Sabtu, 14 Julai 2012

Kunyit Enak Untuk Masakan, Cantik Sebagai Tanaman Hiasan



Bagi kita Masyarakat Melayu khususnya kunyit merupakan suatu bahan masakan terpenting malah terdapat banyak kegunaan lain kunyit bagi masyarakat kita bagi tujuan perubatan dan lain-lain kegunaan.

Di sini sebenarnya saya ingin menyentuh lebih lanjut kunyit sebagai tanaman hiasan. Maklumlah kalau sudah dijadikan sebagai tanaman, sesekali berguna juga bila ingin digunakan dalam masakan. Mungkin anda mula terbayang daun kunyit dalam masakan labu atau tidak asing lagi untuk masakan rendang. Terliur jugak kan!

Kunyit biasa ditanam dari isi kunyit yang telah tua. Kadang-kadang kunyit tua ini sudah kelihatan tunas baru yang mula tumbuh. Kunyit ini kemudian bolehlah dipindahkan samada terus ke tanah atau ditanam di dalam pasu. Pastikan tanah tidak terlalu keras dan mempunyai saliran air yang baik. Sebaiknya kawasan yang ingin ditanam dengan kunyit dibersih dan digemburkan terlebih dahulu.

Bagi tanaman pasu pula pastikan tanah selalu digemburkan. Tempatkan kunyit dikawasan yang redup kerana cuaca yang terik boleh merosakkan daun kunyit. Perhatikan juga fikizal daun kunyit anda bagi mengenal pasti gangguan pada tanaman anda. Sekiranya daun kekuningan dan agak kering, ianya menandakan tanaman anda kekurangan baja dan pengairan yang tidak sempurna. Pastikan anda berhati-hati semasa membuat proses pengemburan bagi mengelakkan isi kunyit anda rosak.

Kunyit merupakan tanaman yang mampu bertahan lama sekiranya dijaga dengan baik. Kunyit akan mengeluarkan bunga menandakan ianya sudah cukup matang. Ini bermakna kunyit anda mempunyi isi yang cukup. Sekiranya anda ingin mengeluarkan isi kunyit tersebut, inilah masa yang paling sesuai. Jangan lupa sekiranya anda telah mengeluarkan semua isi tersebut bolehlah menanam semula benih kunyit yang baru. Selamat mencuba.




Free Download



Selasa, 10 Julai 2012

Bahaya Leka Meng 'Update Facebook'. Bahaya Mengundang

Sudah manjadi kebiasaan kita hari ni kita mempunyai satu hobi yang sama meng 'update facebook' hampir di mana sahaja sempat. Ada kebaikannya juga selain dapat berkongsi maklumat, industri komunikasi juga berkembang hingga ke pelosok kampung seperti hari ini.

Namun perlu diingat dalam keseronokan kita mengemaskini akaun laman sosial kita melalui telefon bimbit atau lain-lain peralatan faktor keselamatan perlu dititik beratkan. Ini kerana bahaya mengundang tanpa diduga seperti pepatah lama "malang tidak berbau".

Berikut adalah salah satu contoh di mana keseronokan mengemaskini akaun laman sosial membawa kepada kemalangan. Peristiwa yang berlaku ini mungkin bukan berasal dari negara kita namun perlu diambil sebagai pengajaran.





Sebaiknya apa-apa sahaja kemudahan teknologi ini kita gunakan dengan cermat. Sentiasa utamakan keselamatan anda terlebih dahulu sebelum asyik dengan teknologi. Mungkin banyak perkara yang ingin kita kongsi bersama yang tersayang. Sekiranya anda ditimpa malang, anda sebenarnya menyebabkan orang yang menyayangi anda juga merana.

Jadi bersama-samalah kita memanfaatkan kemudahan yang kita perolehi ini untuk kebaikan bersama ke arah yang lebih baik.


Free Download



Ahad, 8 Julai 2012

Anda Peminat Wangi-wangian?

Sebut mengenai wangi-wangian ni tentu ramai yang berminat. Sehinggakan kalau kita lihat di mana-mana sahaja terdapat wangian dijual. Tak kira jenama ataupun harga, tujuan wangian adalah untuk membantu kita supaya kekal segar wangi sepanjang hari. Namun begitu apa kriteria-kriteria yang anda utamakan semasa membeli wangian!

Bagi yang mampu berbelanja lebih wangian berjenama tentu menjadi pilihan. Ini kerana selain bauan yang sememangnya cukup harum, ianya juga tahan lama sepanjang hari. Bagi mereka yang peka dengan jenama-jenama ini setiap wangian dan jenama dapat dikenalpasti dengan tepat. Perlu juga diingat dalam sesetengah majlis pemakaian pewangi juga perlu bersesuaian. Hmmm!...

Tak kiralah mahal ataupun murah, ramai juga yang menggunakan One-drop perfume. Selain bauannya yang mirip-mirip bauan jenama terkemuka, harganya pun jauh lebih murah. Kalau dengan harga yang sama untuk sebotol pewangi berjenama boleh membeli berbotol-botol One-drop perfume dari pelbagai bauan.. Wahh, hebaat!..

