Sunday, July 8, 2012

Kecil-kecil Cili Padi

Pepatah lama selalu mengatakan "Kecil-kecil cili padi", tapi kalau pedasnya tak ramai yang boleh tahan. Bagi orang-orang di Negeri Sembilan masak lemak cili padi adalah antara makanan kegemaran mereka. Jadi kalau di Bukit Rokan ni samalah kan, tak kira bagi yang berasal dari Negeri Sembilan atau yang berasal dari negeri lain, rata-rata penduduk Bukit Rokan ni dah sebati dengan Cili Padi ni.

Cuma apa yang berbeza kalau dulu Cili Padi tumbuh di belakang rumah, kebun dan batas-batas sayur, mungkin hari ini sedikit istimewa Cili Padi turut dijadikan tanaman hiasan. Kira dua dalam satu lah ni. Hiasan-hiasan jugak, tapi bila berbuah lebat tetap menjadi ramuan masakan. Namun ini lebih baik kan, disamping hiasan masih digunakan untuk tujuan harian.

Cuma sedikit berbeza bagi yang berminat untuk menanam Cili Padi sebagai hiasan perlu dielakkan penggunaan baja organik daripada najis haiwan (tahi ayam atau lembu). Ini kerana baja dari jenis ini boleh menyebabkan Cili Padi berdaun kerinting. Cili Padi lebih sesuai dengan baja tanah bakar ataupun baja kompos daripada dedaun reput.

Dari segi pengairan dan kawasan tanaman tidak banyak menimbulkan masalah, hampir sama sahaja dengan tanaman yang lain. Bagi yang memiliki pondok tanaman (yang ditutupi dengan jaring hijau) adalah merupakan satu kelebihan untuk pokok ini tumbuh dengan subur. Bagaimanapun ada pulak petua mengatakan sekiranya mahu Cili Padi anda betul-betul pedas perlulah ianya ditanam di tempat yang panas! Apa pendapat anda?

Rata-rata bagi penduduk Bukit Rokan ni takder yang bermasalah untuk menyediakan kawasan penanaman untuk Cili Padi ni. Maklumlah kalau yang ditanam oleh pengusaha ladang tidak dapat dipastikan keselamatan tanaman tersebut daripada racun rumpai ataupun serangga. Sekiranya ditanam sendiri mudahlah dipastikan. Bukankah tanaman organik itu lebih menyihatkan? Sama-samalah kita mencuba.


Free Download



No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...