Sunday, September 14, 2014

Makanan Menyihatkan Lebih Mudah Dari Yang Disangka

Colorful vegetables
Sayuran berwarna-warni bukan sahaja cantik namun berkhasiat.

Makanan merupakan faktor yang berkait rapat dengan tahap kesihatan seseorang. Sejak sekian lama kita sering mendengar ungkapan “anda adalah apa yang anda makan”. Walaupun ungkapan ini adalah satu ungkapan yang biasa, namun tidak ramai yang memberikan perhatian terhadap pemakanan mereka. Ianya hanya akan menjadi penting semula apabila seseorang mengalami masalah kesihatan – dimana segala pemakanan perlu dikawal dengan ketat?

Seperti biasa saya lebih suka mengaitkan alam secara semulajadi tengtang bagaimana kita sebenarnya telah disediakan dengan kelengkapan yang cukup untuk hidup dengan lebih sihat dan ceria. Seperti yang kita ketahui alam mempunyai pelbagai kaedah unik dalam memastikan hidupan malah manusia sendiri mendapat kebaikan dari segala isinya.

Pernahkah anda terfikir mengapa sayuran dan buah-buahan merupakan sumber makanan yang terpaling mudah didapati di sekeliling kita? Begitu juga pernahkah anda terfikir mengapa sayuran dan buah-buahan ini mempunyai warna yang pelbagai  berbeza bagaimana pada mulanya (sewaktu muda atau tahap pucuk) semuanya adalah sama iaitu berwarna hijau.

Alam mempunyai keunikan dalam berkomunikasi melalui beberapa kaedah daripada bentuk, warna, bau dan rasa – dan ada di antaranya yang hanya boleh dikesan oleh sesetengah hidupan (seperti apabila dilihat di bawah cahaya UV). Walaupun perkara ini bukanlah sesuatu yang baru kerana tumbuh-tumbuhan wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu. Apa yang ketara adalah, kita tidak memikirkan betapa kita sentiasa dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi.

Colorful fruits and vegeas
Gabungan sayuran dan buah-buahan.

Keunikan Warna Pada Tumbuhan

Warna pada tumbuhan memainkan peranan yang amat penting. Selain daripada untuk kepentingan tumbuhan itu sendiri mahupun pada haiwan ataupun manusia yang memakannya. Warna memberikan maklumat tertentu mengenai tumbuhan tersebut – iaitu khasiat yang terkandung di dalamnya. Ini kerana warna tersebut adalah hasil daripada sesetengah zat galian yang terkandung pada daun ataupun buah yang dijadikan sebagai sumber makanan. Selain itu juga warna yang terang pada buah menarik perhatian haiwan-haiwan yang akan membantu menyebarkan biji-benih tumbuhan tersebut bagi memastikannya dapat terus membiak.

Melalui pemahaman inilah maka khasiat daripada pelbagai tumbuh-tumbuhan dapat dikenal pasti dan didapati hampir kesemua zat pemakanan yang diperlukan oleh manusia dapat disediakan daripada tumbuh-tumbuhan. Selain daripada ianya mudah didapati atau ditanam tumbuhan juga mudah disimpan dan tidak mudah rosak seperti makanan lain (ikan, ayam, daging dan lain-lain).

Berikut adalah beberapa panduan mengenai warna tumbuh-tumbuhan dan beberapa ciri khasiat yang terkandung di dalamnya:

Warna Merah:

Mengandungi nutrient seperti lycopene ellagic acid, quercetin dan hesperidin. Nutrient-nutrient ini dapat mengurangkan risiko kanser prostat, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pertumbuhan tumor dan juga kadar kolestrol. Ia membantu menghapuskan radikal bebas serta menyokong tisu sendi dalam kes arthritis.

Warna Oren:

Mengandungi beta-carotene, zeaxanthin, flavenoids, lycopene, potassium dan vitamin C. Nutrient-nutrient ini mengurangkan deregenerasi otot-otot yang berkait dengan usia dan juga risiko kanser prostat, mengurangkan kolestrol dan juga tekanan darah, menggalakkan pembentukan callogen dan sendi yang sihat, membasmi radikal bebas, menggalakkan keseimbangan alkali, memperbaiki kerosakan DNA dan membantu magnesium dan kalsium.

Warna Kuning:

Mengandungi beta-crypthothanxin dan carotenoids lutein serta zeaxanthin yang membantu perhubungan dalaman sel, mengelakkan masalah jantung, mengurangkan risiko katarak  serta mengurangkan deregenerasi otot-otot yang berkait dengan usia.

Warna Hijau:

Mengandungi chlorophyll, fiber, lutein, zeaxanthin, magnesium, kalsium, folate, vitamin C dan beta-carotene yang menghalang tindakan carcinogen serta membantu fungsi badan yang lebih sihat.

Warna Ungu dan Biru:

Mengandungi phytochemical seperti anthocyanin dan phenollic yang merupakan antioksida yang kuat bagi membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser, penyakit jantung dan alzheimers, menguatkan memori dan kemunikasi sel serta memperlahankan proses penuaan.

Warna Putih:

Mengandungi beta-clucans, EGCG, SDG, flavenoids, alicon dan  lignan yang mengaktifkan sel darah putih B dan T, membantu sistem imunisasi dan keseimbangan hormon.

Colorful salad
Gabungan sayuran berwanra-warni menambahkan lagi selera.

Itu adalah antara warna-warna biasa yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan yang biasa menjadi sumber makanan bagi haiwan mahupun manusia. Ternyata banyak sekali tumbuh-tumbuhan yang dijadikan sayuran dan ini merupakan keperluan bagi manusia dalam memastikan tahap kesihatan mereka berada dalam keadaan yang baik. Namun apabila tumbuh-tumbuhan dijadikan sebagai makanan kedua selepas sumber haiwan (termasuk ikan, ayam, daging dan sebagainya) tahap kesihatan mudah mengalami masalah.


Sekiranya anda masih berada dalam keadaan sihat atau ingin mengembalikan tahap kesihatan anda menjadi lebih baik diharap artikel kali ini dapat memberikan sedikit bantuan tentang memahami kelebihan khasiat yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan. Mungkin selama ini kita terlupa bahawa kita sentiasa disediakan dengan kelengkapan yang cukup untuk menikmati kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera.


MyRokan adalah sebuah blog yang memaparkan artikel-artikel berbentuk informasi dan mempromosikan produk-produk tempatan. Untuk maklumat lanjut mengenai blog kami boleh mengikutinya dari post Hubungi Kami. Sertai kami juga di laman Facebook kami.


No comments:

Post a Comment

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...