Selain pewangi semburan pula kita menggunakan pewangi ini hampir dalam setiap barangan dari sabun pencuci hinggalah ke minyak rambut. Terkadang agak terkeliru juga bila setiap wangian ini bercampur aduk. Kalau boleh biarlah menggunakan wangian dari tema yang sama. Melalui cara ini barulah wangian yang digunakan lebih menyerlah. Kurangkan pemakaian wangian dari pencuci dan pelembut pakaian juga adalah salah satu cara untuk mengelakkan bauan yang bercampur aduk ini. Sekiranya anda benar-benar obses dengan satu bauan pastikan anda mempunyai rangkaian penuh bauan tersebut dari mandian, deodorant, after shaved, dan juga perfume. Ini salah satu cara untuk kekal dalam satu wangian.

Banyak lagi tips-tips berkaitan pemakaian pewangi ini yang perlu kita ketahui. Seperti tempat-tempat yang betul untuk menyembur pewangi pada anggota. Wangian untuk siang hari dan malam hari juga mempunyai perbezaan. Penyimpanan wangian juga penting untuk memastikan bauannya tidak rosak.

Mungkin di lain kali kita boleh menyentuh mengenai wangian ini secara terperinci. Kali ini saya ingin menyentuh secara ringkas sahaja. Bagi yang meminati wangian pastikan berkongsi perkara-perkara menarik mengenai wangian di bahagian komen. Terima kasih





Free Download



Kecil-kecil Cili Padi

Pepatah lama selalu mengatakan "Kecil-kecil cili padi", tapi kalau pedasnya tak ramai yang boleh tahan. Bagi orang-orang di Negeri Sembilan masak lemak cili padi adalah antara makanan kegemaran mereka. Jadi kalau di Bukit Rokan ni samalah kan, tak kira bagi yang berasal dari Negeri Sembilan atau yang berasal dari negeri lain, rata-rata penduduk Bukit Rokan ni dah sebati dengan Cili Padi ni.

Cuma apa yang berbeza kalau dulu Cili Padi tumbuh di belakang rumah, kebun dan batas-batas sayur, mungkin hari ini sedikit istimewa Cili Padi turut dijadikan tanaman hiasan. Kira dua dalam satu lah ni. Hiasan-hiasan jugak, tapi bila berbuah lebat tetap menjadi ramuan masakan. Namun ini lebih baik kan, disamping hiasan masih digunakan untuk tujuan harian.

Cuma sedikit berbeza bagi yang berminat untuk menanam Cili Padi sebagai hiasan perlu dielakkan penggunaan baja organik daripada najis haiwan (tahi ayam atau lembu). Ini kerana baja dari jenis ini boleh menyebabkan Cili Padi berdaun kerinting. Cili Padi lebih sesuai dengan baja tanah bakar ataupun baja kompos daripada dedaun reput.

Dari segi pengairan dan kawasan tanaman tidak banyak menimbulkan masalah, hampir sama sahaja dengan tanaman yang lain. Bagi yang memiliki pondok tanaman (yang ditutupi dengan jaring hijau) adalah merupakan satu kelebihan untuk pokok ini tumbuh dengan subur. Bagaimanapun ada pulak petua mengatakan sekiranya mahu Cili Padi anda betul-betul pedas perlulah ianya ditanam di tempat yang panas! Apa pendapat anda?

Rata-rata bagi penduduk Bukit Rokan ni takder yang bermasalah untuk menyediakan kawasan penanaman untuk Cili Padi ni. Maklumlah kalau yang ditanam oleh pengusaha ladang tidak dapat dipastikan keselamatan tanaman tersebut daripada racun rumpai ataupun serangga. Sekiranya ditanam sendiri mudahlah dipastikan. Bukankah tanaman organik itu lebih menyihatkan? Sama-samalah kita mencuba.


Free Download



Rumput Carpet Sentiasa Cantik Idaman Semua

Rumput Carpet atau lebih dikenali dengan nama Bermuda Grass sentiasa menjadi pilihan halaman rumah bagi ramai penduduk. Ini kerana rumput ini tidak berkemuncup seperti rumput biasa dan tumbesaran yang agak perlahan. Namun tahukah anda sekiranya rumput ini bermasalah!

Ya bila rumput karpet anda bermasalah mungkin sukar untuk mencari jalan penyelesaian sehingga jalan yang paling mudah adalah dengan menukar rumput baru. Jadi sebelum kita bincangkan mengenai langkah-langkah penyelesaian rumput ini adalah lebih baik diingatkan supaya sentiasa anda menjaga rumput ini bagi sesiapa sahaja yang telah menanamnya di halaman masing-masing.

Masalah utama yang dihadapi bagi rumput ini adalah serangan rumpai (apa-apa sahaja rumput atau tumbuhan lain yang tumbuh di dalam kawasan rumput ini). Sekiranya rumput karpet anda berada dalam keadaan sihat dan terurus adalah sukar untuk rumpai lain tumbuh. Biasanya rumpai tumbuh apabila rumput anda mula bermasalah. Lakukan langkah-langkah segera sebaik sahaja anda melihat rumpai mula tumbuh.

