ juga digunakan untuk menghasilkan kaca bewarna ‘pink’ dan juga merah dan adakalanya digunakan bersama dengan ‘cadmium sulphide’ untuk menghasilkan warna merah yang dikenali sebagai “Selenium Ruby”.
Warna Kuning
Bahan perak (silver nitrate) digunakan untuk menghasilkan kaca bewarna kuning hingga ke jingga-merah. Malah proses pemanasan dan penyejukan kaca juga boleh memberikan kesan pada warna yang dihasilkan. Penambahan ‘sulphur’ bersama ‘carbon’ dan ‘iron salt’ untuk membentuk ‘iron polysulphides’ menghasilkan sela warna di antara kuning sehinggalah kehitam-hitaman. Manakala ‘calcium’ akan menghasilkan warna kuning yang lebih mendalam.
‘Titanium’ juga digunakan untuk menghasilkan kaca bewarna kuning-coklat. Namun begitu ‘titanium’ jarang digunakan melainkan untuk sebagai bahan campuran untuk menghasilkan warna yang lebih terang. ‘Cadmium’ bersama dengan ‘sulphur’ turut menghasilkan warna kuning yang lebih dalam namun ‘cadmium’ juga adalah bahan toksid.
‘Uranium’ (0.1 ke 2%) juga digunakan untuk menghasilkan kaca dengan warna kuning atau hijau flourescent. Kaca ‘uranium’ tidaklah radioactive untuk mendatangkan bahaya melainkan sekiranya ia dikisar menjadi habuk halus seperti proses pengilatan menggunakan kertas pasir dan terhidu, ia boleh menyebabakan kanser.
Warna Purple
Penggunaan ‘Maganese’ akan memberikan warna ‘amethyst’. Ia merupakan antara bahan campuran kaca yang digunakan semenjak zaman Egypt lagi. ‘Nickel’pula digunakan dengan kepekatan berbeza untuk menghasilkan warna-warna biru, violet atau hitam. Kristal ‘lead’dengan campuran ‘nickel’akan memberikan tona warna purple.
Kaca Putih
Kaca putih (tidak lutsinar) dihasilkan dengan menggunakan ‘tin oxide’, ‘antimony’ dan juga ‘arsenic oxides’. Pertama kalinya digunakan di Venice untuk menghasilkan kesan seakan-akan ‘porcelain’. Kaca putih ini banyak digunakan oleh pereka Louis Comfort Tiffany (pereka US) dalam rekaan beliau.
Kesan Warna Pada Kaca
Kesan warna pada kaca ini dihasilkan daripada pantulan logam-logam yang tinggal pada kepingan kaca hasil pemanasan. Pada ketebalan beberapa nano meter ini, cahaya yang dipantulkan memberikan warna yang berbeza (seperti emas yang memantulkan warna merah). Kesan yang serupa juga dapat dilihat pada haiwan yang mempunyai sayap atau bulu berkilau seperti pada rama-rama dan burung merak.
|
"Blown Glass" satu lagi cabang seni daripada Stained Glass. |
Seni Kaca (Kristal) di Malaysia
Sekiranya anda ingin melihat sendiri kerja-kerja penghasilan kaca bewarna ini anda bolehlah melihat beberapa penghasil kaca bewarna di Malaysia seperti Langkawi Crystal. Di sini perhiasan-perhiasan kaca dengan pelbagai warna dihasilkan menggunakan tenaga manusia dengan teknik “glass-blowing”, yang merupakan satu teknik yang amat menarik untuk disaksikan. Jadi anda boleh melihat sendiri keunikan kerja-kerja meniup, memanas dan mengukir kaca tersebut di sini. Anda juga boleh mendapatkan barang yang dihasilkan di sini sebagai cenderahati untuk dibawa pulang.
Langkawi Crystal dibuka kepada pelawat setiap hari dari jam 9:00 pagi ke 6:00 petang dan tiada bayaran (FREE) dikenakan. Langkawi Crystal boleh dihubungi di:
Plot No. 1804, Lot No. 55, Jalan Kisap, 07000 Kuah, Langkawi, Kedah Darul Aman, Malaysia.
Tel. No.: (+60) 4-966 1555
Fax No.: (+60)4-966 9698
|
Langkawi Crystal antara pelopor seni kaca di Malaysia. |
Satu lagi pusat penghasilan kristal di Malaysia dengan kaedah yang sama dengan Langkawi Crystal terletak di Daerah Rembau, Negeri Sembilan. Rembau Crystal juga menghasilkan seni kaca dengan menggunakan tenaga manusia dan kemahiran ukiran kaca dengan teknik “glass-blowing”. Jadi sekiranya anda tidak dapat menziarahi Langkawi Crystal, anda mungkin boleh melawat ke Rembau Crystal seperti di bawah:
Lot 1432, Perkampungan Crystal, Jalan Kampung Mulia, 71300 Rembau, Negeri Sembilan.
Tel. No.: +606 685 3100
Contact Person: (Tengku Shazleen) +6017-2776878
|
Rembau Crystal juga merupakan penghasil kristal. |
Keunikan hasil kerja kaca bewarna (stained glass) di negara kita mungkin tidak sehebat di Eropah dan Timur tengah. Namun belum terlambat untuk kita mengenali dan mendalami seni kaca bewarna ini. Diharap ia akan dapat sedikit sebanyak memberikan anda pengetahuan mengenai seni ini dan mungkin menimbulkan minat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Semoga ia akan terus berkembang menjadi satu hasil seni yang dikenali di serata dunia.