Pertama: Pastikan rumput anda sentiasa pendek. Ini dapat mengawal pengairan yang sempurna untuk rumput anda.

Kedua: Lakukan 'detached', proses ini amat penting di mana ia membuang semua daun-daun rumput mati yang menghalang air dari meresap ke dalam tanah. Ianya merupakan punca utama biasanya yang menyebabkan rumput mula bermasalah. Caranya gunakan sesikat rumput dan sikat rumput anda sehingga semua daun-daun rumput yang mati dikeluarkan.

Ketiga: Proses 'airing' bagi memastikan udara dan air dapat meresap dengan baik ke dalam tanah. Proses ini dilakukan dengan membuat lubang-lubang kecil pada tanah dengan menggunakan besi tajam atau garfu tanah.

Keempat: Pastikan rumput sentiasa pendek dan bajai rumput sekiranya perlu.

Itulah antara langkah-langkah penjagaan rumput yang dapat mengelakkan rumput anda bermasalah. Namun begitu sekiranya penjagaan ini dilakukan dengan baik, rumput anda mungkin boleh bertahan lebih lama. Jadi untuk jangka panjang ianya juga menjimatkan. Selamat mencuba.

Penjagaan agak rumit bila rumput mula bermasalah

* Anda mungkin berminat untuk mengetahui bagaimana membuat baja kompos sendiri di rumah


Free Download



Hospital Besar Kuala Pilah

Hari ni tak tahu macam mana boleh pulak ke Hospital Besar Kuala Pilah pulak. Sebab dengan tak disangka-sangka rupa-rupanya anak buah saya menimang cahaya mata baru beliau di sini. Hmmmm, tahniah, tahniah...

Hospital Kuala Pilah ni boleh dikatakan antara hospital utama di Negeri Sembilan selepas Hospital Besar Seremban. Dilengkapi dengan kemudahan yang agak terkini Hospital Kuala Pilah menjadi satu kemudahan terpenting kerana lokasinya yang agak strategik (di tengah-tengah Negeri Sembilan).

Tapi setiap kali ke sini akan mengimbau semula kenangan semasa arwah ibubapa saya dirawat di sini. Apa yang memilukan arwah ayah menghembuskan nafas terakhir di hospital ini. Redha dengan pemergiannya namun kenangan tetap tidak melupakan.

Mungkin sebahagian daripada anda juga ada kenangan-kenangan berkaitan di sini. Samada pahit atau manis biarlah kenangan tinggal kenangan. Bagi kita yang masih meneruskan hidup perlu tabah dan meneruskan kehidupan seperti biasa.

Oh ya, bagi yang mempunyai kenangan di sini bolehlah dikongsi bersama di ruangan komen nanti.





Free Download



Sabtu, 7 Julai 2012

Shoping-shoping Barangan iPad

Dari Bahau ke Kuala Pilah, sekarang sampailah ke Seremban pulak. Jadi kat Seremban ni sempatlah saya melihat-lihat barangan eksesori untuk iPad dan lain-lain. Kalau nak diikutkan barangan eksesori iPad yang boleh dibeli di Apple Store sememangnya berkualiti tapi harganya agak tinggi.

Disebabkan barangan notebook dan tablet yang lain melanda bagaikan hujan yang tak henti-henti jadi barangan yang ditawarkan perlulah dilihat dengan teliti juga. Walaupun dari segi harga lebih murah dari yang ditawarkan di Apple Store namun masih boleh dikatakan agak mahal.

Bagi saya memilih barangan seperti ini perlulah memenuhi keperluan yang diinginkan terutama sekali mampu melindungi barangan kesayangan anda samada iPad mahupun tablet. Lain-lain ciri bgantung kepada pemakaian seperti boleh menyokong tablet untuk kedudukan berdiri dan sebagainya. Ciri-ciri tambahan adalah seperti menyerlahkan jenama barangan (ini terpulanglah, kalau tak nampak brand pun takper).

Satu ciri-ciri unik yang terdapar pada iPad dan sarungnya yang agak unik adalah bar magnet. Ini membolehlan iPad anda memadamkan skrin secara automatik apabila ianya ditutup. Hmm, setidak-tidaknya dapat menjimatkan bateri dan jangka hayat barang kesayangan anda ini.

Selain sarung, pelindung skrin juga sering menjadi aksesori wajib untuk barangan dengan skrin sesentuh ini. Ya anda mungkin hilang selera makan sekiranya skrin tablet anda tercalar kan. Bagi yang menggunakan New iPad adalah dinasihatkan menggunakan skrin clear (lutsinar) ini kerana pelindung skrin dari jenis finger print resistant mungkin akan mengurangkan kualiti screen Retina Display. Susah jugak kan macam ni!

Jadi dalam keseronokan memilih aksesori ni pandai-pandailah kita membuat timbang tara dalam memenuhi kriteria yang diinginkan. Dalam sesetengah perkara perlu dipertimbangkan pepatah "Biar alah membeli, tapi memang memakai".




Free Download



Arkib Blog